BaB 14:-
Pada Waktu Petang...
“Baiklah, saya nak awak buat kerja sekolah yang diberi... Kalau tidak saya tangguh masa sukan awak dengan Cikgu Piya!” Arya menegas.
Pelajar-pelajar terdiam.
Semua bangun daripada kerusi. Mula menyimpan buku-buku kerja di dalam beg galas mereka. Selepas terusai semuanya, mereka pun keluar.
“Kelas Tingkatan 4 Saga!” pengetua memekik. Semua pelajar menoleh. Wajah mereka mula memucat. Apa kesalahan mereka? Apa yang mereka dah lakukan?
Di Dalam Bilik Disiplin...
“Mana Cikgu Piya?!”.
Semua menggeleng.
“Apa yang tidak?!” pengetua semakin meninggikan suaranya.
Tiba-tiba Piya memasuki bilik disiplin dalam keadaan tergopoh-gapah dan termengah. Kebetulan, Piya baru menyalin pakaiannya ke jersi Kelantan.
Semua terkejut. Cikgu Piya kita nak ke mana? Dengan jersi Kelantan?
Pengetua pelik.
“Kelas 4 Jauhari ada melaporkan tentang kehilangan bola mereka? Dan mereka pasti, ia adalah kesalahan kelas 4 saga!” pengetua menyambung topiknya.
Piya terkejut malahan berasa marah akan tuduhan yang tidak munasabah ini.
“Apa buktinya yang mereka mencuri?” Piya membantah.
Semua pelajar dibawa ke bilik darjah. Meja dan kerusi, almari dan laci, beg dan rak-rak digeledah. Hanya disebabkan bola yang hilang.
YOU ARE READING
Eh, Dia Jiran Aku?! (Sinopsis)
Teen FictionSinopsis: AMARAN: KISAH INI TIADA PERTALIAN DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG TIADA, TIADA PERTALIAN DENGAN YANG REALITI! IA HANYA REKAAN SEMATA-MATA... “Kalau kau ni bola, dah lama aku sepak kau masuk gol tau!” -Piya “Apa jenis kawan kau ni?” -Arya ...