BaB 13:-
Di Sekolah...
“Ok semua! Esok kita sambung berlatih lagi, ingat, usaha untuk pasukan bola sepak sekolah ni... ” Piya bersurai daripada kelas sukan.
Seorang pelajar lelaki berlari ke arah Piya lalu memeluknya. Yang lain tercengang. Pelajar itu bernama Ijat. Beliau sangat penyayang.
Piya pun menyahut pelukan itu.
“Saya anggap cikgu ni macam abang saya, dia pun dulu pemain bola sepak tapi meninggal sebab diserang kanser......” Ijat menceritakan.
Hati tersentuh mendengar kisah yang sedih itu. Piya hanya pendam perasaan tersebut.
“Cikgu kena janji dengan saya, Kelantan lawan ATM nanti, Cikgu kena menang!” Ijat menegas.
“Baiklah, saya janji, tapi kalau saya kalah awak nak buat apa?” Piya mencabar kepintaran pelajar itu.
“Saya akan pastikan mereka kalah macam Kelantan kalah, tak kesah dengan cara apa pun... ” Ijat semakin serius.
Piya terkejut apabila mendengar kata-kata itu.
YOU ARE READING
Eh, Dia Jiran Aku?! (Sinopsis)
Ficção AdolescenteSinopsis: AMARAN: KISAH INI TIADA PERTALIAN DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG TIADA, TIADA PERTALIAN DENGAN YANG REALITI! IA HANYA REKAAN SEMATA-MATA... “Kalau kau ni bola, dah lama aku sepak kau masuk gol tau!” -Piya “Apa jenis kawan kau ni?” -Arya ...