Kapal terbang yang dinaiki sudah hampir dua jam lebih berada di atas awan dan akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang pada bila-bila masa sahaja. Nadrah membuka matanya perlahan-lahan sejurus mendengar pegumuman yang dibuat oleh juru terbang. Sinar terik matahari menerjah masuk melalui tingkap pesawat, ada bahang yang dirasakan. Jam di tangan menunjukkan sekitar jam 12.30 tengah hari, maka tidak hairanlah jika ada hangat mentari yang dirasakan.
'Selamat datang ke Da Nang Nadrah,' bisik hatinya. Dia tersenyum sendiri. Tidak sangka akhirnya dia berjaya menjejak tanah Vietnam, walaupun tanpa kehadiran Humairah.
Pesawat selamat mendarat di Terminal 2 lapangan terbang tersebut. Sejurus turun dari pesawat, kaki Nadrah terus melangkah untuk melakukan pemeriksaan imgresen. Memandangkan dia hanya membawa bag pack, maka dia boleh terus ke arrival hall tanpa perlu beratur untuk menunggu bagasi. Mujur perjalanannya dipermudahkan. Terasa ringan sahaja kaki yang diayun. Di daerah asing itu dia bertekad untuk mengumpul sebanyak pengalaman yang boleh, dia berpegang pada prinsip pengalaman itu mengajar erti hidup.
Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang nampak sibuk tengah hari itu. Orang ramai berpusu-pusu dengan rancangan mereka sendiri. Da Nang antara bandar terpadat di Vietnam selepas Ho Chi Minh, Hanoi, Can Tho dan Hai Phong dengan jumlah kepadatan penduduknya sekitar 1.09 juta orang.
"Cik Nadrah, tunggu sekejap!" Panggilan seorang pemuda mematikan langkahnya.
"Nadrah or Nad?" ujarnya sambil membelek telefon bimbit di tangan. Misi pertamanya adalah mendapatkan kad SIM Vietnam. Memandangkan dia akan berada di negara itu sekitar empat hari, jadi itu merupakan sebuah keperluan.
"Yes, Nadrah. Saya still tak faham apa yang awak cuba bagi tahu dekat KLIA tadi," ujar Rasyad berterus terang.
"Which part yang awak tak faham?" tanya Nadrah acuh tak acuh. Kakinya segera melangkah untuk keluar dari lapangan terbang yang sesak itu.
"All..." jawapan Rasyad membuatkan Nadrah mula bengang. Habis air liurnya membebel panjang di KLIA tadi, tetapi rupanya pemuda itu tidak memberikan perhatian langsung dengan kata-katanya. Kalau diikutkan hati, sudah disekeh kepala Rasyad di tengah-tengah orang ramai itu.
"Dahlah malas nak layan," Nadrah terus berlalu meninggalkan Rasyad.
Dari jauh kelihatan bas yang akan dinaiki untuk ke hotel. Kad SIM pun sudah berjaya dibeli, jadi misi seterusnya menjejaki hotel. Tidak sabar mahu membersihkan diri dan merehatkan badannya seketika sebelum meneruskan misi penjelajahannya. Kalau mengikut perancangan, selepas zohor baru dia bercadang untuk keluar mencari makan dan memulakan jadualnya yang pertama.
"Dah kenapa awak ikut saya?" dia terkejut apabila melihat Rasyad berjalan mengikut langkahnya hingga ke dalam bas.
Nadrah mengambil tempat duduk dan beg galasnya yang sebesar alam itu diletakkan di bawah, lenguh bahunya memikul beg seberat bongkah batu itu.
"Awak sendiri kan? Bahaya tau..." ujar Rasyad lagi. Dahi pemuda itu berkerut menunjukkan dia benar-benar risau. Nadrah sudah buat muka bosannya.
'Dia ni memang tak faham bahasa Melayu ke macam mana?' bebelnya di dalam hati.
"Kan saya dah bagi tahu. Saya boleh jaga diri sendiri." Bas yang dipenuhi dengan beberapa orang penumpang sahaja sudah mula bergerak. Rasyad yang duduk di kerusi hadapannya memalingkan tubuh menghadap Nadrah yang masih dengan muka tegangnya.
"Still bahaya. Kita di tempat orang Nadrah. Kena lebih aware. Kita tak tahu bahaya apa yang akan datang. Kita berdua sahaja yang ada di sini. No families, no friends. Jadi, lebih baik kalau kita berhati-hati," syarah Rasyad tanpa disuruh. Nadrah hanya diam. Matanya liar memerhati keadaan di luar, malas hendak membalas kata-kata pemuda itu.
YOU ARE READING
Kasih Dia Tanpa Sempadan
Fiction généralePenulis: Kasih Dia Tanpa Sempadan Penulis: Citra Fitz www.p2u.my