BaB 4:-
Di Dalam Pejabat Pengetua...
“Awak ingat perkara macam ni, boleh dibawa main macam ni? Saya tahu awak pemain bola tetapi apa akan terjadi pada pelajar kalau tiada ilmu yang dicurahkan?” pengetua membebel.
“Maaf Tuan tetapi bukankah permainan itu juga mengajar mereka untuk menjadi lebih berkeyakinan diri, cuba Tuan tengok Umair, dia seorang yang pendiam, malu, takut pada diri sendiri, mana letaknya keyakinan diri dia?” Piya membantah.
“Tapi awak ni guru disiplin! Awak tak sepatutnya tunjuk ajar macam ni, kalau nak, ajar di sekolah sukan...”.
“Tetapi, saya tengok, murid-murid tu semua ada impian mereka! Mereka berkemampuan cuma sistem di sekolah ini terlalu ketat yang membuatkan mereka tak suka!” Piya meninggikan suaranya sedikit.
Selepas berbual panjang, Piya pun keluar dari bilik pengetua. Arya lalu di hadapannya. Langkah mereka berdua terhenti.
“Saya minta maaf sebab ketuk kepala awak tadi... ” Arya merayu.
“Tak apa, sikit sahaja... ” Piya pun beredar.
“Hensem tak lelaki tu? Dah lah pemain bola sepak Kelantan!” Farah muncul.
Arya terkejut.
“Tak langsung, aku ada pilihan sendiri, kalau kau kasi macam Amri Yahya ke Farizal Marlias ke tak apa lah, kau kasi Badhri Radzi, siapa nak?” Arya menolak takdir.
Farah menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
Eh, Dia Jiran Aku?! (Sinopsis)
Fiksi RemajaSinopsis: AMARAN: KISAH INI TIADA PERTALIAN DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG TIADA, TIADA PERTALIAN DENGAN YANG REALITI! IA HANYA REKAAN SEMATA-MATA... “Kalau kau ni bola, dah lama aku sepak kau masuk gol tau!” -Piya “Apa jenis kawan kau ni?” -Arya ...