Bab 23

3 2 0
                                    

" Afham ?! Kau... Buat apa kat sini ?!" soal aku dengan riak wajah yg terkejut.

"Teman Yaya shopping la..." jawab Afham selamba.

"Lily mana ? Aku ajak dia bukan kau. Kenapa kau pula yang datang ?" soal aku kehairanan. Pelik mamat ni.

"Yaya masuklah dulu.. Tak penat ke berdiri tengah panas ... Ha ?"

Akupun memasuki kereta Afham dan duduk di seat sebelah pemandu.

"Jawab soalan aku !"

"Lily kena teman mama pergi butik ... Dia tak dapat nak teman Yaya pergi shopping. That's why Lily suruh abang gantikan dia , teman Yaya. Dia tak bagitahu Yaya ke ?" balas Afham.

"Tak... Ok fine ! Jom gerak ! " balas aku geram.

"Dia lupa kot" kata Afham sebelum kereta Ferrari nya memecut laju.

Dalam perjalanan.... Aku hanya memandang diluar tingkap tanpa sebarang bunyi.

'Mamat ni nak bawa aku pergi mana ni ? Lily pun satu.. Kenapa lah dia tak bagitahu awal². Aku boleh je pergi dengan Hana. Eiyyyy !!!! Tunggu kau Lily !!!!'

"Senyap pulak. Selalunya membebel tak habis²"

"Kalau aku bebel kau nak dengar ke ? Lagi satu. Kau nak bawa aku pergi mana ni ?" balas aku.

"Makan dulu... Abang lapar... Yaya tak lapar ke ?"

"Lapar lah jugak. Tapi kau nak bawa aku makan kat mana ?"

"Alaaa... Yaya tunggu je lah. Nanti dah sampai nanti Yaya tahulah" balas Afham sambil matanya memandang ke depan.

Setelah 23 minit kami diatas jalan raya , kami memasuki ke kawasan bandar yang terdapat pelbagai bangunan.

Kereta Afham tiba² berhenti di salah satu kafe yang terdapat di kawasan tersebut.

"Dah sampai" kata Afham seraya membuka seat belt nya.

"Kita makan kat sini ke ?" jawab aku smbil mata aku memandang kearah papan tanda yang bertuliskan CAFE D'SANDRA

"Habistu ? Yaya nak makan kat tepi jalan ? Dah. Turun ! Banyak tanya pulak"

Akupun keluar daripada perut kereta tersebut lalu kami memilih meja yang berdekatan dengan kaunter bayaran.

Pelayan pelanggan di kedai tersebut datang menghampiri kami untuk mengambil order.

"Minum ?"

"Ermmm... Bagi Cappucino Ais satu"

"Coffe Latte satu"

"Okey ... Makan ?"

"Spaghetti Carbonara satu"

"Okey... Lagi ?"

"Itu je " Afham bersuara.

Pelayan pelaggan itu berlalu pergi.

Aku memandang Afham yang sedang sibuk bermain telefon bimbitnya itu.

"Am.... Asal kau tak order makan ?"

"Takde selera" balas Afham sambil matanya masih lagi menghadap skrin telefonnya.

"Tadi beria kata laparlah... Itulah.. Inilah.. And now ! Kau kata takde selera ?! Eh ! Kalau betul kau takde selera dari tadi baik kita pergi terus mall... Buang masa je !" kata aku sambil berpeluk tubuh.

Afham hanya diam membisu.

***

Setibanya kami di Central i-City.... Aku hanya memandang setiap barang yang terdapat di dalam mall tersebut.

"Kata nak pergi beli barang" Afham bersuara.

"Sabar lah... Eh ! Am ! Jom pergi bookstore. Tak silap kat tingkat atas" balas aku seraya mempercepatkan langkah aku ke eskalator.

"Yaya ! Tunggu lah..." kata Afham yang sudah jauh ketinggalan dibelakang.

"Lembab betullah !" aku hanya merengus kecil sambil memandang Afham.

Dengan sekelip mata , Afham sudah hilang dari pandangan aku. Aku berjalan kebelakang dan mencari Afham.

"Ya allah.... Mana pulak mamat ni pergi...." kata aku sambil mengeluh dan mata aku masih meliar mencari Afham.

Tiba² aku ternampak Afham duduk dibangku putih sambil mengusap perutnya. Aku berlari kearah Afham.

"Afham. Kenapa ni ?"

"A-b... Abang... Sakit.... Peruttt.... " balas Afham gagap. Tangannya masih lagi mengusap perutnya.

"Tu lah kau. Aku suruh kau makan tadi kata takde selera. Sekarang tengok ! Perut dah masuk angin. Jap. Tunggu kat sini"

Langkah aku terhenti apabila Afham memegang tanganku yang berlapik dengan baju lengan panjangku.

"Yaya... Nak pergi mana ?" tanya Afham lemah.

"Alaaaa... Kau tunggu je lah... Aku pergi kejap je... Kau jangan pergi mana² eh. Apa² call aku" kata aku seraya melepaskan tanganku lalu pergi meninggalkan Afham yang sedang dalam kesakitan.

~Bersambung~

Gadis Itu Pemilik HatikuWhere stories live. Discover now