BaB 15:-
Selepas 15 minit...
Tiba-tiba Ijat terjumpa bola itu di dalam beg Hunain yang dibawa pada waktu latihan bola sepak, sahabat baiknya. Sebetulnya, dia tidak percaya, tetapi segalanya boleh berlaku jika diinginkan.
“Nain yang ambil, Cikgu... ” Safiah memekik. Hunain terkejut.
Hah? Macam mana boleh aku pula? Aku tak tahu pun mana bola mereka diletak? Ini mesti ada konspirasi!
“Konspirasi apa?!” Piya semakin marah. Wajahnya berubah. Semua pelajar ketakutan.
“Kalau dah ada dalam beg awak, takkan bukan awak? Kenapa? Kenapa mesti nak kena mencuri?! Tak cukup ke bola yang saya dah berikan pada awak? Awak ni kapten! Mana contoh awak pada yang lain?” Piya dalam keadaan yang tidak stabil. Suaranya semakin genting.
Wajah Hunain semakin merah. Airmatanya menitis. Ijat rasa bersalah.
Hunain terus berjalan. Dia terhenti apabila berlalu di hadapan Ijat.
“Entah-entah, ni semua kerja kau kan nak kenakan aku? Kau memang tak pernah suka tengok aku jadi kapten kan?” Hunain terus beredar.
Piya dan Ijat dalam keadaan yang sama.
YOU ARE READING
Eh, Dia Jiran Aku?! (Sinopsis)
Novela JuvenilSinopsis: AMARAN: KISAH INI TIADA PERTALIAN DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG TIADA, TIADA PERTALIAN DENGAN YANG REALITI! IA HANYA REKAAN SEMATA-MATA... “Kalau kau ni bola, dah lama aku sepak kau masuk gol tau!” -Piya “Apa jenis kawan kau ni?” -Arya ...