"INI aje ke maklumat yang kau dapat?" tanya Syafiq serius ketika dia meneliti kertas yang mengandungi maklumat yang diperoleh oleh penyiasat persedirian yang diupahnya itu.
"Ya. Hanya ini sahaja yang aku dapat. Perempuan ni macam misteri sikit. Susah nak cari maklumat dia."
Syafiq kerut dahi. Takkan susah sangat nak cari maklumat tentang gadis ini?
"So, nama dia Diana?"
"Ya."
"Kerja di Resort Rasa Sayang? Dekat mana tu?"
"Semua maklumat ada dalam kertas tu. Kau boleh semak sendiri."
Syafiq menjeling sebelum kembali menatap maklumat peribadi gadis bernama Diana tersebut.
Diana. Cantik namanya. Secantik orangnya juga.
"So, ada maklumat yang aku perlu tahu selain apa yang ada dalam kertas ni?" Syafiq meletakkan kertas tersebut di atas meja.
Dia kemudian menyandarkan tubuh pada kerusi, meletakkan kedua-dua belah tangan di belakang kepala dan menyilangkan kedua-dua belah kakinya di atas meja. Santai.
"Ada. Cuma, aku perlukan ekstra lagi."
Kening Syafiq terangkat sebelah. "Tak cukup lagi ke duit yang aku bagi tempoh hari?"
Lelaki itu angkat bahu seolah-olah tidak mahu mengulas.
Syafiq merengus kasar sebelum menarik laci dan mengeluarkan beberapa keping duit berwarna ungu, lalu dilemparkan ke arah lelaki itu. "Cukup?"
Lelaki itu tersenyum lebar ketika mula mengira bilangan not tersebut. "Lebih daripada cukup."
"So, apa maklumat tambahan tu?"
"Tempat kerja perempuan ini dengarnya ada masalah kewangan yang teruk."
"So?"
"So, aku rasa maklumat itu mungkin berguna untuk kau."
Dahi Syafiq berkerut sedikit.
"Aku tak faham kenapa maklumat itu mungkin berguna untuk aku. Aku hanya mahukan maklumat tentang perempuan ini. Bukan maklumat tentang resort tempat dia bekerja."
"Kau langsung tak boleh nak fikir ke apa maksud aku?"
Sekali lagi Syafiq terdiam. Sungguh dia langsung tak mampu nak menangkap apa yang ingin disampaikan oleh lelaki tersebut.
"Macam inilah. Aku tak tahu kenapa kau kemaruk sangat nak tahu pasal perempuan ini. Tapi, melihatkan berapa banyak kau sanggup bayar aku semata-mata nak dapatkan maklumat perempuan ini membuatkan aku terfikir, pasti ada sesuatu antara kau dengan perempuan ini.
"Mungkin kau ada hati kepada perempuan ini? Siapa tahu? Jadi, memandangkan tempat kerja perempuan ini dah nak bankrap, apa kata kalau kau tawarkan kerja dekat perempuan ini?"
"Tawarkan dia kerja?"
"Ya. Itu cadangan aku sahaja. Mungkin dengan cara itu mampu membuatkan perempuan ini jatuh hati kepada kau pula. Tapi, aku rasa mudah sahaja nak buat perempuan sukakan kita. Asal ada ni."
Lelaki itu menunjukkan beberapa keping duit di tangannya.
Syafiq terdiam. Sungguh dia langsung tak terfikir akan perkara itu. Bagus juga cadangan lelaki tersebut.
"Kadangkala kepala otak kau boleh pakai jugak kan." Syafiq berkata sambil menggosok dagunya perlahan.
Dalam kepala sudah terangka pelbagai rancangan. Rancangan untuk menundukkan gadis bernama Diana tersebut.
KAMU SEDANG MEMBACA
TAK MENGAKU CINTA
Romance"You are crazy." Dada Diana turun naik ketika cuba mengawal kemarahannya. "Yes, I'm crazy because of you. Come on. Just tell me want do you want? Duit? Barang kemas? Handbag? Hermes? Gucci? Prada? Chanel? You name it. Atau, awak nak saya belikan ker...