13. couple

165 54 43
                                        

sudah seminggu aku menjadi yeochin Minhee

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

sudah seminggu aku menjadi yeochin Minhee . dia selalu buat aku gembira even tengah sedih . aku tak tau macam mana dia boleh tersuka dekat tuan sendiri

aku berada di atas katil . kepala Minhee aku usap , " kita dah seminggu couple , kau tak nak bagi aku apa apa ke ? " pertanyaan itu membuatkan dia berpaling kearahku . wajah polos diberikan

" nak bagi apa ? aku keluar rumah pun tak boleh , tch " Minhee berdecit . sayang nya dia tak boleh keluar rumah , dikira akan hilang . dan satu keluarga Kim kecoh nanti

" tapi , aku nak bagitau kau sesuatu ni " Minhee mengubah posisi baring . dia menghadap aku yang berada di sebelah nya

" apa dia ? " aku menyoal . mahu tau apa yang dia ingin menyampaikan . macam sesuatu yang menarik , mungkin tidak

" tolong ingat apa aku cakap . kalau aku mati sebagai kucing , aku akan hidup jadi manusia . kalau aku mati sebagai manusia , aku akan hidup jadi kucing " ayat nya jelas tetapi aku masih tidak paham . mati ? manusia ? kucing ? apakah

" kau merepek apa ? nak mati awal ke " aku menjeling si kucing berkata merepek itu . dia sekadar tersenyum manis . tapi ada maksud disebalik senyuman itu , tapi aku masih tak paham

" aku rindu kau . walaupun hari hari lekat dengan kau je " Minhee memuncungkan mulut nya . nampak comel sekali ewah

" ah kau , aku takkan kena tangkap dengan ayat manis kau tu " aku menggeleng . pastinya dia sudah tau bahawa aku takkan terpedaya dengan godaan nya . ceh kucing

tiba tiba pintu di buka . terlihat wajah Sunwoo yang masuk ke dalam bilik , " Hyojin kau buat apa— " belum sempat dia menghabiskan ayat , matanya terbeliak . sudah semestinya terkejut melihat Minhee

" woi ! siapa namja ni ! asal dia ada dalam bilik kau ! " jerit Sunwoo terkejut . dia jatuh tersungkur ke belakang . nafas nya tersekat sekat

Minhee bingkas bangun , menarik Sunwoo masuk yang cuba untuk melarikan diri . pintu dikunci

" kau jangan bagitau sesiapa ya ? ni rahsia kita araseo ? " bisikku kepada Sunwoo . Sunwoo menggigil teruk , Minhee di tepi memandang nya dengan tajam

" mana kau jumpa dia ni ? seram aku tengok " Sunwoo mengalihkan pandangan . takut tengok Minhee yang lebih tinggi daripada dia

" aku Mint . kau paham kan ? kucing yang korang dua beli dengan appa haritu " jelas Minhee . Sunwoo berkerut kening . sejak bila ada Minhee masa tu

" appa aku ke appa kau " jeling Sunwoo . ingin saja Minhee mahu belasah Sunwoo , tetapi aku menghalang

" appa kau appa aku juga " Minhee berdecit . Sunwoo memaki hamun di dalam hati nya . pantang berjumpa orang annoying macam Minhee

" tak paham lagi ? herm budak ni " Minhee menepuk dahi . lantas dia menukar rupa menjadi kucing , kemudian menukar semula menjadi manusia . mata Sunwoo kembali terbeliak

" woi hantu ! " Sunwoo pitam . dia takut , tambah pula gelabah . aku ketawa , begitu lah reaksi aku melihat Minhee pada kali pertama

" diam kau . sekarang dah paham kan ? baik kau rahsia kan dari eomma appa . kesian noona kau nanti " jelas Minhee . Sunwoo mengangguk pasrah . dia mengerti

" dah lepaskan aku . aku dah janji nak lawan bola dengan Eric dan Hwall " pujuk Sunwoo . oh Minhee mengikatnya dengan tali . entah mana dia dapat

Minhee mengangguk . lalu Sunwoo keluar dari bilik , dan menuju ke bilik nya . lalu keluar bermain

" haih kelakar betul aku tengok korang berdua ni " aku tergelak besar . terhibur tengok dua budak ni . masing masing tak suka antara satu sama lain

" menyampah aku dengan dia " Minhee mendengus kasar . susah dia nak mengikat Sunwoo tadi . sudah lah tinggi , tangan nya agak sukar untuk mengikat Sunwoo yang berbadan sasa itu

" oho comel " aku memicit pipi gebu milik Minhee . dia mengadu sakit , muka nya sangat comel apabila sedang marah

" comel untuk kau sorang je " Minhee mengenyitkan mata . aku mula blushing . tak tahan dengan ayat manis nya

" aha malu pula dia , nanti kau akan terbiasa " Minhee memeluk bahuku , lalu tersenyum puas . aku memeluk pinggang nya , berasa selesa bersama Minhee

ya aku suka , bersama Minhee walaupun sekejap . sebab aku tau , akan ada sesuatu yang berlaku nanti

━━━

double update for today~

i. cat boys. minheeCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang