BAB 30

4.5K 467 63
                                    

"RARA okey ke di sana?" Soalan bimbang daripada Tuan Walid menerjah telefon pintar Khayra.

Khayra menarik nafas panjang dan menghembus perlahan sebelum soalan daripada abinya dijawab. Dia tidak okey sekarang ini sejujurnya. Menggeram dengan The Butcher satu hal, dengan Suja juga satu hal. Ketika ini, entah sudah berapa banyak kerosakan yang berlaku pada kereta Cindy akibat rempuhan Suja yang naik hantu.

"Suja, abi. Dia dah gila," beritahu Khayra sambil merapatkan kepala Yaya ke dadanya. Kanak-kanak itu diam sahaja tetapi Khayra tahu, Yaya sedang menangis tanpa suara.

"Ya, abi tahu. Light dah maklumkan kepada abi dan tindakan susulan juga dah dibuat. Dark okey?" tanya abinya pula.

"Aariz?" Khayra berpaling kepada Aariz.

"Okey saja," jawabnya.

"Rara, ingat pesan abi. Dark tak okey. Jika sesuatu terjadi kepada Dark, terus bawa dia ke infirmari markas kita. Tolong," kata Tuan Walid serius.

"Apa maksud abi?" Khayra mengerutkan muka.

"Abi dah hantar pasukan bantuan kepada kamu dan juga Light. Jangan risau pasal The Butcher, abi sudah settle dengan pihak atasan." Mengelak daripada menjawab soalan Khayra, Tuan Walid terus memberikan arahan.

'Maafkan abi, Rara. Abi tahu kondisi Aariz macam mana jika tidak memakai mask dalam tempoh masa yang lama. Sebab itulah abi tidak menghantar Aariz ke lapangan yang lebih mencabar. Kepintaran Aariz lebih diperlukan dan alhamdulillah, markas utama The Butcher sudah diserbu tadi.' Hati Tuan Walid berbicara sendiri, sambil dia melepaskan keluhan berat.

"Okey, abi. Rara akan jaga Aariz." Tersenyum nipis, Khayra memandang Aariz. Bahaya-bahaya macam ini pun tetap saja perasaannya berbunga-bunga. Aariz sangat macho ketika kelihatan serius begitu!

"Abi, Aariz akan jaga Rara," sahut Aariz kuat.

Walaupun dia tidak mendengar butir bicara Tuan Walid, tetap saja dia mahu menyahut. Apalah, terharu pula hatinya mendengar kata-kata Khayra. Sweet.

"Abi cakap bantuan akan tiba sekejap saja lagi. Jadi Aariz..." leret Khayra lalu memecat tali pinggang keledarnya.

"Kau nak ganyang dia ke?" Dengan muka berkerut, Aariz mengerling kepada Khayra.

"Aariz, abi cakap kau tak sihat. Aku tak nak jadi apa-apa dekat kau. Jadi kali ni, izinkan aku untuk berlawan dengan Suja." Khayra memandang lama kepada Aariz.

Benar kata abinya, dia saja yang tidak perasan. Memanglah Aariz sudah berhenti batuk tetapi jika diperhatikan dengan lebih terperinci, Aariz sebenarnya sangat tidak okey. Wajahnya pucat, pernafasannya bagaikan tersekat-sekat. Sungguh dia betul-betul risaukan keadaan lelaki itu.

"Kau seriuslah mahu one on one dengan Suja? Kau yakin?" Aariz membalas pandangan Khayra. Dia risaukan Khayra. Manalah tahu kalau Suja bertindak sangat agresif.

"Kali ni saja, izinkan aku." Mencerlung tajam, semangat membara. Khayra memanah anak mata Aariz dengan janji kemenangan.

"Biarlah perempuan lawan perempuan. Hentikan kereta ni, aku nak belasah minah tu," kata Khayra sambil meramas-ramas buku limanya.

Melihat itu, Aariz terpaksa akur. Pantas dia beradu pandangan dengan Khayra dalam tempoh dua saat. Suja yang naik minyak ini memang sudah tidak boleh dibawa berbincang. Mahu tidak mahu, dalam keadaan ini risiko besar terpaksa diambil. Dia yakin Khayra ada perancangan sendiri untuk mengawal keadaan.

'Okeylah. Raraku, kau bersedia?' Aariz mula memperlahankan kenderaan.

'Ya, sedia,' sahut Khayra dengan senyuman jahat tersungging di bibir.

CODE NAME: DARK [COMPLETED]Where stories live. Discover now