Bab 27

8 3 0
                                    

Selesai makan malam , aku menuju ke swimming pool yang berhampiran dengan dapur didalam rumah.

Aku melabuhkan punggung berdekatan dengan swimming pool sambil kaki aku direndamkan didalam kolam. Sampul surat yang diberikan oleh Haris aku bawanya sekali.

Sedang aku termenung seseorang menghampiri aku.

"Ehem ! Jauh termenung"

"Eh ! Angah... Kau buat apa kat sini ?"

"Kau tu yang buat apa malam² macam ni. Esok kau ada class kan. Pergi lah tido"

"Tak ngantuk lagi.. Ni Kak Julia mana ?"

"Ada tu.. Tengah borak dengan mommy.. Orang nak kacau tak kasi. Kau.... Ada masalah ke ?"

"Mana ada. Yaya okey je la"

"Aku kenal kau bukan seminit yang lepas. Dari kau lahir lagi aku tahu perangai kau. Kau ada masalah kan ? Cerita la. Dengan abang sendiri pun nak berahsia" balas angah sambil mencebik.

"Bukan berahsia... Cuma" belum sempat aku menghabiskan kata² aku , tiba² Along dan Ira muncul entah dari mana.

"Akak ! Angah ! Korang buat apa ni ?" soal Ira lalu pergi menuju ke pondok yang terdapat berhampiran dengan swimming pool tersebut.

"Asal korang tak tidur lagi ni ? Dah malam kan" sambung along.

Aku dan angah segera mengangkat punggung lalu menuju ke pondok dimana  along dan Ira berada.

"Along , Kak Diana dengan Adam mana ?" soalku.

"Dah tidur dah"

"Semua berkumpul ni. Ada apa² ke ?" soal aku kehairanan. Ye la semenjak along dan angah berkahwin kitaorang adik-beradik dah jarang berkumpul macam ni.

"Tu lah... Rindu macam dulu" sambung Ira sambil tersenyum.

"Nak buat macam mana dik.. Dah masing² dah ada family sendiri. Hujung bulan ni Yaya pula. Entah² tahun depan kau pula adik" balas angah. Sengaja la tu nak menyakat adik dia yang bongsu tu.

"Eh ! Tolong sikit eh ! Aku ni muda lagi tau. Result SPM pun belum dapat lagi" kata Ira sambil menunjukkan gaya gedik dia tu.

"Along dengan angah sampai bila je kat sini ?" soal aku.

"Sampai... Majlis kahwin Yaya dengan Afham selesai" balas angah .

"Ermmm... Yaya , surat apa tu ?" soal along yang dari tadi  ternampak aku memegang sampul surat tersebut.

"Akak.. Kau dah baca ke surat dari Abang Haris tu ?" soal Ira kepadaku lalu aku menghulurkan sampul surat tersebut kepada Ira. Angah dan Along juga turut baca surat tersebut.

"So ? Betulkan apa yang aku cakap" Kata Ira seraya melipat semula surat tersebut setelah habis membacanya lalu dimasukkan kedalam sampulnya dan dihulurkan kepadaku.

"Yaya.. Along harap kau tak terpedaya dengan budak Haris ni"

"Betul cakap along tu. Yayapun tahukan diaorang satu family tu perangai sama je" angah pula menyokong dengan kata² along tadi. Tapi bila difikirkan balik memang betulpun. Teringat lagi kisah haritu , abang sulung Haris iaitu Darwish pernah merosakkan anak dara orang. Habis family kitaorang sekali terjebak.

"Aku dah pesan kat kau Yaya... Jangan rapat sangat dengan budak Haris tu. Kau degil" sambung along. Tapi memang betulpun. Aku ni memang degil sikit orangnya.

Aku hanya diam membisu.

"Ermmm.. Akak , mana gelang emas tu ?" soal Ira.

"Ada kat atas. Malaslah nak buka. Aku nak pulangkan balik kat dia. Tapi esok aku ada class smpai petang" jawab aku.

"Kau nak kitaorang tolong pulangkan kat Haris ke ?" soal along kepadaku.

"Takpe lah. Aku nak jumpa dia sendiri. Nak explain yang aku takde langsung perasaan kat dia"

"Macam tu lah adik along... " balas along seraya menepuk bahu kiriku.

"Ehem ! Aku ni ? Bukan adik kau ke ? ". Ira biasalah. Nak attention je lebih. Masalah aku dia pula melebih. Tau lah anak bongsu.

"It's okay Ira. Kau adik aku.. So sekarang fair la kan ?" balas angah lalu menolak badan Ira.

Kami tergelak dengan tindakan angah. Dah lama kitaorang tak merasa kebahagiaan adik-beradik macam ni. Maklumlah... Masing² dah ada family sendiri. Akupun akan berkahwin juga tak lama lagi.

"Kenapa tak tidur lagi ni ?" tegur daddy lalu menuju kearah pondok.

Aku segera menyimpan sampul surat tersebut didalam poket seluarku. Takut nanti disoal oleh daddy terus tak tidur malam kitaorang.

"Eh ! Daddy.... Mommy mana ?"  soal Ira.

"Mommy dah tidur dah tu. Lama daddy tak tengok korang macam ni ye ? "

"Hehe.. Biasalah daddy.. Masing² dah ada life sendiri" balasku. Yang along dengan angah ni dah gosok leher dah.

"Dah dah. Pergi tidur. Dah lewat dah ni. Kalau mommy nampak ni membebel tak sudah. Ermm... Yaya , esok pagi ada class kan ? Pergi dengan daddy lah. Tapi bersiap tu awal sikit"

"Okey daddy !" balasku seraya kami mengangkat punggung lalu menuju ke bilik masing².

***

Setelah penat menyiapkan exciment , aku terus menuju ke katil lalu baring diatas katilku ini.

Tiba² kedengaran pintu aku diketuk oleh seseorang.

Tok ! Tok ! Tok !

Aku segera membuka pintu.

"Kau nak apa ni... Aku dah ngantuk lah"

"Sekejap lah... Abang Am , esok kau ada class ?"

"Ada... Kenapa ?"

"Tolong bagi ni kat Yaya" balas Nelydia lalu menghulurkan kotak berbentuk segi empat tersebut kepadaku.

"Apa ni?"

"Kau tak payah la nak sibuk. Pass je kat dia. Kirim salam sekali eh" balas Nelydia lalu pergi menuju ke biliknya.

"Eiy budak ni.. Aku baru je nak tido.. Kacau mood betul la" Omel aku seraya menutup pintu bilikku.

~bersambung~

Gadis Itu Pemilik HatikuWhere stories live. Discover now