"TUAN DODO, nampaknya budak tu macam dah sedar kehadiran kita," ujar Nona.
"Mana kau tahu?" bentak Dodo.
Mental betul dia dengan orang suruhannya ini pun. Tak nampak ke Toyota Camry milik bodyguard bertopeng tersebut hanya dipandu dengan kelajuan 130 km/j? Normallah pemandu memandu dengan kelajuan itu di atas lebuh raya.
Mahu mengharapkan Nona bahlul ini? Memandu lebih lambat daripada siput. Ada ke patut apabila disuruh melajukan lagi pemanduannya yang hanya 120 km/j, dia pergi berpegang kepada peribahasa biar lambat asal selamat? Kurang asam betul!
"Maaf, Tuan." Nona mendecit perlahan.
Gerunlah dia dengan Tuan Dodonya ini, angin ribut monsun saja. Sekejap baik sekejap tidak, macam orang menghidap penyakit bipolar disorder pun ada. Gila barangkali.
Menyesal dia memilih jalan kesesatan ini. Tetapi, mahu dibuat macam mana lagi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Hanya disebabkan dia berjanji dan bersumpah taat setia kepada Tuan Dodo kerana membantu keluarganya yang dalam kesempitan wang, dia terjerumus ke dalam kancah hina, kejam dan gelap ini. Dia sudah menjadi pembunuh upahan sejak berusia 25 tahun lagi!
"Tapi, aku yakin mereka dah sedar kehadiran kita," tekan Nona lagi. Hatinya yakin.
"Kau diamlah betina. Ikut saja mereka berdua tu pergi. Kita wajib bunuh mereka!" marah Dodo seraya mengacah menampar Nona.
"Baik, baik Tuan Dodo." Nona menutup bicara lantas memfokuskan kepada pemanduannya.
Dia serik dipukul oleh Tuan Dodonya ini. Berbirat badan, meretak tulang. Ini kalau berada pada zaman China purba, tulangnya yang meretak itu boleh dijadikan sistem tulisan, mungkin? Tulang Oracle, orang kata.
Bertabahlah, Nona.
"Jalan saja jangan banyak bunyi. Huh!" Dodo mendengus geram dengan ulah Nona.
Anggukan Nona di sebelah hanya dikerling dengan hujung mata. Geram betul dia dengan Nona! Siapa suruh Nona belajar pandai-pandai sampai ke Tingkatan Lima? Banyak bunyi pula si Nona ini. Itu tak boleh, ini tak boleh. Itu berbahaya untuk kesihatan, ini pelan tidak elok. Baiklah dia yang tidak sekolah, lesen memandu pun tidak ada.
Malang baginya apabila terpaksa beregu dengan Nona. Jika tidak disebabkan pembantunya yang sentiasa memandu tiba-tiba mabuk ketum malam ini, tidaklah dia terpaksalah meminta khidmat Nona untuk memburu dua orang manusia tersebut pada malam ini. Sial betul hidupnya.
"RARA, aku rasa kita diekori," kata Aariz sambil tangannya tetap cekap memandu.
"Yakah?" Khayra pantas melihat cermin sisi. Benar, ada kereta yang mengekori dan pemanduannya kelihatan mencurigakan.
Hatinya runsing dengan keberadaan kereta Proton Wira di belakang mereka yang mengekori sejak tadi. Namun, boleh pula Aariz menyuruhnya agar jangan risau? Aariz ini betul ke tidak ya? Jangan kata sebab boleh kahwin dengan dia, Aariz tiba-tiba menjadi sewel.
"Bagus. Malam ni nampaknya kau tak dapat balik ke rumah lagi. Jadi, kau stay di hotel dengan Cindy ya?" ujar Aariz lagi sambil matanya mengerling ke cermin pandang sisi.
"Apa kau nak buat?" tanya Khayra cuak.
"Mereka nak bermain saja tu. Jomlah Rara, kita pergi dating di i-City Theme Park. Nak?" tanya Aariz sambil ketawa.
"Kau seriuslah?" Khayra hampir terjerit tidak percaya.
Bukannya dia excited dapat pergi dating tetapi dia mahu menghempuk saja si Aariz ini. Situasi dalam bahaya, boleh pula dia nak pergi bermain? Ya Allah, Ayiz dia ini sudah tidak betul ya?
"Ya, aku serius ni. Beritahu Light dan Cindy supaya berpakaian sama seperti kau dan aku. Kita akan bermain hide and seek dengan dua ekor bedebah tu di i-City." Aariz menarik senyuman senget.
Comellah Rara membulatkan mata macam itu, mesti Rara ingat yang dia mahu bermain-main dan tidak sayangkan nyawa. Alahai, Khayra.
'Engkau itu diamanahkan oleh abi kau kepada aku supaya menjaga kau baik-baik, tahu? Jadi, walau apa pun yang terjadi, aku akan sedaya upaya melindungi kau daripada penjahat-penjahat itu.' Aariz menggeleng perlahan.
