"RARA, izinkan aku belasah dato' pondan tu!" bentak Cindy sambil menumbuk meja. Menggila perasaan marahnya selepas menerima panggilan daripada Dato' Sani tadi.
"Hah? Kau cakap apa ni Cindy?" Khayra yang baru masuk ke dalam biliknya terperanjat besar melihat aura gelap yang menyelubungi tubuh setiausahanya.
"Dato' miang tu tiba-tiba cakap nak buat photoshoot di mall dia. Itu melanggar perjanjian dalam kontraklah," jawab Cindy dengan geram.
Elok saja dalam kontrak yang ditandatangan melafazkan janji bahawa untuk sebarang urusan, pihak klien akan datang ke pejabat mereka, bukan mereka yang perlu bersusah payah ke tempat klien. Pergi mati sajalah orang tua!
"Cindy, sediakan pedang. Aku nak pancung orang tua tu!" Sama naik, Khayra mengepal penumbuk lalu menghentak kasar meja kerjanya. Berani betul si miang itu mempermain-mainkan kontrak.
"Okey, bos!" jawab Cindy lantas berlalu ke almari yang menempatkan "senjata" mereka.
Buku bertemu ruas. Ada hati mahu main-main dengan Cik Amra Khayra ya? Orang tua itu takkan selamat. Tunggu sajalah, sekejap lagi dia pancung leher orang tua itu!
"Semuanya dah siap. Jom, Rara," ajak Cindy sambil memutar-mutar anak kunci keretanya.
"Let's go babeh!" sahut Khayra dengan senyuman sinis tersungging di bibir. Dia sudah tidak sabar untuk beraksi!
"MOMMY, sila duduk di belakang. Seat depan ni Jaja punya," marah Cik Suja sambil bercekak pinggang kepada ibunya.
"Eh helo, mommy dulu yang call Dark tau? Jadi, seat depan ni mommy punya," balas Datin Saniah tidak mahu mengalah.
"Tapi mommy tu dah tua kerepot tahu? Langsung tak padan dengan Abang Dark," bidas Cik Suja. Ibunya ini sejenis yang tidak sedar rumah kata pergi, kubur kata mari. Itu lubang kubur sudah memanggil-manggil!
'Astaghfirullahalazim.' Beristighfar panjang Aariz melihatkan ulah dua beranak yang saling berebut tempat di kerusi penumpang sebelahnya.
Seorang si muda, seorang si tua perasan muda. Dua-dua sejenis tidak mahu beralah walaupun mempunyai pertalian darah. Tika itu, Aariz hanya mampu merenung langit. Mendung langit waktu itu seolah-olah bersimpati dengan nasibnya. Malang, tetapi mahu dibuat macam mana demi sesuap rezeki.
Melihatkan perang mulut antara dua beranak ini semakin meleret, Aariz akhirnya turun dari kereta lalu mendapatkan mereka. Jika tidak dileraikan perbalahan ini, maka alamatnya sampai ke zohorlah mereka tidak akan sampai-sampai ke shopping mall.
"Datin, Cik Suja. Maafkan saya. Boleh kita bergerak sekarang?" tanya Aariz dengan sopan.
"Anje mahu duduk di sebelah Abang Dark," kata Cik Suja lalu cuba memaut lengan Aariz. Namun, malang bagi Cik Suja apabila Aariz terlebih dahulu mengelak ke tepi. Sorry Cik Suja, dia lelaki limited edition. Takkan mudah-mudah perempuan ajnabi boleh menyentuhnya.
Cik Suja dilihat mendengus tidak puas hati, namun Aariz membiarkan saja lagak gedik gadis itu tanpa mahu memujuk. Sekarang, misinya ialah mahu mengelak daripada dihimpit oleh mak si Suja ini pula. Apa kes orang tua ini cuba menggatal dengannya? Helo, dia teruna suci okey. Arghh, stres!
"My handsome baby... miaw!" rengek Datin Saniah tidak berpuas hati. Percubaannya untuk merapatkan diri ke dada bidang Aariz tidak berjaya dek jejaka itu lebih pantas berpusing ke belakang lalu membukakan pintu kereta.
"Datin, Cik Suja, dua-dua sekali sila duduk di belakang. Saya hanya pekerja dan datin serta Cik Suja ialah majikan saya. Jadi, lebih baik di belakang. Silakan," putus Aariz lalu mempersilakan dua orang tersebut dengan penuh takzim.
"Huh!" Datin Saniah dan Cik Suja, kedua-dua saling berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing berpaling ke arah bertentangan.
Sorry, dia si Dark takkan sesekali jatuh ke dalam tangan dua orang itu.
Setelah memastikan kedua-dua orang majikan miangnya sudah selamat berada dalam posisi masing-masing, Aariz menghidupkan enjin kereta lalu kereta mewah berwarna hitam metalik itu menjalar gagah di atas jalan raya.
