BaB 8:-
Tiba-tiba, telefon bimbit Arya berdering dengan nada dering lagu ‘5SOS-amnesia'. Arya pun berjauhan sedikit daripada mereka berdua agar dia boleh berbual dengan lebih peribadi.
“Assalamualaikum?”.
“Dik! Kau pergi mana ni? Kau suruh akak tunggu kat stadium, tapi mana kau? Akak ada nampak pemain bola Kelantan tadi, kau kat mana?”.
“Kakak masuklah stadium, adik tengah duduk dengan Piya ni...”.
“Hah?! Piya?! Jadi kau keluar dengan mamat bola lah ni... ”.
Alamak! Kantoi!.
Maisarah pun masuk ke dalam stadium untuk mencari adiknya. Apabila dia masuk, kelihatan Piya sedang duduk berduaan dengan adiknya.
“Kau ni kan, nama saja pemain bola tapi perangai, Allah sahaja yang tahu...” Maisarah membebel.
Piya bingung.
Sedang Apex menuju ke tempat duduknya, dia ternampak Maisarah sedang memarahi kawannya.
“Eh, kenapa ni? Apa masalahnya?” Apex menenangkan keadaan.
Sekali pandang, Maisarah bagaikan dipukau dengan wajah pemain bola kegemarannya itu. Tetapi, kita kena garang!
“Oh, kau keluar dengan mamat mamat bola lah kan? Apa nak jadi dengan adik ni?” wajah Maisarah mula kemerahan kerana malu.
“Kenapa kau tak cakap dengan akak ada Khairul Fahmi Che Mat?” bisik Maisarah pada adiknya. Arya bingung.
Semua bingung.
“Ok macam ni, saya datang nak ambil adik saya... Maaf kalau termarah Piya ataupun Apex... ”.
“Macam mana awak tahu nama saya?” Apex menyoal.
“Oh sebab saya peminat awak... Ok adik Jom balik!” Maisarah terus menarik tangan adiknya dengan selamba.
Piya dan Apex pun pulang ke rumah.
YOU ARE READING
Eh, Dia Jiran Aku?! (Sinopsis)
Teen FictionSinopsis: AMARAN: KISAH INI TIADA PERTALIAN DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG TIADA, TIADA PERTALIAN DENGAN YANG REALITI! IA HANYA REKAAN SEMATA-MATA... “Kalau kau ni bola, dah lama aku sepak kau masuk gol tau!” -Piya “Apa jenis kawan kau ni?” -Arya ...