BAB 23

4.2K 423 108
                                    

"SAYANG, baby tak mengantuk lagilah. Jomlah kita ke Red Carpet." Suara rengekan daripada gadis di kerusi sebelah kepada seorang lelaki yang bersamanya benar-benar meluatkan dia, seorang Nona.

Nona mendengus geram mendengarkan suara rengekan penuh manja daripada targetnya di kerusi selang sebuah dari tempat duduknya. Berbulu mata, bernanah pula telinganya mendengar dan melihat aksi merpati dua sejoli tersebut. Cis, sengaja aje buatkan dia cemburu!

Dodo yang berada di sebelahnya dikerling dengan ekor mata. Jenis tidak romantik langsung. Usahkan romantik, caring pun tidak. Tapi, jantan hodoh muka macam tar jalan macam Dodo itu memang romantik ke? Rasanya tak.

"Hmm... ha bolehlah. Jom kita bergambar dengan patung lilin artis-artis terkenal. Mana tahu kan kalau bernasib baik, muka kita akan masuk Instagram i-City," balas si jejaka pula.

'Aduh, merpati dua ekor ni tidak reti balik ke rumah ke apa? Dah pukul 11:00 malamlah.' Hati Nona semakin menyebal geram.

"Jom. Jom!" Si gadis terus bangun lalu bergegas keluar dengan diikuti oleh teman lelakinya. Riang saja kelakuannya macam kanak-kanak Ribena.

"Apa lagi yang kau tunggu Nona, ikutlah budak dua ekor tu," dengus Dodo seraya bangun dari kerusinya. Sempat kepala Nona dilukunya. Lembab!

'Sakitlah bodoh!' Dua kali hati Nona menyebal.

Tak guna punya Dodo, mahu saja dia lempar jantan itu ke Lautan Hindi jika tidak mengenangkan Dodo itulah yang membantu ibunya yang sedang sakit leukemia selama ini. Hish!



"LIGHT, macam mana?" tanya Aariz melalui earbud.

Sesekali, dia memandang ke belakang. Manalah tahu jika pelannya terkantoi awal, haru pula jadinya jika tiada backup plan. Lagipun ya Rabbi, susah betul nak kawal kanak-kanak tidak cukup umur si Khayra ni. Tadi kata mahu tengok penguin, tetapi pada saat akhir mahu ke City of Digital Light pula.

"Tanggung beres Dark. Kau datinglah dengan Rara dulu ya, aku dan Cindy akan lencongkan perhatian dua ekor itu. Jangan risau, aku akan pastikan mereka takkan kacau kau berdua," balas Light sambil tergelak.

Pelan Aariz memang terbaik. Yalah takkan masuk ke i-City sekejap sahaja kemudian keluar macam itu saja? Paling kurang satu jam pun jadilah berlagak sebagai teman istimewa di depan Dodo dan rakannya. Dodo agak bodoh tetapi rakannya itu pembunuh upahan. Licik. Kalau Aariz dan Khayra keluar awal dari i-City, mungkin wanita tersebut akan menyangka bahawa tembelangnya telah pecah.

"Baguslah kalau begitu. Thanks, Light. Aku dan Rara akan berlagak seperti kau dan Cindy ni. Jadi, dalam masa sejam itu kau buatlah apa yang patut," pesan Aariz.

"Eh, sekejap. Kau nak berlagak macam aku? Jadi, kau tak pakai topenglah ni?" tanya Light penuh teruja. Ya, dia teruja teruk. Hei, tidak pernah sekali pun seorang Aariz Iktizar muncul di tempat awam tanpa memakai topeng, tahu? Wah, ini sesuatu yang mengujakan!

"Ya, aku akan menjadi orang normal malam ni. Doakanlah aku," jawab Aariz dengan nada mendatar.

'Light, jika kau tahulah aku membahayakan diri aku sendiri ketika ini, mungkin kau takkan teruja begitu. Paling tak pun, kau akan membebel macam mak nenek jika kau tahu perkara sebenar,' bisik Aariz dalam hati.

"Wah, seronoklah Rara dapat tunjuk muka pakwe dia depan orang ramai malam ni. Hahaha," gelak Light.

"Yalah. Light, jaga diri kau dan Cindy baik-baik. Aku tak tahulah mereka akan buat apa nanti dekat kau berdua jika mereka sedar yang kau bukan aku dan Cindy bukan Rara," pesan Aariz lagi.

CODE NAME: DARK [COMPLETED]Where stories live. Discover now