Part 6

1.8K 99 15
                                    

-Celoteh penulis-

yeyy cover citer ni dah di updated! cantik tak? hehe.. sebelum ni punye buruk -_- sakit mata memandang :3 by the way enjoy this part xD dont forget to vote and comment ya!

*********************************************

Di Studio Sekolah.

Murid murid di dlam kelas itu kebanyakkannya sedang membuat persiapan terakhir sebelum mereka membuat persembahan di hadapan. Ada yang membetulkan tune guitar, ada yang berlatih menyanyi lagu mereka. Cuma.. Eunji dan Chanyeol sahaja yang tidak berbuat apa apa, hanya bertekak sekali sekala.

"Guitar kau tu tak check ke? orang lain semua check. Nanti smpai separuh jalan je rosak note dia.. betulkan lah duluu.." arah eunji kerana dia terlalu nervous. Dia takut mereka akan gagal dan tidak mendapat gred yang bagus. 

"Dah lah.. aku tau la apa yang aku buat! Kau tu? Lirik jangan lupa pulak, jangan sebab nervous je kau semua lupa. Kau ni bukan boleh diharap sangat! Dah la nyanyuk.. Blablablablablabalaa~~~(membebel)" Chanyeol membebel seperti mak nenek yang kecoh. Eunji hanya menutup telinga dan menahan geramnya.

"Eiiii! jangan lah bising kau ni! Kalau kau x suka sangat aku jadi partner kau, kau pegi lah partner ngn budak hot sekolah ni! Aku kan tak boleh diharap! Aku nyanyuk aku itu aku ini.. aku sedar aku x perfect....." Eunji merajuk. Air matanya mula keluar, tetapi ditahannya supaya tidak menitik. Dia hanya merenung ke bawah.

"Merajuk lah pulaaak..! Alamak.." kata Chanyeol dalam hati sambil menggaru kepalanya. Chanyeol nampak air mata eunji mula menitis, dia lalu mengeluarkan sapu tangannya dan dihulurkan kepada eunji. Eunji pula teragak-agak nak mengambil sapu tangan chanyeol.

"Mianhae.. aku x bermaksud nak sakitkan hati kau.. tak tau pula kau sensitif macam ni.. Mianhae! Nah, amiklah sapu tangan ni.. jangan risau aku tak guna lagi" kata chanyeol. Dia rasa bersalah atas perbuatannya tadi. Eunji mengambil sapu tangan milik Chanyeol dan menggunakannya untuk mengelap air mata. Dia kemudian memulangkannya kepada Chanyeol. Situasi menjadi 'awkward' sehinggalah......

"Annyeong~~ hmm rajinnya semua harini!" Suzy, pelajar yang paling hot di sekolah disebabkan kecomelannya muncul di hadapan pintu. Semua lelaki mulalah dengan 'drooling'nya.. entah berapa banyak air liur yang tertumpah disebabkan suzy.

Chanyeol seorang saja yang tidak terpikat langsung dengan Suzy. Sebenarnya, sudah lama si Suzy terkejar-kejarkan Chanyeol, sehingga Chanyeol naik muak dengan perangai Suzy yang tergedik-gedik asyik mengikut Chanyeol kemana sahaja Chanyeol pergi.

Suzy berjalan masuk ke dalam kelas. Dia sengaja lalu di tempat Chanyeol, lalu dia membuat winkeu kepada Chanyeol. Eunji di sebelah mula rasa mual. Nasib baik dia tidak muntah, kalau tidak mahu kotor baju suzy. Chanyeol tidak langsung memandang Suzy. Suzy lalu memandang Eunji dengan muka yang bengis, seperti harimau yang tak makan 10 tahun. Eunji berasa takut, sekaligus mukanya bertukar pucat tidak berdarah. Suzy berlalu pergi dan duduk bersama 'partner'nya. Eunji menghela nafas panjang.

"Kau okey? Kenapa muka kau pucat macam baru lepas nampak hantu?" Chanyeol bersuara.

"Ha'ah.. Manusia tu lah hantunya.." Eunji menjuihkan bibir ke arah Suzy. Chanyeol tergelak besar.

"Yang kau gelak macam kena sampuk ni apesal?" tanya Eunji geram.

"Takde apa.. alaa dia tu tak bahaya. Rileks je, tak payah layan." Chanyeol menenangkan hati Eunji. Tapi ternyata ianya langsung tak berkesan.

Cikgu Park Bom melangkah masuk ke dalam studio. Semua murid mula senyap dan menunduk hormat kepada cikgunya.

"Baiklah.. kamu semua dah sedia nak membuat persembahan kat depan?" Tanya cikgu Park Bom.

"Naee~" jawab murid muridnya.