"Ha. Hahahahaha. Cakaplah awal-awal, ini tak. Dating? Dengar kat abi aku, terus reject kau jadi menantu," bebel Khayra lalu terus menaip panjang kepada Cindy.
Cover malu, okey? Dia yang sudah berfikir lebih-lebih! Rasa nak nenyorok di bawah meja aje rasanya.
"Takkan reject punya," balas Aariz lalu ketawa perlahan.
'Alah Rara, kau tak tahu tadi yang abi kau siap pesan lagi suruh bawa rombongan meminang hari Jumaat ini juga. Meminang bukan sekadar meminang, tetapi rombongan kahwin terus. Kau ada? Kalau kau tahu, mahunya kau terjerit kat sini juga.' Aariz tersenyum sendiri lagi.
"Yakinnya kau." Khayra menjeling tidak berpuas hati. Geramlah bercakap dengan Aariz ini, annoying!
"Ya, aku yakin my queen. Jom, kau dah bersedia?" tanya Aariz lalu meningkat kelajuan pemanduan.
Mereka sudah mula memasuki jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai, maka di sini dia akan melajukan kereta sehinggalah mereka memasuki jalan bandar. Di situ, dia akan mempertahankan kelajuan dan memandu seperti biasa sehinggalah mereka tiba di i-City.
Nasib baik jugalah ketika ini cuti sekolah, maka Snowalk i-City akan dibuka sehingga jam 1:00 pagi. Waktu sekarang 10.30 malam, sempatlah "bermain" sekejap di sana. Itu pelan yang dirangka dalam fikirannya ketika ini.
"Yalah, aku sedia. Cindy dan Light akan tiba di sana dalam masa 10 minit lagi. Kita?" tanya Khayra lantas berpaling kepada Aariz.
"Lebih kurang. Kita jumpa di panggung wayang 5D nanti," jawab Aariz dengan tenang.
"Okey," balas Khayra sepatah lalu membetulkan tulang-temulangnya.
Aariz hanya menjeling melalui ekor mata melihatkan ulah Khayra. Hai Rara, bersedia nampak? Malam cuti sekolah macam ini, ramai orang. Sungguh dia berharap agar Raranya itu tidak menerajang si penyangak-penyangak tersebut di depan orang ramai. Nanti tak pasal viral sekali lagi, mahu pengsan ibu di Darul Hikmah. Savage betul minah ini.
"Lambat lagi ke nak sampai? Aku dah tak sabar ni," tanya Khayra.
"Aku ingatkan kau awal-awal, bertindak jika perlu sahaja, okey?" pesan Aariz. Aduh, semakin risau pula dia melihat Raranya ini. Nampak terlebih bersemangat dan ia agak... tidak bagus kot?
"Ya, aku tahu. Cepatlah sampai, aku nak pergi tengok penguin!" kata Khayra penuh teruja.
Ha. Hahaha. Aariz memegang kejap stereng kereta. Aduhai, Rara. Pun bolehlah, asalkan tidak bergasak dengan malaun-malaun tu depan orang ramai. Lantas, tanpa sepatah kata terbit dari mulutnya lagi, Aariz terus melajukan pemanduannya lalu memasuki pusat bandar Shah Alam.
"APA kita nak buat sekarang ni, tuan?" tanya Nona perlahan.
Geram pula hatinya ketika ini dengan perangai Tuan Dodo yang tidak tetap pendirian. Sekejap suruh tembak tayar kereta di hadapannya, sekejap suruh jangan tembak. Apa ini Tuan Dodo?
"Hmm... biar aku fikir." Dodo mengusap dagu. Aduh, entah kenapa otaknya tiba-tiba saja bengap ketika ini.
"Nanti kita terlepas jejak mereka, Tuan Dodo!" Nona menaikkan suara. Kang Tuan Dodo yang dia bunuh, baru tahu langit tinggi rendah!
"Kau diamlah betina!" jerkah Dodo seraya menolak laju kepala Nona hingga terhantuk kuat ke cermin kereta.
"Kau tu yang bodoh, Tuan Dodo!" Tidak dapat menahan marah diperlakukan seperti haiwan, Nona bertindak menumbuk hidung Dodo sekuat hatinya.
"Puas hati aku, jantan!" jerkah Nona seraya menjeling tajam kepada Dodo.
Berani nak suruh-suruh dia lagi? Sumpah dia sudah tidak dapat bersabar dengan lelaki bodoh itu. Kalau tidak mahu dibunuh, lebih baik Dodo berhenti mengarah dia.
Cukup-cukup sajalah dia menjadi pengecut sebelum ini dengan Dodo!
'Nanti kau betina... awas kau!' Dodo berdendam dalam hati.
EDITED: 17/12/2024

YOU ARE READING
CODE NAME: DARK [COMPLETED]
RomanceThe Fallen Hero. Itu gelaran senyap yang ditelan oleh Aariz Iktizar, seorang ejen perisikan terlatih dari Unit Jenayah Dalam Negara. Tugasannya di lapangan serba ekstrem berakhir, tapi tiada istilah mengalah kerana nyawanya sentiasa diintai oleh si...