Bab 15

6 3 0
                                    

"Ada perkara mommy dengan daddy nak bincang dengan Yaya.. Duduk lah" kata mommy.

Akupun duduk disebelah kak Julia iaitu isteri kepada angah aku.

"Nak bincang tentang ??" tanya aku.

"So... Yaya dah fikir tentang perkahwinan tu ? Yaya setuju ?" soal daddy.

"Yaya fikir masak²... Kahwin ni bukan perkara yang boleh dibuat main" kata Kak Diana.

Aku hanya memandang muka mommy dengan daddy aku tanpa banyak soal.

"Yaya ? Kenapa senyap ?" angah aku pula bersuara.

"Hmmmm.... Betul mommy dengan daddy nak Yaya kahwin dengan Afham ?" tanya aku dengan nada yang lembut.

Mommy dengan daddy memandang antara satu sama lain. Kemudian beralih pula kepadaku lalu menggangguk tanda setuju.

"Kalau macam tu.... Yaya ikutkan je pilihan mommy dengan daddy..." kataku.

"Betul ni ?!" soal mommy aku dengan riak wajah yg teruja.

"Iye...."

Mommy aku terus bangun lalu memeluk badanku. "Terima kasih Yaya...." kata mommy aku.

Ahli keluarga yang lain hanya tersenyum apabila melihat kegembiraan pamer diwajah mommy aku. Begitu juga Ira yang dari tadi membisu. Adam pula sedang bermain dengan Mak Jah. Mommy suruh alih perhatian Adam sementara kami sedang membincang tentang hal ini.

Keesokkan pagi , angah aku hantar aku ke universiti.

Setibanya di Universiti .... Aku berjalan pergi ke library sebelum masuk ke kelas untuk memulangkan buku yang aku pinjam semalam.

"Assalamualaikum Yaya !"

Aku memandang kearah bunyi yang memanggil namaku.

"Eh ! Abang Haris. You pun baru sampai ke ?"

"Haah... Tiba² pula terserempak dengan you... Tu yang i tegur ni. Eh tadi tu kereta abang Arul kan ? Bila dia balik sini ?"

"Malam semalam... Abang Ikmal pun balik semalam.."

"Semua balik ni. Ada emergency ke ?" soal Haris kehairanan.

"Takde... Hal family...."

"Ouh... You. Malam ni you free tak ? I nak ajak you pergi dinner. Lama tak keluar sama² kan"

"Malam ni Yaya nak keluar dengan aku". Tiba² kedengaran suara Afham dari belakang badanku.

"Ouh... Ye ke... Kalau mcm tu , tak pe lah.. I pergi dulu Yaya.. Assalamualaikum" kata Haris lalu pergi meninggalkan aku dan Afham disini. Aku hanya menjawab salam Haris didalam hati.

"Eh ! Kau buat apa kat sini ?" soal aku sambil menjeling Afham dengan jelingan maut aku ni.

"Teman Yayalah... Ni Yaya nak masuk kelas ke ni ?"

"Tak... Aku nak pergi library dulu... Kau boleh tak kalau sehari tak payah ganggu aku ?"

"Boleh" jawab Afham

'Sengeh-sengeh... Tahulah dia ada gigi taring... Nak tunjuk kecomelan dia lah tu'  bisik aku dalam hati.

"Aku pergi dulu... Eh ! Sebelum tu... Siapa kata malam ni aku nak jumpa kau ?"

"Abang. Tapi memang betulpun kan.. Yaya tak baca message abang ke ?"

~Bersambung~


Gadis Itu Pemilik HatikuWhere stories live. Discover now