140.

22 4 1
                                    

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا
Seseorang itu hina ketika mereka melihat orang lain dengan pandangan hina.

Berkata seorang dari solehin "Hati manusia itu seperti cermin. Jika cermin itu kotor maka semua yg dilihatnya akan menjadi kotor."
Dikisahkan seorang alim dan mulia yg mempunyai ilmu dikeranakan kemuliaan beliau Allah memerintahkan satu awan utk selalu mengikuti beliau kemana pun beliau pergi. Pada suatu hari beliau berjalan dan terdapat seorang ahli maksiat. Maka ahli maksiat tersebut amat malu dengan orang alim tersebut sehingga merasakan dirinya begitu hina dihadapannya. Lalu ahli maksiat tersebut dengan rasa malu melalui orang alim tersebut dan merasa kesal dengan perbuatan maksiatnya. Maka ternampak awan tersebut mengikuti ahli maksiat tersebut. Kerana apa boleh jadi seperti itu? Adapun orang alim tersebut merasa dirinya cukup dengan ilmu dan ibadahnya sehingga melihat si ahli maksiat tersebut dengan pandangan yg hina. Lalu dengan pandangan tersebut Allah telah memuliakan si ahli maksiat kerana sifat malu dan kesal keatas dirinya yang sering melakukan dosa.

Berkata Habib Abdullah Bin Alwy Ben Shihab
"حسن ظن بالله و حسن ظن بعباد الله"
Bersangka baik kepada Allah swt dan bersangka baik kepada hamba-hamba Allah swt.

Ketahuilah sifat husnuzon adalah antara tandanya seseorang meninggal dalam Husnul Khotimah.

الله أعلم و دعواتكم 💚

𝐁𝐚𝐢𝐭 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐟𝐚𝐡 Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang