BAB 29

4.2K 438 150
                                    

BINGKISAN cahaya lampu yang menerobos masuk ke dalam kereta melalui cermin hadapan kereta yang meretak dipandang tanpa perasaan. Para polis yang berada di luar kereta dalam keadaan kaget juga dipandang sinis.

Apa nak hairan jika dia, si Dodo terlaknat langsung tiada perasaan takut dalam diri. Nona yang berlumuran darah di sebelahnya kemudian dipandang penuh jelik.

"Aku Dodo, aku tak perlukan pembelot macam kau ini hidup, Nona. Kau ingat aku tak tahu ke yang kau tak sampai hati nak bunuh lelaki tu kan?" Dodo meniup perlahan muncung pistolnya yang masih berasap nipis.

"Kau sengaja melencongkan tembakan, kau sengaja memandu macam orang tak makan setahun. Lagi sadis, kau sempat bertaubat ya? Kenapa kau panggil polis, hah?" jerkah Dodo pula lantas menyepak-nyepak jasad kaku Nona.

"Kau cerdik, tapi sayangnya kau tak mampu nak tandingi aku. Aku Dodo, tuan kau. Bodoh!" selar Dodo lalu ketawa terbahak-bahak.

Klik.

Perlahan-lahan, dia membuka pintu kereta. Figura enam orang polis berserta dengan pemilik Toyota Camry dan Suzuki Swift yang masing-masing bersiaga sambil mengacukan senjata kepadanya dipandang dengan senyuman penuh sinis dan mengejek.

"Letakkan senjata," arah seorang pegawai polis yang berada paling dekat dengannya.

"Hahaha," gelak Dodo sekuat hati.

"Okey." Dia kemudiannya akur. Namun, senyuman jahat masih lagi terukir di bibir malah semakin kejam.

"Woi, kau yang pakai mask!" panggil Dodo kepada Light yang sedari tadi tetap menghalakan muncung pistol kepadanya.

"Kirim salam dari neraka untuk kawan kau tu. Cakap dekat dia, Suja is coming," ujarnya lalu perlahan-lahan, dia meletakkannya pistolnya ke atas jalan.

"Apa maksud kau?" soal Light. Menggeram, semestinya. Apa lagi helah si Dodo?

"Jangan pandang rendah kepada Suja. Dia... musuh kau yang sebenar. Hahaha." Sebaik sahaja menamatkan ayatnya, Dodo terus berlari melintasi penghadang jalan lantas terjun ke dalam gaung.

Bang!

Bang!

Bang!

Pihak polis melepaskan beberapa das tembakan. Namun, figura Dodo yang menghilang jatuh ke dalam gaung ketika ini gagal dikenal pasti keadaannya. Masih hidup atau sudah mati? Sukar untuk mereka menebaknya.

Sunyi. Kelam malam dipagari bintang-bintang berkelipan ketika ini dipandang dengan pelbagai rasa. Tenang, namun apa yang pasti, Aariz dan Khayra berserta Yaya belum lagi selamat.

Kenapa Suja juga boleh terjatuh ke tangan The Butcher? Light dan Cindy amat risaukan keadaan Aariz dan Khayra.



"AARIZ, kereta di belakang tu menakutkanlah," beritahu Khayra kepada Aariz yang semakin cekap memandu. Bersyukurnya dia apabila Aariz sudah tidak terbatuk-batuk seperti tadi.

"Aku tahu, sebab itulah aku tak nak bagi kau drive. Pegang anak tu elok-elok," balas Aariz dengan matanya sesekali setia melihat kedudukan kereta hitam di belakang yang mula menunjukkan belang.

"Kau bercakap macamlah Yaya ni anak sendiri," ujar Khayra perlahan. Yaya yang sudah terlena di dalam pangkuannya ditenung lembut.

"Aku nampak dalam garangnya kau dengan orang lain, kau berlembut dengan budak-budak. Nice, aku suka. Kau dah layak bergelar mama," usik Aariz.

Mendengar ayat Aariz, sekali lagi Khayra berasa pipinya seperti disimbah air panas. Malu sungguh! Sah pipinya sudah bertukar kepada warna tomato masak. Rasa mahu menyorok saja.

CODE NAME: DARK [COMPLETED]Where stories live. Discover now