| Prolog |

181 15 4
                                    

Aku berjalan menuju ke arah bilik tidur. Mata ini berat rasanya. Kain langsir yang ditiup angin berjaya menarik perhatian aku. Sliding door yang sedikit terbuka menguatkan lagi rasa keinginan aku untuk menuju ke sana.

Dibawah cahaya bulan yang samar dapat aku lihat susuk tubuh yang duduk bersila di atas lantai balkoni. Dapat aku lihat dengan jelas wajahnya yang bersih.

" Tak kotor ke duduk bawah?"

Aku menarik kerusi besi yang ada berhampiran. Punggungku dilabuhkan. Wajahnya aku amati.

Dia masih diam. Aku tahu mungkin tidak selesa dengan kewujudan aku.

" Dah pukul 12 dah pergilah tidur esok kau penat."

Dia mengangguk perlahan kemudian dia termenung seperti sedang memikirkan sesuatu.

" Aku nak tanya something" Dia bertanya.

Pertama kali aku mendengar suaranya.Lunak. Aku mengangkat sedikit keningku.

" Tanyalah."

"Kalau aku nak masuk next week boleh tak?"

"Eerr....akuu.. aku tak ready lagi sebenarnya."perlahan dia bersuara.

Aku tersenyum nipis. Alahai ini sahaja yang budak kecik ni nak.

"Kalau aku cakap tak boleh?" Sengaja aku menyoal.

"Aku...nak masa. Kau......faham kan." Matanya mula berair. Menahan perasaan yang bergelojak di hati.

" Weh! Kau jangan nangis aku main je!" Kataku sambil mengosok belakang tengkuk.

"Nanti aku inform kat mama."

Keadaan kembali cangkung. Kami baru sahaja kenal. Tiada topik yang mahu dibual. Akward. Otak aku mula memikir mencari idea.

"Kenapa kau stay pakai tudung time duduk rumah lagi." Terfikir pula.

Hairan aku melihat dia yang masih menutup auratnya sedangkan kami adik-beradik susuan.

Ya. Semasa Hasya lahir mama aku menyusukannya kerana mama Hasya sedang berada di hospital untuk menjalani pembedahan. Ibu bapa kami rapat dan dia merupakan adik susuan aku.

Mama menjaga Hasya semasa dia baru berumur 2 bulan . Mama menjaga Hasya sepanjang mama Hasya menjalani rawatan kerana menghidap kanser payudara.

"Kau dengar tak ni? Susahlah cakap dengan orang pekak." Tersentak aku. Dia cakap muka aku yang sempurna ni pekak.

" Kau cakap aku apa?"

"Dah sampai pluto ke? Tu yang aku tanya kau tadi." Aku bersyukur dia mula membiasakan diri dengan aku. Aku layankan saja.

" Aku tak cukup pekak lagi yea budak ." Eh pendek ni. Nak je aku ketuk. Nasib perempuan.

Keadaan kembali sunyi. Aku memandang sisi tubuhnya. Tudung sarung hitam disarungnya elok dengan baju tidur Captain America. Lain macam taste budak ni. Perempuan biasa suka Hello kitty la apa la yag comel-comel. Si Hasya ni Marvel pula. Pelik.

" Aku cakap aku tak selesa. Lagipun aku tengah cuba terima hakikat. Kau tak faham apa yang aku rasa." Dia kembali menunduk melihat lantai.

Mata aku memandang stokin Captain America di kaki Hasya. Dia tengah elok duduk melunjur dengan kedua kaki kecilnya digoyang kekiri kekanan perlahan.

Aku tersenyum kelat. Aku faham Hasya. Aku tau kau kuat. Kau tak pernah nangis depan aku, depan mama papa. Aku nampak mata kau sembab setiap kali makan. Kau cuba selindung tapi aku tau sebab kau kuat.

Aku berdiri. Hasya hanya mendongak memandang aku. Aku senyum nipis.

"Aku tahu kau kuat. Aku sentiasa ada dengan kau. Ingat tu." aku menggosok kepalanya. Dia tersenyum nipis.

"Kau....kau nak tau tak?" aku menyoal dan memandang Hasya.

Dia hanya membuat muka seribu satu tanda tanya.

"Aku...aku rasa..."ayat sengaja aku gantungkan. Nafas berat aku helakan. Kononnya.

Dia masih lagi memandang mengharapkan jawapan.

"Aku rasa aku sweet gila. Untungkan siapa yang dapat aku?"

" Perasan la kau ni." Dia tersengih dan pantas meninggalkan aku yang masih berdiri.

"Kau kena la support aku. Aku ni abang kau." Ujarku sambil mengikuti langkahnya masuk ke dalam rumah.

"Abang susuan je jangan nak lebih."

"Kesian kat aku. Aku tak pernah ada adik-beradik." Hasya kembali senyap. Sekelip mata hilang raut wajahnya yang manis tadi. Apa yang aku dah cakap. Bodohlah aku ni! Dia baru kehilangan semua ahli keluarga dan aku.. Arghh!

Dia berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Night Danielle." Dia cuba tersenyum. Aku tahu dia paksa wajahnya.

"Night Hasya. Aku.. Sorry kalau kau terasa. Aku tahu kau kuat. Ingat aku selalu ada dengan kau.And....yang paling penting sekali aku selalu hensem." Wink. Hasya hanya tersengih.

"Dah tidur esok aku cakap dekat mama." Ujarku perlahan.










______________________________________













" Terima kasih Danielle." Ujarku perlahan sambil memandang dia yang sedang masuk ke bilik tidurnya. Dia tersenyum sebelum menutup pintu.

Aku menutup pintu. Badanku disandarkan. Berat sungguh ujianMu. Rasa rindu mula menyelinap masuk. Perit itu yang aku rasa.

Mata aku pejamkan perlahan. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Menahan rasa yang perit ini. Rindu. Sedih.

"Mama ayah, kakak cuba ." Air mata jatuh membasahi wajahku. Aku lap. Aku kena kuat. Aku tahu aku kuat. Aku tahu aku boleh hadapi ujian ini sebab aku ada Tuhan dan aku masih ada penggangan.

MetanoiaWhere stories live. Discover now