"Okay.. siapa nak mula dulu?" Tanya cikgu. Semua hanya senyap dan menunduk ke bawah supaya tak mahu nama mereka dipanggil. 

"Kalau macam ni.. Chanyeol, boleh kamu mula dulu?" cikgu Park Bom memilih Chanyeol dan Eunji untuk memulakan dulu. Eunji panik, dia nervous. Tetapi Chanyeol hanya rileks dan menerima tawaran cikgu itu untuk memulakan persembahan mereka.

"Okay Eunji, jangan panik! Kita boleh buat! Hwaiting!!" Chanyeol memberi kata semangat kepada Eunji. Eunji hanya mengangguk kecil. Mereka mula melangkah ke depan dan duduk di atas kerusi yang disediakan.

"Nalgeun ilgijang meonjireul teoreonae mundeuk pyeolchin got geu sogen haemarkge..."Chanyeol mula memain guitarnya. Eunji pula mula menyanyi mengikut rentak. Murid-murid lain pula mula menepuk tangan mengikut rentak. Walaupun nervous, mereka tetap memberanikan diri untuk membuat yang terbaik. Cikgu Park bom pun tersenyum melihat mereka. Hanya Suzy.. hatinya kini sedang terbakar! Dia geram melihat Eunji dan Chanyeol begitu mesra. Mukanya merah padam menahan marah! Dia memandang Eunji dan tersenyum sinis.

"Siap kau eunji.." Suzy berkata dalam hati dan menggengam tangannya kuat.

Akhirnya.. mereka selesai dengan persembahan mereka. Cikgu Park Bom dan murid-murid yang lain menepuk tangan mereka dengan kuat, ada juga yang bersiul. Mereka berdua senang hati kerana mereka mendapat reaksi yang positif dari pelajar-pelajar yang lain. Suzy pula.. tak perlu cakaplah.. 

"Baguss! Cikgu suka dengan persembahan kamu! Eunji, suara kamu sedap! Chanyeol, pandai ya kamu main guitar.. Cikgu kagum!" komen cikgu Park bom sambil menepuk nepuk tangannya, dan disertai sekali bersama tepukan murid lain. Mereka berdua menunduk 90 darjah dan mengucapkan terima kasih.

" Baiklah.. sekarang cikgu nak teruskan dengan persembahan seterusnya. Ada siapa siapa nak voluteer ke depan?" tanya cikgu Park Bom. Semua pelajar senyap dan menundukkan kepala mereka, takut cikgu panggil ke depan agaknya.. 

Suzy dengan berani mengangkat tangannya. Cikgu pun mempelawa mereka ke depan. Suzy dan teammatenya melangkah ke depan dan duduk di atas kerusi yang disediakan. Suzy memandang anak mata Eunji dengan tajam. Cuak Eunji dibuatnya. Suzy lalu mengalihkan pandanganya ke Chanyeol, dan melambaikan tangannya ke arah Chanyeol. Chanyeol pula menjeling dia tanda menyampah, Suzy mencebik.

Teammatenya mula memain guitar. Lalu, Suzy pun menyanyi ikut rentak. Sampailah part chorus... suaranya bertukar sengau. Pelajar-pelajar lain mula mengetawakan dia secara senyap senyap tanpa diketahui Suzy, jika tidak mahunya Suzy bertukar jadi monster! Cikgu di tepi hanya mengerutkan kening tanda pelik dengan suara Suzy. Lama-kelamaan mereka sudah tidak tahan dengan nyanyian Suzy. Mereka semua mula menutup telinga mereka.

Suzy mula perasan ada yang tidak kena dengan nyanyiannya. Dia pun berhenti menyanyi, dan berkata..

"Cikgu, saya.."

"Kenapa berhenti? Ada masalah ke?" tanya cikgu Park Bom.

"Saya.. nak give up!"

"Haa?! Kenapa?"

"Saya.. x yakin saya boleh menang.."

"Ooo, okey. Seterusnya!! Siapa nak ke depan? Suzy sila duduk balik tempat kamu ya!" kata cikgu Park Bom. Suzy tersentap! Membuntang luas matanya mendengar kata kata cikgunya itu. Dia hanya akur dan duduk balik ke tempat asalnya. *Tahu pun malu, tu la lain kali tak payah nak menggedik sangat! Bengong -_-*

Kelas mereka pun berlanjutan sehingga loceng waktu rehat berbunyi.

"Baiklah pelajar, selepas rehat, sila masuk semula ke sini kerana cikgu akan relief kelas kamu nanti. Jangan ada yang berani ponteng ya!" sempat cikgu Park Bom memesan kepada pelajarnya. Pelajar-pelajar lain mula keluar rehat.

-To Be Continued- 

Benci Jadi Cinta [ Chanyeol & Eunji ]Where stories live. Discover now