Bab 4

176 6 0
                                    

Bas ekspres dari KL Sentral yang dinaiki oleh Nadrah baru bergerak menuju ke KLIA. Tidak sangka hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi dia akan berangkat ke Vietnam. Dia mahu melupakan seketika apa yang sedang berlaku.

Biarlah kalau ada yang mengatakan dia lari daripada masalah, kerana dia sendiri tahu dirinya. Dia hanya memerlukan waktu untuk bersendirian, memahami hidup yang sedang dijalani dan waktu untuk dia belajar mengatur langkah semula.

Dia tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti. Tidak pernah dibayangkan yang dia akan berjalan dengan orang yang tidak dikenalinya. Kalau diikutkan hati memang dia mahu menolak terus cadangan Humairah, namun setelah dipujuk akhirnya dia terpaksa akur. Berjalan ke serata Indochina dengan seorang lelaki asing, memang kerja gila!

"Kau dah janji nak consider cadangan aku bila plan kau untuk ajak Hans tak menjadi kan?,"

"Bila masa pula aku janji nak consider cadangan kau? Aku janji aku akan teruskan trip ni. Itu je,"

"Dan aku tak akan izinkan kau pergi sendiri," tegas suara Humairah di hujung talian. Nadrah sudah mencebik.

"Aku tak peduli. Semua benda dah ready. Aku tinggal angkat beg dan blah," balasanya geram.

"Nadrah please jangan buat aku macam ni. Aku akan risau sepanjang masa kalau kau buat macam ni. Terima suggestion aku please..." sekali lagi Humairah merayu. Nadrah sudah boleh membayangkan wajah temannya ketika itu, pasti Humairah sedang mempamerkan wajah simpati. Bukan dia tidak kenal dengan Aisha Humairah!

"Aku kenal abang aku. Dia akan jaga kau lebih daripada dia jaga diri dia sendiri. Aku percayakan dia." Humairah masih dengan ideanya. Nampaknya dia benar-benar tidak akan mengalah kali ini.

'Amboi, senang betul dia cakap. Dah abang dia, memanglah dia percaya,' ngomel Nadrah dalam hati. Geram betul dengan Humairah, tidak habis-habis dengan cadangan tak masuk akal dia.

"Nad, cakaplah something. Jangan diam je. Aku serba salah ni..."

"Tak tahu nak cakap apa,"

"Cakap yang kau setuju..."

"Ewah... Ewah... Ingat senang ke nak buat decision macam tu. Bukan kau yang ada kat tempat aku. Bayangkan kalau kau kat tempat aku and aku suruh kau yang pergi dengan Abang Haziq. Kau nak ke?" Nadrah pula yang mula bersyarah panjang. Bercakap memang mudah bila kita bukan pada tempat orang yang mengalaminya!

"Errrr..." Humairah hilang kata.

"Tahu pun terkedu!"

"Nad please..." Humairah merayu lagi.

"Nanti aku fikirkan," balas Nadrah pendek.

"Aku tak ada masa nak tunggu kau fikir. Esok aku dah nak berangkat ke Pahang. Aku tak tahu line phone macam mana dekat sana. Silap-silap aku nak contact kau pun tak boleh,"

"Ikut kaulah Mai. Kalau kau rasa itu yang terbaik, aku ikut je." Sebenarnya dia sudah malas untuk berdebat lagi. Kali ini entah sudah kali keberapa mereka bercakap tentang perkara yang sama. Selagi tiada kata putus daripada Nadrah selagi itulah Humairah tidak berpuas hati.

"Yes! Aku tahu kau memang kawan terbaik sedunia. Nanti aku bagi tahu abang aku. Aku bagi number phone kau dekat dia. Nanti dia contact kau." Humairah sudah menjerit teruja.

"Lagi satu kalau kau mesej ke call aku tak dapat maknanya aku tak ada line dekat sana. Aku pun tak sure macam mana keadaan dekat sana. Aku akan call kau once ada coverage ya," tambah gadis itu lagi.

Kasih Dia Tanpa SempadanWhere stories live. Discover now