1. depression

539 82 191
                                        

Kim Hyojin's

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kim Hyojin's

aku memandang dinding di sebelahku yang putih melepak . sekarang ni aku baring diatas katil dengan badan diselubungi selimut . aku telah mengalami kemurungan selama beberapa hari

" Hyojin , sampai bila kau nak berkurung dalam bilik tu " kata Sunwoo dari luar . dari suaranya boleh dikatakan risau sebab aku tak keluar dari bilik langsung sejak bermula nya kemurungan

Sunwoo merupakan kembar aku . hanya beza lima belas minit and aku yang lahir dulu . tapi dia tak anggap aku sebagai noona sebab katanya dah sebaya , sebaya je lah

aku membuka pintu perlahan . terlihat wajah Sunwoo yang tampak sangat risau . dia membawa semangkuk bubur serta ubat-ubatan yang aku sepatutnya makan akibat kemurungan , tetapi tidak

" kau okay tak ni ? jangan buat aku risau please . teruk aku kena marah dengan eomma tau " Sunwoo menyoalku sama ada keadaanku baik atau tidak . dia tau apa punca yang menyebabkan aku kemurungan dan dia saja tau perasaan aku sekarang ni

" makan bubur ni , lepastu makan ubat . jangan tak makan tau , penat aku dengan eomma buat . look at your condition , badan kau kurus gila sebab tak cukup zat " Sunwoo mula membebel macam ibu memarahi anaknya . sangat comel tengok dia marah macam ni , sebab dia jarang nak marah marah orang

" thanks sebab selalu caring pasal aku " aku membalas dengan senyuman nipis dan bersyukur

ding dong !

kami berdua memandang antara satu sama lain . siapa pula yang datang waktu waktu macam ni . kepelikan di sini

" biar aku tengok kejap " lantas Sunwoo melangkah kakinya keluar dari bilikku . dalam hati aku dapat merasakan seperti ada sesuatu tak kena

pintu bilikku dibuka oleh seseorang dari luar . terpampang wajah kacak seseorang yang amat aku kenali . ya , namchin aku iaitu Koo Jungmo

" J—jungmo ? kenapa kau datang sini ? " soalku bingung mengapa dia datang ke rumahku secara tiba tiba . takda angin takda ribut , tiba tiba saja datang

" tak boleh ke aku nak lawat yeochin sendiri " balasnya lalu meletakkan sejambak bunga ros diatas meja belajar

" aku tau kau kemurungan . dah nak dekat seminggu kau tak datang , naik risau aku buatnya . ni lah aku datang lawat kau , mana tau sembuh ke " katanya dengan sedikit jenaka tak masuk akal di dalam . aku jujur , dia lah namja paling baik aku pernah jumpa selain appa dan Sunwoo

" aku rindu kau , cepat cepat lah datang sekolah balik . aku rindu nak dating dengan kau lagi " dia membuat muka seperti bayi tengah sedih . alahai comel gila nyah—

" eh , ada ada je kau ni Mogu . dah dah balik lah , nanti eomma kau marah pula " aku mengiringnya hingga pintu utama . dia melambaiku sambil tersenyum , aku pula membalas dengan senyuman hingga ke telinga . nampak sangat suka namchin lawat

oh ya , mesti kau tertanya kenapa aku dah keluar bilik . sebab Mogu dan Sunwoo bagi aku inspiration tau , so aku dapat nasihat mendalam dari dorang dan aku rasa bersemangat sedikit untuk teruskan hidup

━━━

aku sudah sampai di kelas . nampaknya ini hari pertama aku ke sekolah selepas bercuti selama seminggu lebih . rasa rasa ada orang rindu tak ?

" yah Kim Hyojin ! aku rindu kau gila ! " sergah tablemates aku yang bernama Jang Manwol . dia satu satu nya kawan yang sentiasa memahami aku . sebab dia paling rapat dengan aku dekat sekolah

nak harapkan Sunwoo memang tak lah . dia anggap aku tak wujud dekat sekolah . dekat rumah kemain dia bodek itu ini . haish kembar siapa lah ni

" baidaweh , kenapa kau tak datang sekolah nyah ? " soalnya membuatkan air mukaku berubah serta merta . aku pasti dia hanya bergurau

" oh , okay aku paham " akhirnya dia mengerti juga . dia tak sebodoh itu nak kata dia tak tau . i knew her very well la , tak mungkin dia tak tau langsung

" kau okay tak , badan kau kurus gila ni . kau tak makan ke ? " dia memandangku atas bawah . kenapa kau risau sangat , aku sihat walafiat sekarang ni aduh

" hehe aku okay jela , kau jangan risau . aku dah makan sikit tadi so badan dah tak sakit sakit macam haritu " aku membalas dengan sengihan kecil . suka betul tengok Manwol risau tahap gaban macam ni

" Mogu ada lawat kau tak ? " Manwol menjongket keningnya sambil tersenyum senget memandangku . eish kecik besar kecik besar aku tengok dia ni

" ada , tapi tak lama lah . nanti Sunwoo bebel bukan bukan pula " aku menggulingkan bebola mata tanda menyampah . dapat kembar yang menyakitkan hati , hari hari kena hadap malas lah aku

lalu saem mula masuk ke dalam kelas . kami belajar seperti biasa . aku memandang tempat duduk ku disebelah . kosong tiada tuan . sungguh aku rindu dekat tuan kerusi ni . kenapa kau tinggalkan aku Heeyeol ? kenapa ?

aku tersenyum hambar lalu memandang semula ke depan . biarlah kenangan lama berlalu dan masa depan yang datang menyambut . semoga kau tenang di sana Son Heeyeol

━━━

waktu sekolah bertukar balik . aku sedang menikmati mint chocolate ice cream yang dibeli oleh Jungmo tadi . ya kitorang tengah dating . dia kata rindu sangat sampai dekat sekolah tak jumpa . eh bukan haritu dah jumpa ke ?

" kan bagus kalau hari hari aku ada dengan kau Hyojin . dapat makan aiskrim sama sama macam ni " kata Jungmo dengan berharap

" nado , aku pun harap benda sama " aku tertawa kecil . memang permintaan Mogu pelik pelik belaka

" dah jom balik " dia menarikku dalam pelukan

" khaja " aku berjalan seiring dengan nya . kitorang ni dah macam sweet couple of the year tau sebab dah viral satu sekolah . and memang ramai dah ship kitorang dari dulu . aku pun tak tau kenapa

kami berdua pulang dengan gelak tawa serta jenaka tak masuk akal yang diberi oleh Jungmo . nampaknya keadaan aku semakin baik , aku perrlu teruskan hidup walau apa pun terjadi . thanks bagi aku semangat untuk terus hidup

━━━

eylo , second fanfic in da house gaiss !!! ai is excited dah pub first chap and cara penulisan aku ada improvement tho . walaupun sama tapi ada beza lah sikit

ha baidaweh enjoy your reading ! ♡︎

i. cat boys. minheeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang