Bab 17

4 2 0
                                    

"Tengku... Adeliya ... Sofea ?"
Adik Afham bersuara.

"Ungku Nelydia Afhira ??" tak kusangka selama ni adik Afham adalah bekas kawan baik aku waktu darjah 6 dulu.

Aku dan adik Afham saling berpelukan melepaskan rindu tatkala Afham hanya melihat kejadian ini tanpa mengeluarkan suara.

"Kau macam mana ? Sihat ?" tanya Nelydia kepadaku.

"Sihat alhamdulillah... Kau ?"

"Macam yang kau nampak sekarang lah... Ya allah.... Lamanya tak jumpa kau.... 8 tahun kita tak berjumpa.... Makin cantik kau eh. Kau mesti rindu aku kan ????" soal Nelydia saja mengusik aku kononnya.

"Kau pun apa kurangnya... Dah pakai braces bagai... Kenapa kau tak bagitahu yang kau ada abang ?" soal aku kehairanan.. Sepanjang aku berkawan dengan Nelydia dari darjah 2 sampai darjah 6 , tak pernah pula dia cerita pasal family dia.

"Malaslah aku nak cerita kat kau.. Eh ! Jom lah kita makan dulu.. Kau mesti lapar kan ?" Nelydia menarik tangan aku menuju ke dapur mereka. Jauh juga perjalanan ke dapur ni. Tiba² segan aku hilang selepas jumpa kawan lama aku ni.

"Kau tak cakap kat aku pun kau ada adik perempuan" bisik aku kepada Afham sambil berjalan menuju ke dapur.

"Kenapa abang nak kena bagitahu ? Tak penting pun la.." balas Afham.

Setibanya aku, Afham dan Nelydia didapur mereka , semua ahli keluarga Afham sedang menunggu kehadiran aku.

"Ha... Sampaipun Adeliya.. Duduk lah" ujar aunty.

Aku terus menyalam tangan para wanita yang ada didapur ini.

"Panggil Yaya je..." aku bersuara dengan nada yang sopan.

"Korang... Perkenalkan ni Adeliya Sofea. Yaya , perkenalkan keluarga abang. Yang sebelah mama tu Luqman , abang sulung kitaorang. Sebelah Luqman tu isteri dia , Wardah. Yang kat depan ni pulak papa dan tu kak ngah abang , Ryanna dan suami dia , Fazrul " kata Afham sambil jari menunjukkan dimana ahli keluarga Afham berada.

"Weyh... Jom lah duduk. Takkan kau nak makan berdiri pulak" sergah Nelydia.

"Adik , adik kenal Yaya ?" soal papa Afham.

"Kenal sangat papa.. Kawan baik adik dulu..." balas Nelydia.

Selesai makan , kami semua menuju ke ruang tamu. Aku duduk diatas sofa yang panjang ini bersebelahan Nelydia.

"Yaya betul boleh terima Afham ?" soal mama Afham.

~Bersambung~

Gadis Itu Pemilik HatikuWhere stories live. Discover now