"ENCIK FUAD tak boleh buat macam tu!" Suara Diana mulai tinggi.
Geram kerana lelaki itu membuat keputusan tanpa berbincang dengannya dahulu. Walaupun dia tahu lelaki itu merupakan pemilik mutlak resort tersebut dan segala keputusan boleh dibuat tanpa perlu berbincang dengan sesiapa, namun dia tetap merasakan yang lelaki itu tidak patut berbuat demikian.
"Ini yang terbaik, Diana. Awak pun tahu kan."
Diana mundar-mandir sambil menggelengkan kepala. Mulut tidak henti-henti menggomel. Malaun tu nak jadi bos aku? Tidak! Tak mungkin!
Diana berhenti melangkah, lalu memandang Encik Fuad yang sedang menurunkan gambar-gambar di dinding. "Berapa dia tawar?"
"Ya?" Encik Fuad bertanya, seolah-olah tidak menangkap maksud gadis itu.
"Malau... Maksud saya, Encik Syafiq. Berapa dia tawar kepada Encik Fuad untuk beli resort ni?"
Encik Fuad tersenyum. "You know it's confidentials."
Diana merengus perlahan. Dia yakin, pasti banyak yang lelaki itu tawarkan sehingga Encik Fuad dengan murah hati menjual resort tersebut kepada malaun itu.
"Encik Fuad tahu tak siapa Encik Syafiq sebenar?"
"Ya. Dia merupakan usahawan muda paling berjaya di negara ini. Dan saya yakin, dia ingin menambahkan lagi cabang niaga dalam bidang perhotelan dan resort pula."
"Huh! Itu ke yang dia cakap?" Diana bertanya tidak puas hati.
Dia berani kerat jari bukan itu tujuan utama Syafiq membeli resort ini. Pasti ada sesuatu yang malaun itu sedang rancangkan.
"Ya. Kenapa awak tanya. Awak kenal dia?"
"Hah? Err, tak kenal. Maksud saya, Encik Fuad yakin ke Encik Syafiq mampu memajukan resort ni? Dia takkan rosakkan resort ni? Betul ke dia akan tunaikan janji nak jaga kebajikan semua staf?" Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Diana.
"Diana, kenapa awak prejudis sangat kepada Encik Syafiq. He seems like a nice person. Bagus budaknya. Berbudi bahasa dan pandai menjaga tutur kata. Lagipun, dia bujang lagi tau." Encik Fuad berkata sambil tersenyum mengusik.
Wajah Diana berubah merah sedikit tatkala diusik begitu. Dia berdeham beberapa kali.
"Jangan ubah topik ya. Apa yang saya nak tegaskan di sini..."
Tok. Tok. Tok.
Kata-kata Diana terhenti serta-merta. Pandangan mata masing-masing teralih ke arah pintu.
"Boleh saya masuk?"
Bulat mata Diana tatkala melihat siapa yang muncul.
"Apa awak buat dekat sini?" Diana bertanya spontan.
Dahi Encik Fuad berkerut sedikit, namun dia tidak berkata apa-apa. Dalam hatinya sudah seperti boleh mengagak ada sesuatu antara mereka berdua.
"Saja, melawat kawasan. So, this will be my office, right?" Syafiq bertanya sambil memandang sekeliling pejabat tersebut.
Diana merengus kasar. "Awak tahu tak cara awak ni mungkin dah gores perasaan Encik Fuad?"
Syafiq pandang wajah Diana dalam-dalam sebelum pandangan matanya beralih kepada Encik Faud yang berdiri tidak jauh daripada mereka.
"It's okay. Lagipun Encik Syafiq memang layak pun. Bukankah dia owner baru resort ni?" jawab Encik Fuad, masih mengukirkan senyuman.
Langsung tiada rasa kecil hati pada nada suara lelaki itu. Apakah Encik Fuad sudah benar-benar pasrah yang resort hasil titik peluhnya selama ini sudah jatuh ke tangan orang lain?
KAMU SEDANG MEMBACA
TAK MENGAKU CINTA
Romance"You are crazy." Dada Diana turun naik ketika cuba mengawal kemarahannya. "Yes, I'm crazy because of you. Come on. Just tell me want do you want? Duit? Barang kemas? Handbag? Hermes? Gucci? Prada? Chanel? You name it. Atau, awak nak saya belikan ker...