137.

21 5 0
                                    

Kutipan Mutiara Dars Hubabah Ummu Salim 🌹
🗓 9 August 2020 // 19 Zulhijjah 1441H

💎 Ibadah yang paling mudah, tidak memerlukan tenaga dan tidak memerlukan duit untuk melakukannya adalah TAFAKUR (berfikir) Kerana tafakur ini tidak memerlukan wuduk dan tidak juga perlu menghadap kiblat akan tetapi sedikitnya manusia mengambil manfaat darinya.
📜 Didalam Hadith Rasulullah ﷺ bersabda "bertafakur satu jam lebih baik dari beribadah 60 tahun"

💎 Berkata Habib Abdullah Bin Syihab (bapa kepada ainu Tarim) :
"Tidak akan mampu kita berterima kasih kepada Nabi Musa عليه السلام kerana disebabkan beliau solat ummat Nabi ﷺ dari 50 solat fardhu menjadi 5 solat fardhu sahaja"

💎 Hubabah memberitahu didalam 24 Jam sehari bahagikan 20 jam untuk dirimu dan 4 jam untuk Allah swt
Apa itu 4 jam?
1) Satu Jam untuk Bertafakur
2) Satu Jam untuk Zikir
3) Satu Jam untuk Ilmu
4) Satu Jam untuk bermuhasabah diri

💎 Berkata Habib Ali Alhabsyi "Umur manusia itu seperti kotak yang didalamnya ada duit, setiap hari kita mengambil duit didalam kotak tersebut sehingga tidak ada yang berbaki didalamnya dan manusia berkata 'dimana duitku?' "
Maka begitulah umur manusia seperti duit yang diambil dari kotak setiap hari.

💎 Habib Ali Almasyhur Bin Hafidz berkata : sesiapa yang menyebut "لا إله إلا الله" dengan hati sehingga bergenang air mata maka Allah akan mengampuninya dan diriwayat yg lain akan diampunkan 70 dosa besarnya

Semoga bermanfaat 💚

𝐁𝐚𝐢𝐭 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐟𝐚𝐡 Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang