Bab 29

9 3 0
                                    

Setelah habis kelas , aku menuju ke kafeteria untuk berjumpa Aisya. Harini Hana takde kelas. Tu yang dia tak datang.

"Assalamualaikum Syasya. Sorry , lama tunggu ?" soalku seraya meletakkan beg diatas meja.

"Waalaikumussalam... Takde lah. Baru je. Kau tak nak order ke ?"

"Malaslah"

"Fia , akak aku kat rumah kau eh ?"

"Ha'ah. Kenapa ? Kau nak jumpa kakak kau ke ?"

"Eh takde lah. Saje tanya. Sebab semalam mak aku pergi rumah kakak aku. Tapi akak aku takde kat rumah" balas Aisya sambil mengacau sirap laici itu.

"Syasya. Nah" kata aku lalu menghulurkan kad jemputan kahwin aku dan Afham.

"Lagi 2 minggu ! Kau dah ready nak jadi isteri kepada senior yang paling hot kat universiti ni ?"

"Entah lah. Aku pun tak tahu" balasku lalu mengeluh.

"Kau jangan main² Fia... Kau ingat ni cinta monyet ke ? Kau nak kahwin tau , bukan bercinta"

"Aku cuma takut kalau aku tak boleh terima dia sebagai suami aku atas apa yang dia buat sebelum ni kat aku"

"Fia.... Aku harap kau boleh fikir dengan baik. Apapun keputusan kau , aku ikutkan je. Tapi kau jangan fikir pasal diri kau je. Fikir tentang parents kau juga. Okeyh ?" kata Aisya sambil menggenggam tanganku yang berada diatas meja.

Tiba² Afham , Rizal dan Asyraf datang menghampiri kami.

Afham segera melabuhkan punggung disebelahku manakala Rizal dan Asyraf pergi ke kaunter minuman untuk mengambil order.

"Kau nak apa ?" tegur aku sambil menjeling tajam kearah Afham.

"Nah" balas Afham seraya menghulurkan kotak berbentuk segi empat kepadaku.

"Apa ni ?"

"Lily bagi kat Yaya" balas Afham tanpa memandangku.

"Ouh... Ermmm... Syasya jom. Kau takde kelas kan petang ni ? Teman aku pergi jalan² jom"

"Fia , i'm so sorry. Aku lupa. Aku nak kena pergi balik kampung , ada hal family. Ermm... Pesan kat kakak aku eh suruh balik kampung petang ni. Takut diaorang lupa pula.. Bye..." balas Aisya lalu pergi meninggalkan aku dan Afham disini.

"Yaya nak pergi jalan² kan ? Jom" tegur Afham.

"Eh ! Nanti Rizal dengan Asyraf macam mana ?"

"Diaorang fahamlah... Jom"

Aku segera mencapai kotak yang diberikan oleh Nelydia dan beg juga buku² aku  lalu mengekori langkah Afham.

***

Tiada sebarang bunyi dari kitaorang masuk kereta sampailah sekarang.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni ?" tegur aku.

"Yaya kata nak pergi jalan²"

"Ye la... Tapi kita nak jalan² pergi mana ?"

"Yaya bukan ada kelas ke lepas ni ?"

"Memang la... Tapi pukul 3 petang. Sekarang baru pukul 1. Ingat tadi nak pergi starbuck dengan Syasya , tapi dia ada hal pula"

Setelah beberapa minit , kereta Afham memasuki ke kawasan ECO ARDENCE.

"cakap la nak pergi sini" omel aku perlahan.

"Apa Yaya cakap tadi ?" balas Afham sambil membuka seat belt.

"Mana ada aku cakap apa²" kata aku seraya membuka pintu kereta.

Setelah kami keluar dari perut kereta , aku dan Afham berjalan-jalan sambil menikmati udara segar.

"Hemmm... Lama abang tak pergi sini"

"Samalah. Last aku pergi sini time keluar dengan Syasya dan Hana" balasku tanpa memandang muka Afham.

***

Dia keluar dari perut kereta lalu pergi ke kafe yang berdekatan. Matanya meliar mencari seseorang yang dia amat rindui. Haris ada beritahunya bahawa Afham telah pun balik ke Malaysia. Akan tetapi dia langsung tak percaya dengan kata² Haris tersebut.

Sedang dia mengacau coffee yang telahpun dia order tadi , matanya tiba² terlihat susuk tubuh yang dia kenal. Dia segera mengekori susuk tubuh tersebut sambil menyorok supaya orang itu tidak perasan yang dia mengekori nya.

"Finally ! I jumpa juga you ! Tapi siapa perempuan tu ? Macam I kenal. You ada perempuan lain ke ? Mesra semacam. Tak mungkin ! I tahu yang you masih sayangkan I ! "

Dia terus mengekori susuk tubuh tersebut sampailah mereka kembali ke tempat letak kereta.

"WHAT ?! pompuan tu masuk dalam kereta you ?! Ini tak boleh jadi ! I akan pasti kan yang you hanya milik I ! HANYA MILIK I UNGKU SYED RYAN AFHAM !"

***

"Afham. Terima kasih la teman aku jalan². Pastu belanja air tealive lagi" tegur aku sambil tersenyum manis.

"No hal la. Anything for you sayang" balas Afham sambil senyum sinis.

~bersambung~

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gadis Itu Pemilik HatikuWhere stories live. Discover now