Gosh! Dia hadiahkan keychain kat aku weh! Berbunga hati! Aku lambaikan tangan ke arah kereta dia yang dah bergerak melepasi pagar rumahku. Aku masuk ke bilik dan menghempaskan tubuhku ke katil. Mengangkat sedikit keychain tadi. Merenungnya dengan sedikit keluhan.Dia terlalu baik untuk aku. Kenapa dia sanggup tolong untuk kenenkan aku dengan kawan dia? Aku tak suka kawan kau. Kau tak tau ke aku suka kau? Aku minta akaun insta kawan dia ni pun sebab cuma nak tengok reaksi dia je. Tak tau pulak dia annoying sampai marah kat aku. Ughh!!! Aku menekup bantal ke muka dan menjerit geram. Kemudian aku sedar. Yelah, aku tak cakap pun pasal perasaan aku kat dia. Memang la dia tak tau kan.
Aku mencapai telefon pintar yang sedari tadi bersemadi di dalam beg tanganku. Aku melihat akaun insta milik kawannya. Berlari-lari jariku membelek gambar-gambar yang di-post. Hmm... Bosan.
Sehinggalah jariku terhenti pada satu gambar. Aku menatap gambar tu lama. Membuka comment section dan membaca komen rakan-rakannya. Aku tersenyum. Jujurnya aku gembira dia masih mempunyai kawan-kawan yang supportive. Lagi-lagi selepas dia break up dengan ex dia masa zaman belajar dulu. Sampai sekarang dia tak dapat lupakan ex dia. Maklumlah, tu awek yang paling dia sayang sampai dah bawak jumpa mak dia sekali. Tapi sayang, hubungan mereka tak kekal.
Ya, aku tau. Sebab dia sendiri yang ceritakan pada aku. Dia cakap perempuan tu lari dengan lelaki lain sebab lelaki tu ada 'guna-gunakan' awek dia. Korang tau la kan apa maksud 'guna-gunakan' tu kan. Masa aku dengar cerita dia tu, aku rasa geram jugak dengan si perempuan sebab percaya sangat kat lelaki tu. Pastu bertukar marah kat lelaki yang sanggup guna 'benda' semata-mata untuk dapatkan perempuan tu. Dan aku sangat kesian kat kawan aku yang sorang ni. Kenapa dia yang kena tanggung perasaan ni sorang diri. Aku respect juga sebab dia masih boleh contact dengan perempuan tu walaupun dah ada anak.
Ahhh aku penat nak fikir. Nak aje aku cakap kat dia, "kau lupakan la perempuan tu. Couple je la dengan aku." Tapi aku malu! Hahahahaha. Dibuatnya dia terus reject aku mentah-mentah, tak ke malu? Dah lah dapat malu, pastu mesti awkward nak berdepan dengan dia lagi.
Aku mengeluh lagi sambil memejamkan mata. Penat badan seharian berjalan dengan dia. Ya, aku juga gembira. Tangan kugenggam erat keychain miow-miow (yang dia panggil puma) yang diberikannya tadi.
Mimpi indah.
[2020.09.10_1910]
YOU ARE READING
DIA = KAU
RomanceA short story based on someone's POV (point of view) about their love life. Characters: Fiqr Emirelda Dian (Abang Emirelda) *Name, places and plot were all fiction. Has nothing to do with the dead or the living. Status: Completed Language: Bahasa...