BaB 1:-
Mata terbuka dan sinar suria memasuki biliknya. Piya bangun dari katilnya dan serta-merta masuk ke dalam tandas.
Selepas terlaksana semuanya, Piya pun memakai baju kemeja berwarna merah berserta tali leher berwarna putih. Semangat bekas pemain Kelantan!
Piya menegakkan rambutnya seperti sedia kala. Pemain atau cikgu, tabiat menegakkan rambutnya itu tidak pernah lesap daripada dirinya.
“Dengar-dengar ada guru baru, jadi aku kenalah berpakaian kemas dan sempoi...” bisik hati Piya.
Selepas bersiap, Piya pun masuk ke dalam kereta lalu memandu hingga tiba di sekolah.
Setibanya di sekolah, pelajar-pelajar semua mengepung jalan Piya. Piya bingung. Apa yang terjadi? Aku ni penyanyi k-pop ke?
“Cikgu! Semalam ATM lawan Kelantan macam mana?” seorang murid lelaki menyoal.
Buat suspen sahaja murid-murid aku ni. Ingatkan apa, rupanya perlawanan bola sepak.
“Mestilah Kelantan menang! Tapi cikgu tak main lah... ” Piya menceritakan.
“Kenapa cikgu?” seorang lagi pelajar perempuan menyoal.
“Sebab cikgu kan mengajar macam mana nak main bola? Kalau cikgu main, siapa nak semak kertas latihan awak semua?” Piya menjawab.
Selepas bercerita panjang, Piya pun masuk ke dalam bilik guru.
YOU ARE READING
Eh, Dia Jiran Aku?! (Sinopsis)
Teen FictionSinopsis: AMARAN: KISAH INI TIADA PERTALIAN DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG TIADA, TIADA PERTALIAN DENGAN YANG REALITI! IA HANYA REKAAN SEMATA-MATA... “Kalau kau ni bola, dah lama aku sepak kau masuk gol tau!” -Piya “Apa jenis kawan kau ni?” -Arya ...