'Aariz, sabar itu separuh daripada iman,' bisik hatinya lalu meneruskan pemanduan dengan hati terus beristighfar panjang. Tidak cukup di luar, kini Datin Saniah dan Cik Suja bercakaran pula di dalam kereta. Haih!
"APA ni dato'!" sembur Khayra tanpa sempat duduk. Kegeramannya memuncak dek sekali lagi, Dato' Sani cuba melanggar perjanjian.
"Relakslah sweety, alah garangnya," balas Dato' Sani sambil mengetip-ngetip hujung kuku. Lantas, hujung kukunya ditiup perlahan.
"Sekarang ni, cuba cakap apa masalah dato' sebenarnya? Perjanjian kita mengatakan bahawa segala urusan photoshoot dilakukan di studio syarikat kami, bukannya di tempat dato'. Lagi satu, kejadah apanya dato' sesuka hati menukar model syarikat kepada anak dato'?" marah Khayra dengan suara meninggi empat lima oktaf.
Apa dia mahu jawab kepada model yang sudah sign kontrak untuk mempromosikan syarikat Dato' Sani ini? Apa orang tua ini ingat syarikat pengiklanannya syarikat cikai yang boleh disepak baling sesuka hati? Kurang ajar!
"Girl, garang sangat not good tau. You buatkan abang semakin sukakan you," sahut Sadad pula.
"Kau diam Sadad." Khayra menjeling garang kepada anak lelaki Dato' Sani yang tersengih-sengih memandangnya. Dasar gatal!
"Dato' pilih. Tukar model kepada model asal ataupun kontrak ni dibatalkan. Dato' sila cari agensi lain untuk iklankan mall Dato' ni," putus Khayra lalu menarik kerusi lantas duduk dengan kakinya disilangkan.
"Alah, janganlah begitu. Okeylah abang kekalkan model tu." Dato' Sani menarik muncung sedepa.
Khayra hanya melihat kelakuan dato' sotong itu dengan penuh rasa meluat. Hari ini, entah kali ke berapa sudah dia membebel geram dalam hati. Semuanya dato' ini punya pasallah!
"Rara, my sweet girl," panggil Sadad dengan ekspresi sama seperti tadi. Tersengih-sengih bagaikan kerang busuk yang tidak reti-reti nak tutup.
"Apa?" sahut Khayra dingin. My sweet girl, my cute girl, my girl girl girl bla bla bla apa pun, dia sudah tidak hairan. Sadad ini memang sejenis menggatal, tak sedar diri!
"You cantik. Jomlah kahwin dengan I," kata Sadad lalu menentang mata Khayra.
Tunak matanya tajam menikam wajah si singa betina di hadapannya. Jika dia berjaya menundukkan gadis bernama Nur Amra Khayra, maka itu adalah kemenangan yang besar. Dalam diam, terbit niat jahat dalam hatinya. Sememangnya, gadis ini lain daripada yang lain. Sukar dijinakkan... sangat interesting.
Buat kali kedua, Khayra menarik senyuman sinis lalu turut membalas pandangan Sadad.
'Kau ingat aku akan kalah? Ya, memang nama aku aku puteri kebaikan tapi kau silap tafsir oranglah Sadad. Aku... puteri kejahatan. Berani? Cubalah.' Khayra mengepal erat penumbuknya.
"Girl..." panggil Sadad lagi tetapi kali ini lebih berani dengan tangannya mula mencuba untuk menyentuh pipi Khayra.
Khayra melayangkan senyuman sinis. Mahu diduga juga sejauh mana keberanian bekas rakan sekelasnya ketika di universiti dahulu. Dalam diam, dia mula menghitung detik sebelum tangannya akan singgah di tengkuk Sadad. Matilah Sadad...
Satu. Satu meter...
Dua. Setengah meter...
Ti.
Pap!
Satu tangan yang dilindungi dengan sarung tangan hitam terlebih dahulu muncul di depan mata Khayra sekali gus memegang kejap tangan Sadad yang setengah inci sahaja lagi hampir menyentuh kulit pipi gadis itu.
'Cool,' bisik hati Khayra lalu wajahnya didongakkan ke arah si empunya diri yang menghalang tindakan Sadad. Namun, senyuman sinis yang terukir pada bibirnya perlahan-lahan sirna.
'Shoot!' Tanpa sedar, dia tersumpah.
EDITED: 3/12/2024

YOU ARE READING
CODE NAME: DARK [COMPLETED]
RomansaThe Fallen Hero. Itu gelaran senyap yang ditelan oleh Aariz Iktizar, seorang ejen perisikan terlatih dari Unit Jenayah Dalam Negara. Tugasannya di lapangan serba ekstrem berakhir, tapi tiada istilah mengalah kerana nyawanya sentiasa diintai oleh si...