14. chasing

167 52 29
                                        

Author's

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Author's

Hyojin pergi ke sekolah bersama Sunwoo . sambil sambil berjalan , mereka berbual bual kosong . bosan mungkin

di dalam sekolah , macam biasa Hyojin akan belajar di dalam kelas . sangat membosankan apabila saem menceritakan sejarah sejarah lama

" aku mengantuk nyah " kepala Hyojin terlentuk lentuk kerana mengantuk . mata nya ditutup rapat lalu tertidur

Manwol yang perasan akan perkara itu , mengambil sebuah buku lalu menutup muka Hyojin . agar saem tidak nampak yang dia sedang tidur

" aish pandai pula kau tidur sekarang " bebel Manwol menyampah . Hyojin berdiam dan meneruskan untuk tidur . lama kelamaan , dia berdengkur

rehat.

Hyojin dan Manwol bergerak ke kantin , perut dah lapar bagai tak makan seminggu . konon nya nak diet tapi tak jadi , nafsu makan membuak buak

" aku dari tadi tak sedap hati tau " kata Hyojin lalu menyumbat roti krim ke dalam mulut . kening nya berkerut

" asal ? " Manwol menyoal . bingung dengan apa yang dikatakan oleh Hyojin . dia turut makan roti krim yang sama

" sejak aku pergi sekolah tadi , sampai sekarang aku rasa lain macam . macam di ekori seseorang . takut lah aku " Hyojin menggeleng laju . sungguh dia tak sedap hati , takut takut ada penculik

" rilek je , Sunwoo kan ada " kata Manwol dengan bangga . Hyojin menghela nafas berat

" bukan boleh percaya budak tu " Hyojin berasa menyampah . bukan apa , sekuat kuat Sunwoo , dia pun pengecut juga . macam Hyojin tak kenal si adik yang acah kuat tu

Manwol diam . dia tak tahu nak kata apa . Hyojin turut diam . tanpa membuang masa , mereka berdua menghabiskan makanan secepat mungkin , lalu masuk ke dalam kelas

━━━

" Hyojin , aku ada latihan bola . kau balik sorang tau . mianhae " ujar Sunwoo menunduk . Hyojin mengeluh , biar kebenaran dia nak balik sorang sorang

" woi Sun , cepat lah " jerit Youngjae si budak Los Angeles . Sunwoo segera ke padang meninggalkan Hyojin . Hyojin bengang , tapi dia tak marahkan adiknya

Hyojin berjalan kaki dengan malas . batu di jalan tar di sepak nya . dia bosan sebab Sunwoo tiada

tiba tiba , dia terdengar bunyi tapak kaki di belakang nya . Hyojin kekal tenang , mungkin orang baru balik sekolah juga . lalu dia meneruskan perjalanan

hati nya berasa tidak tenang , dia melajukan jalan tetapi pejalan kaki itu turut laju berjalan . seperti mengikuti nya . Hyojin sudah cuak . tiada angin tiada ribut , dia berlari sekuat hati nya . mahu larikan diri dari pejalan kaki yang mencurigakan itu

Hyojin menyorok di sebalik semak samun , takut pejalan kaki itu masih mengejar nya . apabila keadan kembali tenang , dia bingkas keluar dari situ dan berjalan pulang . tiba tiba—

" yah lepaskan aku ! " jerit Hyojin , tetapi orang tersebut menutup mulutnya membuat kan suara Hyojin tidak dapat didengari

Hyojin cuba melepaskan diri . tetapi badan nya di peluk dengan kuat , dia cuba sedaya upaya tetapi gagal

" kau siapa nak culik aku hah ?! " kata Hyojin dengan amarah . tangan nya dapat dilepaskan , lalu membuka topeng yang di pakai oleh orang itu . mata nya membutang

orang itu , ialah seseorang yang sangat dikenali nya

" Koo Jungmo ! apa masalah kau ! " Hyojin geram . dia cuba melepaskan diri nya , tetapi Jungmo masih memeluknya dengan kuat

" kau diam ! " jerit Jungmo . Hyojin terdiam , buat pertama kali nya dia mendengar Jungmo menjerit kepada nya . muka nya bengis tanpa sebarang senyuman . bukan seperti Jungmo yang dia kenal sebelum ni

Jungmo menggigit bibir , lalu menolak Hyojin ke dinding . Hyojin menggigil kencang , mata nya di tutup rapat kerana takut . harap tiada perkara buruk berlaku kepada nya

pang !

satu sepakan hebat hinggap di muka Jungmo . dia geram , siapa yang mencuba mencari pasal kepada nya . dia bangun lalu melihat empunya bada yang menyepak nya

terlihat seorang namja yang tinggi lampai berada di depan nya . mata nya tajam memandang , dengan hati tidak puas hati

" kau siapa hah ? pehal kau sepak aku ! " Jungmo semakin bengang , lalu dia mula berlawan . namja tersebut sempat menghalang diri dari dibelasah , lalu dia memberi tumbukan kepada Jungmo

Jungmo rebah , dia sudah kekurangan tenaga untuk berlawan . jadi dia pulang ke rumah , dengan hati yang amat marah

Hyojin yang kekal di situ , dengan pakaian kotor akibat berada di semak samun tadi . namja itu berjalan ke arah nya , lalu menyuruh nya untuk bangun . Hyojin akur , kemudian namja tersebut memberi nya beg sekolah

dia tersenyum puas , lalu berlari pergi dari situ meninggalkan Hyojin

Hyojin sempat mengejar nya dari belakang . tetapi disebabkan namja itu tinggi dan berkaki panjang , larian nya amat laju membuatkan Hyojin tak dapat mengejar nya . dia mencari namja itu di setiap sudut , tetapi tiada

pada mula nya Hyojin agak terkejut . tapi bagaimana namja itu tahu tempat nya berada . dengan muka yang agak familiar dengan seseorang , membuatkan Hyojin lebih bingung

ya , namja tersebut sangat menyerupai Kang Minhee

━━━

apa yang berlaku ? siapa namja yang selamatkan Hyojin tu ?

stay tune ya kawan kawan !

i. cat boys. minheeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang