9. strange

181 55 50
                                        

Kim Hyojin's

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kim Hyojin's

aku menyuap aiskrim ke dalam mulutku . sungguh sedap perisa cookie and cream ni . antara aiskrim favourite aku lepas cheesecake

" yah aku nak sikit " Minhee mencocok lenganku dengan jari telunjuk nya . dia terliur mahukan aiskrim itu

" tak boleh , kau tu kucing " balasku sambil menjelir lidah . cuba kau bayangkan kucing makan aiskrim , boleh bawa pergi hospital mental macam tu

" ala sekarang ni aku manusia , takde masalah pun " Minhee berdegil . dia menarik lenganku sekuat kuatnya . aku mula rimas

aku memberi nya aiskrim tersebut . dia tersenyum gembira . suka ye kau

" hah kan bagus bagi awal awal " Minhee menyumbat aiskrim ke dalam mulutnya . dia makan dengan sangat gelojoh . aku memandang nya dengan muka menyampah

" kenapa kau pandang aku macam tu " katanya bengang dengan mulut yang comot dan pipinya kembung dipenuhi aiskrim . matanya terlihat garang tetapi makin lama makin comel

" takde apa , kau makan jangan comot sangat lah . penat aku nak lap lantai nanti " aku mengelap mulutnya yang comot menggunakan tisu

" done . lain kali jangan sampai comot " nasihatku kepada nya . dia mengangguk lalu menyambung makan , tetapi kali ni lebih sopan dan tidak gelojoh macam tadi

" good boy " aku mengusap kepala nya lembut sambil tersenyum puas . makin lama makin comel aku tengok dia ni , walaupun kadang buat aku makin menyampah

Minhee tersenyum . nampaknya sejak kedatangan dia , aku rasa makin baik . dan dia juga berjaya buat aku tertarik . dia nampak attractive sangat orang nya

━━━

hari esoknya , aku sedang khusyuk membuat tugasan yang saem bagi . iya benar aku sangat malas dalam buat kerja sekolah

" huarghh aku bosan " Minhee meroyan . hampir setiap minit dia meroyan , dan aku tak boleh fokus untuk belajar . masih mendengar Minhee meroyan walaupun telinga aku dah disumbat tisu

" diam lah sana , aku nak belajar " aku pusing badan kearah Minhee . pandangan tajam aku berikan , lalu menyambung semula membuat tugasan

" ala kejap je " Minhee menarikku dengan kuat . aku yang sedang tenang membuat kerja tiba tiba ditarik olehnya . terkejut kau tau tak eish

" yah ! jangan lah kacau aku . kau tau tak makin menyampah aku dengan kau ni . tolong lah jangan muncul jadi orang , tak menyusahkan aku pun ! " marahku lalu menyambung membuat kerja . Minhee terdiam , sudah pastinya dia terpaku dan tak tau nak kata apa . kadang aku pun menyampah bila dia jadi orang

lima minit kemudian , suasana jadi sunyi . aku tertanya tanya kenapa si Minhee ni diam saja . merajuk agaknya ?

aku memusingkan badan semula mahu melihat keadaan Minhee , tanganku ditarik kasar oleh nya . dia menolakku di dinding . kedua tangan nya berada di sisiku . aku cuba untuk melepaskan diri , tetapi apa kan daya

" kenapa kau cakap macam tu ? apa salah aku sampai kau menyampah ? tell me apa yang kau tak suka dekat aku " mata nya tajam bak pisau . tiada senyuman disebalik wajah manis nya . nampak seperti dia betul betul marah kan aku

" nak tau kenapa ? sebab kau asyik memekak hari hari . memang kau tak boleh tutup mulut  je kan . tak boleh ke bagi aku tenang untuk satu hari ? " balasku dengan amarah . tak cukup lagi menyusahkan aku bila jadi orang

" ouh memekak . ya , memang aku tak reti tutup mulut sebab aku nak kau layan aku everytime , tu yang tuan akan buat . kalau kau tak nak aku menyusahkan kau , kenapa kau beli aku " Minhee bengang . aku mula rasa bersalah sedikit demi sedikit

" sebab— "

" sebab apa , sayang ? " air muka Minhee berubah . dia tersenyum kearahku dengan tangan nya membelai rambutku . muka nya tadi yang marah bertukar manis

" jangan takut , aku tak gila nak buat benda bukan bukan "

" sebab , aku nak hilangkan kemurungan dengan ada nya kau . nampaknya sejak kehadiran kau , aku jadi makin kuat dan tak sedih macam dulu " air mataku mula menitis . satu demi satu menjatuh . tiba tiba sakit teringat kejadian itu . ya , dimana sahabat baik aku meninggal dunia

aku masih tak boleh melupakan kejadian tu . sampai bila bila

" sampai macam tu sekali murung kau " Minhee berasa kesal . lantas dia menarik aku dalam dakapan nya . hangat dan nyaman . aku memang perlukan dia setiap masa kalau boleh

" kau jangan risau . aku takkan sakiti kau macam orang lain . kau tuan aku kan ? aku akan sentiasa ada dengan kau setiap masa "

" dan , aku akan lindungi kau "

━━━

sorry chapter ni hambar . aku tak bole nak update sangat sebab nak belajar but i will try okayh !

i. cat boys. minheeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang