Bab 19

4 3 0
                                    

Keesokkan pagi.....

"Yaya !! Bangunlah !! Dah pukul 9 pagi tak bangun lagi budak ni. Apa nak jadi Yaya ni ?!"

Aku membuka mata aku lalu kelihatan mommy aku sedang membebel memarahi aku sambil mencekak pinggangnya itu.

"Bangun ! Hari² mommy nak kena kejutkan... Besok kalau dah kahwin nanti tak tahulah siapa yang nak kejutkan. Tahulah harini hujung minggu... Takde class. Tapi tak bermakna Yaya kena bangun lewat ! Yaya tu perempuan.. Buat cara perempuan.. Bangun awal. Janganlah sampai hari² orang nak kena kejutkan. Dari Yaya kecil sampai besar perangai tak pernah nak ubah. Yaya dah 20 tahun Yaya... Dah besar.. Jangan berperangai macam budak kecil !" bebel mak aku lalu keluar dari bilik aku.

'Salah aku ke ? Bukan aku yang minta nak bangun lewat. Aku tidur awalpun tetap bangun lewat. So ? Salah aku juga ?' bisik aku dalam hati.

Setelah mandi aku turun kebawah lalu melihat mommy masih marahkan aku.

Aku beranikan diri untuk tegur mommy aku itu.

"Ermmmm... Mommy... Yaya.... Minta maaf. Yaya ... Tak sengaja bangun lewat" kata aku kepada mommy yang sedang mengemas pinggan mangkuk didapur.

Mommy aku memandang aku terlebih dahulu sebelum memulakan percakapannya.

"Mommy maafkan Yaya... Lain kali jangan buat macam tu lagi"

"Okey ! Terima kasih mommy.... Sa... Yang... Mommy !!!" balas aku seraya memeluk badan mommy aku.

"Ni ! Sebelum mommy terlupa. Tengah hari nanti Aunty Camey ajak kita pergi butik pengantin dengan cari cincin. Lepas Yaya breakfast pergi terus bersiap" kata mommy aku.

"Okey. Tapi mommy suruhlah Aunty Camey ajak sekali Lily. Baru lah best" kata aku sambil menunjukkan riak wajah yg teruja. Lily yang aku maksudkan tu adalah Nelydia. Biasalah... Lahir kat New York... Tu yang namapun ala² mat saleh.

"Hmmmm... Ye lah. Dah pergi breakfast. Nanti perut masuk angin" balas mommy aku. Ha .... Marah² mak dekat kita masih ada rasa sayang yang tersemat dalam jiwa mak kita kepada anak² nya sampai mati.

Tengah hari ni aku , mommy aku , Lily dan Aunty Camey keluar pergi kebutik pengantin terlebih dahulu.

***

Setibanya kami dibutik pengantin yang bernama 'Butik Seri Manjung' ......

"Ermmmm... Mommy. Ni butik siapa ni ?" tanya aku kepada mommy. Mata aku masih tertumpu pada papan tanda kedai tersebut.

"Ni butik aunty... Aunty ambil nama kedai ni dari kampung uncle... Kat Seri Manjung.. Masuklah..." balas Aunty Cameliya.

Pelbagai rekaan baju pengantin yang direka oleh salah satu pekerja Aunty Cameliya. Sehinggakan aku tidak tahu baju pengantin mana yang nak dipilih. Aku hanya ikut keputusan mommy aku je. Sebab mommy aku ni kalau dia pilih memang 1Malaysia boleh setuju. Sebab tu aku percayakan mommy aku. Mommy aku ni jenis yang pandai memilih.

***

Setelah hampir 3 jam kami memilih baju pengantin aku. Akhirnya baju pengantin yang anggun malah berseri ini juga menjadi pilihan aku dan mommy aku.

Selesai memilih baju pengantin , kami singgah ke restoran yang terdapat di berdekatan butik itu bagi menjamu selera.

Selesai makan , kami pergi ke kedai cincin EMAS bagi membeli cincin nikah. Setibanya kami disana , kami terserempak dengan Haris di hadapan kedai cincin tersebut.........

~Bersambung~

Gadis Itu Pemilik HatikuWhere stories live. Discover now