Bab 28

5 3 0
                                    

Selesai aku keluar dari perut kereta , aku terus menuju ke fakulti aku yang agak jauh dari tempat letak kereta.

Sedang aku berjalan menuju ke fakulti , aku ternampak 2 orang yang aku kenal sangat  suaranya. Aku mendekati 2 remaja tersebut yang sebaya dengan aku.

"Hmmmm.... Ni , Rizal dan Asyraf kan ?" tegur aku.

Mereka menoleh kebelakang selepas aku menegur mereka.

"Ha ye. Aku Rizal"

"Eh bro !!!! Kau pergi mana weyh. Tiba² je sebulan tak datang sekolah. " balas Asyraf seraya memeluk tubuhku.

"Siapa ni weyh ?" soal Rizal kepada Asyraf. Nampaknya Rizal tak cam lagi kawan rapat dia ni.

"Aku Afham. Ungku Syed Ryan Afham" balasku seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Rizal segera melempang pipi kiriku dengan riak wajah yg tak bersalah.

"Kau apahal ?! Sakit kau tahu tak ?! Kau nak aku tendang kau macam dulu lagi ke ?!"

"Dah sah kau Afham !" balas Rizal seraya memeluk tubuhku.

"Kau pergi mana bro ! Tiba² hilang tanpa khabar berita. Kitaorang kat sini macam orang gila cari kau. Kau muncul depan mata kitaorang  macam ni je ?!" kata Asyraf.

"Aku..... Aku.... Terpaksa balik kampung aku , kat New York. Nenda aku sakit. Sempat juga la aku jaga nenda aku sehari. Tapi Allah lebih sayangkan nenda aku" balas aku seraya menundukkan mukaku menhadap lantai.

"Sorry bro. Kitaorang tak tahu. Takde niat pun kitaorang nak buat kau sedih" balas Rizal seraya menepuk bahu kananku.

"It's okay. Ni korang ambil bidang apa ni ?" Afham sengaja tukar topik bagi menghilangkan rasa sedih teringatkan arwah nendanya.

"Bidang kejuruteraan. Kau ?"

"Eh samalah  !"

Tiba² Adeliya menegur aku.

"Assalamualaikum. Afham. Nah. Kau lupa ambil kan ?" tegur Adeliya seraya menghulurkan kad jemputan untuk majlis wedding aku dan Adeliya.

"Waalaikumussalam... Ouh... Ha ye. Lupa pula." balas Afham seraya mengambil kad jemputan tersebut.

"Eh ! Rizal dengan Asyraf pun ada. Melepaskan rindu la tu" kata Adeliya lalu menjeling kearah Rizal dan Asyraf.

"Mestilah melepaskan rindu. Kawan lama tak jumpa. Yaya tak rindu abang ke ?" balas Afham sambil mengangkat keningnya dan senyum sinis.

"Bro ! Kad apa ni ?" soal Rizal lalu mengambil sekeping kad ditangan Afham.

"Ha tu je aku nak bagitahu" kata Adeliya lalu pergi meninggalkan aku , Rizal dan Asyraf.

"Weyh ! Serious ah ! Kawan aku dah nak jadi suami orang ?!" kata Rizal selepas membaca kad jemputan tersebut.

"Asal ? Meh aku nak baca" balas Asyraf seraya merampas kad jemputan yang ada ditangan Rizal.

"Finally ! Kau dapat juga Adeliya"

"Kaupun tahukan aku dah lama minat kat dia. So aku taknak la lepaskan peluang "

***

"Mama , Lily nak pergi masuk kafe tu jap. Nnti dah siap Lily call mama ye"

"Ye lah... Jangan lama sangat"

"Okay ma !" aku segera melangkah masuk kedalam kafe tersebut berseorangan.

Tiba² aku ternampak kelibat seorang gadis yang aku kenal menuju kearah seorang lelaki. Aku cepat² menyorok supaya gadis itu dan juga lelaki tersebut tidak nampak kelibat aku.

"Eh ! Tu bukan..... Amelia Darina ? Ex Abang Am kan. Eh tapi diaorang dah putus ke eh ?  Dan lelaki tu macam aku pernah nampak. Hemmm.... Ha ! Abang saudara Yaya ! Haris Iskandar tak silap nama dia. Tapi apa diaorang tengah bincangkan tu eh ? Macam serious" omel aku seorang diri.

Aku terus memerhati gerak-geri langkah mereka sampai lah mereka keluar dari kafe tersebut.

Sedang aku mengekori mereka tiba² telefon aku berbunyi.

Tittt !!! Tittt !!! Tittt !!! 📞

Tertera nama My Mom 💕 di skrin telefon bimbitku.

"Hello... Ye mama ? Kenapa ?"

"Lily kat mana ni ? Mama pergi kafe tadi Lily takde pun"

"Lily tengah ada misi ni mama jangan kacau" balas aku sambil mata masih tertumpu kepada lelaki dan juga gadis tersebut.

"Misi apa pula ? Dah. Jom balik. Dah cukup kan barang yang kita nak belinya. Jumpa mama kat kafe tadi". Mama terus mematikan panggilan telefon.

"Ish ! Kacau betulla mama ni ! Eh ! Mana diaorang ni pergi ? Aduhhhh.... Tengok dah terlepas. Salah mama la ni. Time ni pula nak call orang" omel aku sorang² seraya menepuk dahi.

~bersambung~

Gadis Itu Pemilik HatikuWhere stories live. Discover now