8. hurt

191 57 58
                                    

Author's

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Author's

Hyojin berjalan ke sekolah bersama sama dengan Sunwoo . hari ni boleh dikatakan sangat sibuk kerana saem saem sedang menyediakan peralatan untuk festival sukan . dan murid murid juga turut menolong buat yang nak saja

sesampai saja di kelas , Hyojin meletakkan beg nya ditempat duduk lalu menyembamkan muka di meja . malas mahu berbuat apa apa

" Hyojin , Taeyeon saem panggil kau ! " jerit salah seorang daripada rakan sekelas Hyojin . Hyojin bangun dengan malas , muka nya seperti tiada perasaan

" kau memang tak boleh tengok aku senang kan , Yunseong " marah Hyojin bengang . Yunseong hanya tersengih dek kerana dimarah . tanpa membuang masa Hyojin pergi ke bilik guru dimana Taeyeon saem berada

pintu dibuka . terpampang wajah cantik milik Taeyeon saem walaupun sudah 30-an umurnya . dia tersenyum , manis dilihat

" datang rupanya . ni saya nak kamu tolong saya sempena festival sukan nanti , tak susahkan kamu kan ? " ujar Taeyeon saem . Hyojin hanya mengangguk lalu mereka berdua mengorak langkah menuju ke stor sukan

" tolong saya angkat barang ni , lepastu kita kemas dewan " ujarnya lagi . Hyojin mengangguk paham lalu dia membawa semua barang yang diperlukan untuk menghias dewan

sampai saja di dewan , kelihatan ramai pelajar dan saem saem yang sedang membuat persiapan untuk festival sukan . nampak macam seronok betul

di dalam dewan itu juga , ada satu wajah yang sangat dikenali Hyojin . Hyojin menggeleng , muak dia tengok muka orang tu hari hari

" lah kau pun ada dekat sini ke " kata Sunwoo dengan tangan nya yang penuh dengan bola . dia menghela nafas , beban di tangan nya boleh tahan berat

" dimana ada aku , disitu ada kau . ish menyampah lah aku dengan kau ni " Hyojin menjeling kembarnya . malas mahu gaduh , kalau tak diberhentikan sampai besok pun tak habis bergaduh

tanpa membuang masa , dia membuat apa yang patut . dari dia duduk dalam kelas dan tidur , baik dia tolong kemas dewan . lagipun ramai orang so takde lah cepat penat

seterusnya , Hyojin mengemas sebuah rak yang agak tinggi dari nya . dia bersusah payah untuk meletakkan barang disana . jadi dia terpaksa menjengketkan kaki nya untuk sama kan tinggi

" alah dah jengket pun tak sampai juga ke " rungut Hyojin . badan nya berpeluh kencang akibat kesukaran untuk meletakkan barang tersebut

kaki nya menggeletar . akibat berat badan nya tidak stabil , Hyojin terjatuh . barang yang dibawa nya tadi turut jatuh diatas nya

arghhh aduh !

semua orang lari bertempiaran menuju kearah Hyojin . Sunwoo pula sudah kelam kabut dari tadi , mana tak nya dia malas nak angkat Hyojin balik nanti

Hyojin dibawa ke klinik sekolah untuk memberikan rawatan . nampaknya tak lah teruk sangat cedera , hanya kepala terhantuk dan kedua belah tangan yang terseliuh

━━━

" kau ni memang tak pandai jaga diri lah . asyik aku je kena jaga , penat kau tau tak " bebel Sunwoo kepada Hyojin . nak saja dia tak ambil tau tapi disebabkan saudara darah dagingnya cedera , dia terpaksa

" alah bukan salah aku . rak tu tinggi sangat " Hyojin mencebik . merajuk dengan Sunwoo kerana dimarahi . Sunwoo hanya pura pura tak nampak , dia tau itu hanya ilusi semata mata

sampai saja di rumah , Hyojin disoal oleh Puan Kim bertubi tubi . dengan Sunwoo kena bebel , dengan eomma sendiri pun kena bebel . mana tak berdarah telinga dia dengar

Hyojin hanya mengangguk , mengangguk dan mengangguk . sakit telinga asyik kena bebel

malam menjelma , sudah semestinya Hyojin telah siap selesaikan tugasan . boleh tahan banyak kerja sekolah masa dia tolong Taeyeon saem tadi . itu lah padahnya

" huarghh penat nya " Hyojjin menggeliat apabila selesai saja menyiapkan tugasan . badan nya berasa lenguh dek kerana duduk terlampau lama . dapat tidur sedap juga ni

" buat kerja pun penat ke " kata Minhee selamba . dia menggulingkan badan diatas katil tanda kebosanan

" kau asal guling guling ni , nak kena terajang ke " Hyojin mengerutkan kening nya . pelik mengapa Minhee asyik berguling ke sana sini

" aku kan kucing , suka hati lah nak guling ke apa " Minhee tertawa . itu lah kerja nya , ketawa ketawa ketawa

" jom lah main dengan aku , aku bosan ni " Minhee menarik tangan Hyojin kuat . oi dia tak tau ke tangan yeoja ni sakit

" arghhh ! jangan tarik , sakit Minhee ! " Hyojin mengerang kesakitan . tangan nya mula berdenyut akibat dipegang kuat oleh Minhee

Minhee dah gelabah teruk . dia tak tau pun sebenarnya tangan Hyojin tu sakit . dia mula risau , takut tangan nya makin teruk dan perlu ke hospital

" mianhae , aku tak tau tangan kau sakit " Minhee menunduk kesal . dia benar benar rasa bersalah . kucing pun ada rasa bersalah rupanya

" gwaenchana , aku okayh je " Hyojin mengurut tangan nya , sakit

" tangan kau macam teruk , bagi aku tengok " Minhee yang tadi nya menunduk , mula menarik Hyojin duduk di sebelah nya . dia tak sedap hati mendengar Hyojin asyik kata sakit

" ala takde apa pun lah , sakit sikit je ni hehe " Hyojin berdegil . sememangnya dia tak mahu Minhee apa apa kan nya

" sini jela " Minhee degil . dia memaksa Hyojin duduk di sebelahnya semata mata nak tengok tangan dia

" ni kau kata sikit , tangan kau lebam lah bebal . dah pandai pun bebal lagi " Minhee menunjukkan kesan lebam pada tangan Hyojin , lalu dia mengetuk kepala gadis tersebut

" dengan magik kucing aku , maka hilang lah kesan lebam serta rasa sakit nya " Minhee membacakan beberapa ayat . Hyojin beranggapan bahawa ia sebuah jampi . merepek je

tiba tiba , kesan lebam pada tangan Hyojin menghilang begitu saja , termasuk rasa sakit dan berdenyut tersebut . Hyojin terkejut , semestinya terkejut

" kau buat apa dekat tangan aku ? " Hyojin membutangkan mata nya . dia membelek tangan nya berkali kali kerana tak percaya . lebam yang tadi nya ada tiba tiba hilang

" rahsia " Minhee tersenyum puas . hanya dia saja tau segala nya . nampaknya Hyojin masih belum tau apa apa lagi pasal Minhee

" aku bukan kucing biasa , aku kucing ajaib "

━━━

update for today ! sorry la lambat cuz aku busy and mak aku asyik ajak keluar , so tak sempat nak update . ada yang baca lagi ke fanfic ni ?

i. cat boys. minheeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang