Dia = Kau! (epilog)

12 2 0
                                    

Emirelda merenung jemarinya yang merah dengan inai. Beberapa minit lagi majlis akadnya akan berlangsung di rumahnya. Secara jujurnya dia seperti mahu melarikan diri daripada situ. Tapi apabila difikirkan maruah keluarganya dia padamkan niatnya itu.

Hatinya semakin sakit apabila terdengar riuh rendah di luar biliknya. Masanya hampir tiba.

Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk. Terjengul wajah rakan baiknya merangkap pengapitnya di hari persandingannya, Ziyan. Ceria semacam wajahnya, tak seperti wajah bakal pengantin itu.

“Kau dah ready belum? Tok imam dah sampai, bakal suami kau pun tengan cari parking tu,” Ziyan menyoal, aku melemparkan senyuman kelat. Perlahan aku berdiri.

Sebiji kusyen empuk berbentuk bulat diletakkan di hadapan tok kadi untuk si lelaki melafazkan akad, manakala sebiji lagi berada berdekatan dengannya untuk bakal isteri. Emirelda duduk bersimpuh di kusyen itu sambil dikelilingi ibu, saudara perempuan dan rakannya. Suasana di luar rumah agak riuh menandakan keluarga bakal imamnya akan masuk ke rumah itu. Dia hanya menundukkan kepalanya.

Hujung seluar baju melayu satin berwarna krim menyapa ruang matanya. Bergetar hebat hatinya tatkala terlihat kaki lelaki itu melangkah di hadapannya. Sedih? Takut? Teruja? Terkilan? Perasaannya bercampur baur. Dia terkilan sebab terpaksa melupakan perasaannya untuk Fiqr selepas diijabkabulkan nanti. Namun dia juga teruja untuk mengetahui siapa lalaki yang akan menjadi imamnya. Dia dapat rasakan jarinya sejuk membeku.

Suara tok kadi kedengaran di telinganya disambut gelak tawa daripada tetamu yang menyaksikan majlis akad nikahnya.

‘Kenapa diorang ketawa? Tok kadi cakap apa?’

Sedang asyik dia mengingatkan kata-kata tok kadi tadi, kedengaran pula ucapan ‘sah’ oleh beberapa orang lelaki. Ucapan alhamdulillah juga dapat ditangkap oleh telinganya. Rakan di sebelah mengucapkan tahniah kepadanya. Sudah sahkah aku menjadi tanggungjawab lelaki lain selain ayah? Dia mengangkat wajah mencari seraut wajah emaknya. Emaknya sedang mengelap air mata yang bertakung di tubir mata.

Tersentak hatinya melihatkan emaknya begitu. Hatinya dipagut sayu. Air matanya juga mula bertakung. Terus kepalanya diturunkan kembali. Tak sanggup melihat emaknya menangis, apatah lagi ayahnya. Sedang dia melayan perasaan, ternampak hujung kaki lelaki di hadapannya. Lelaki yang kini telah menjadi suaminya.

“Assalamualaikum, isteriku,” lelaki itu melutut di hadapannya. Tangan dihulur minta disambut untuk menyarungkan cincin. Perlahan aku sambut hulurannya kemudian kucium lama. Walau apapun yang berlaku, aku harus melupakan Fiqr. Aku tak nak jadi isteri derhaka. Ya Allah, Kau tetapkanlah hati aku ini hanya untuk suamiku.

Suaminya mengangkat wajahnya untuk bertentang mata. Emirelda terpanar melihatkan wajah lelaki itu sedang tersenyum manis memandangnya. Jelas riak bahagia di wajahnya. Matanya mula berkaca-kaca. Sekali lagi air matanya berjurai menuruni pipinya.

“Pengantin, pengantin tak boleh nangis. Nanti rosak make up!” Seloroh salah seorang tetamu yang hadir disambut gelak tawa yang lain. Senyuman manis si suami masih tak lekang dari bibirnya, perlahan dia mengelap pipi isterinya itu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Emirelda duduk termenung di birai katil. Mengingatkan kembali momen-momen ketika dia masih menjadi tunangan suaminya itu. Ada beberapa kali lelaki itu menghantar mesej melalui whatsapp tetapi hanya di'bluetick'kannya sahaja. Panggilannya juga diabaikan. Senang kata dia langsung tidak melayan segala whatsapp dan panggilan daripada lelaki itu, dia tersenyum sendirian.

“Sayang fikir apa tu? Senyum je,” suaminya berbisik ke telinga Emirelda. Terkejut gadis itu. Dia mengalihkan duduknya. Berjarak sedikit daripada suamianya. Agak segan berada di dalam bilik berdua sahaja.

