BaB 11:-
Di Kantin Pada Waktu Pulang...
Pelajar-pelajar berkerumun sambil bernyanyi bersama Cikgu Piya.
“ She be my queen, since we were sixteen, we want the same things, we dream the same dreams... ” mereka mendendangkan lagu nyanyian kumpulan ‘One Direction ’.
Arya mengintip. Ya Allah, penyayangnya lelaki macam Piya. Mana lagi aku nak cari lelaki macam tu di luar sana?
Piya memetik gitarnya lalu menyanyi dengan perasaan gembira. Seakan-akan dia tiada masalah langsung. Tetapi hidupnya penuh dengan masalah.
Masalah jodoh, kertas latihan, ragam pelajar-pelajar dan lain-lain lagi.
Tiba-tiba seorang pelajar lelaki bergegas ke arah Piya.
“Cikgu! Safiah nak bunuh diri!”.
Piya kelam-kabut pergi ke tempat kejadian. Kelihatan Safiah sedang berdiri di hujung bangunan. Piya gementar.
“Kalau budak ni bunuh diri, apa aku nak jawab pada ibu bapanya?” bisik hati Piya ketakutan.
Tiba-tiba Piya bermain timbang bola. Langkah Safiah terhenti. Arya bergegas ke atas bangunan. Safiah melihat sahaja gerak-geri Cikgunya.
Semua pelik. Kenapa main bola? Kenapa tak tahan? Kenapa tak halang Safiah? Bukankah bunuh diri itu berdosa?
“Safiah! Bukan ini ke impian awak?... Kalau awak mati, macam mana awak nak main bola? Macam mana nak jumpa Mahali Jasuli?... Fikir Safiah, perjalanan awak masih panjang!” Piya bertanya dengan selamba.
Safiah tersenyum. Sesuatu telah menginspirasikan dia untuk teruskan hidupnya. Piya lega. Arya pun lega tetapi dia kagum dengan cara Piya memujuk pelajar itu.
YOU ARE READING
Eh, Dia Jiran Aku?! (Sinopsis)
Novela JuvenilSinopsis: AMARAN: KISAH INI TIADA PERTALIAN DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG TIADA, TIADA PERTALIAN DENGAN YANG REALITI! IA HANYA REKAAN SEMATA-MATA... “Kalau kau ni bola, dah lama aku sepak kau masuk gol tau!” -Piya “Apa jenis kawan kau ni?” -Arya ...