Bahagia,
Gembira,
Suka,
Ketawa,
Semua akan pudar.
Jika emas itu digemari,
Kenapa tidak dengan masa?
Masa itu emas,
Mengapa tidak dihargai?
Cepat atau lambat,
Kau juga aku,
Akan pergi,
Meninggalkan semua.
Cepat atau lambat,
Janji dimungkiri,
Meninggalkan luka,
Pahit manis dihati.
Mengapa perlu pergi,
Jika kau boleh menetap,
Mengapa perlu menetap,
Jika kau boleh pergi?
Kau tidak akan faham,
Begitu juga aku,
Kerana kita leka,
Leka dengan dunia.
Demi kau bahagia,
Aku pergi,
Demi membuatku sakit,
Engkau pergi.
-Fiyaszly-
ANDA SEDANG MEMBACA
PUISI HATI
PuisiPoetry by a Queen not a poet. "Benarkan hanya hati ini berbicara." "Bacalah, dan hayatinya. Tatkala kau sedih atau gembira. Ini hanya nukilan mahupun coretan dari aku." Sumpah, bosan. [©FiyaSan Creation] Start: 20/4/2020 End: (?)