“Tak, takde apa...” dia panggil aku sayang ke? Erk...

“Mehlah duduk sebelah abang sini. Macam tak biasa pula,’ pelawa suaminya. Lelaki itu menepuk-nepuk katil dengan senyuman. Teragak-agak Emirelda hendak bergerak.

“Hei, termenung pula dia,” meletus tawa suaminya.

“Macam mana kau boleh jadi tunangan aku?” Sukar diterima dek akal fikirannya bahawa selama lima bulan ini dia menjadi tunangan kepada Fiqr, lelaki yang menjadi pujaan hatinya. Malah, dia tak tahu menahu langsung akannya.

“Macam mana? Abang hantar rombongan meminang dan mak dengan ayah pun terima la,” jawabnya selamba. Tawanya makin galak. Bergegar katil!

“Seriuslah! Maksud aku, macam mana kau boleh terfikir nak hantar rombongan meminang untuk aku?” Hish mamat ni, main-main pula dia!
Tawa Fiqr terhenti. Dia merenung muka isterinya penuh kasih. Redup pandangannya. Tangannya mencapai kedua-dua tangan Emirelda.

“Sebab abang suka sayang. Abang cintakan sayang. I’m deadly in love with you. I can’t live without you. There’s no other reason,” genggamannya semakin erat.

Berkaca-kaca mata Emirelda saat mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya. Tak sangka lelaki yang dicintainya selama ini mempunyai perasaan yang sama dengannya. Malah telah menjadi suaminya pun, walhal dalam fasa pertunangan dia langsung tak endahkan lelaki ini. Dia mula rasa bersalah.

I’m sorry... sebab tak layan semua chat and call kau semua sebelum ni...” merembes air matanya. Tangan kasar Fiqr menyeka air matanya perlahan.

“Shh... It’s ok. Benda dah berlalu. Dahlah, tak mau la nangis-nangis macam ni. Buruk!”

Tch! Bibir Emirelda dicebik. Buruk-buruk ni lah yang dah jadi bini kau! Kutuk hatinya. Perlahan senyum diukir.

“Haaa kan comel senyum macam tu!” tapak tangannya melekap di pipi isterinya. Ish, nak aje aku kiss dia sekarang! Fuhh sabarrr...

“Apa tenung aku macam tu?” Matanya dikelip-kelipkan memandang Fiqr. Dia segan sebenarnya ditenung sebegitu oleh suaminya. Fiqr mengeluh perlahan.

“Aku lagi. Yang, kita dah nikah, cuba ubah panggilan tu? Cuba panggil abang, a- bang,”

“Kena ubah ke?” Emirelda menggaru lehernya yang tidak gatal. Awkward la nak panggil dia abang. Almaklumlah, dah selalu sangat panggil dia dengan nama je. Hehehe

“Cepatlah.” Fiqr masih menunggu.

“Nanti-nantilah.” Emirelda terus bangun ingin pergi ke bilik air. Namum genggaman tangan Fiqr di tangannya membuatkan dia terundur ke belakang dan terduduk di peha lelaki itu. Cepat-cepat Fiqr melingkarkan tangannya ke perut Emirelda.

Still tak nak panggil ke?” Pelukan dieratkan. Emirelda dapat rasakan darah menyerbu wajahnya. Rama-rama di perutnya juga mula terbang tak tentu arah. ‘Shit! I’m done!

“Hm?” Hembusan nafas di tepi pipinya seakan mematikan terus rama-rama yang galak berterbangan tadi. Mulutnya terbuka ingin menyebut perkataan itu, tetapi suaranya seperti tak mahu keluar. Terkejut dia apabila tiba-tiba sahaja bibir lelaki itu menyentuh bibirnya. Lama.

Dia memejamkan matanya. Membiarkan suaminya lakukan apa yang telah halal buatnya.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

I love you...” perlahan Emirelda berbisik ke telinga suaminya. Kepalanya yang berbantalkan lengan Fiqr ditunduk sedikit. Hanya merenung dada lelaki itu. Malu. Fiqr mencari wajah isterinya. Perasan wajah isterinya yang sedang kemerahan dia tersenyum lebar. Segera dia mengeratkan pelukannya di pinggang Emirelda, menariknya lebih rapat lagi.

“Abang ingatkan sayang tak nak sebut perkataan keramat tu.” Dia mencium kepala Emirelda sambil mengusap lembut rambut wanita itu. Emirelda hanya tersenyum malu, menyelesakan dirinya di dalam pelukan suaminya.

I love you so much, Fiqr.

I love you too, Emi.


[2020.11.24_1545]

DIA = KAUWhere stories live. Discover now