| bab 3 |

63 7 9
                                    

"Ladies and gentlemen, introducing the most handsome prince in the universe!! Prince Danielle!!"

Suara sumbang Danielle bergema di seluruh rumah.

"Perah santan!!" Aku melaung pada Danielle yang sedang berjalan menuruni tangga dengan senyuman semanis aspartame. Mama hanya menggeleng kepala melihat anak-anaknya

Danielle hanya tersengih. Aku menjelir lidah padanya.

Dia membalas jelir lidah. Tapi kali ni lebih teruk dengan hidung kembang dan mata yang dijulingkan. Pantas telefon aku di keluarkan dan...

'klik' kamera fon aku tekan.

"Agak-agak, kalau jual dapat berapa eh?" Aku menunjukkan gambar yang tak berapa indah Danielle di telefon aku. Dia baru tersedar.

"Hasya don't you dare." Dia memandang aku serius. Hilang senyumannya.

Aku menjelir. Geli hati aku tengok perangai Danielle yang tak semengah.

"Aku tinggal kau. Tak payah pergi sekolah." Amaran Danielle tak diendahkan. Danielle masih lagi berdiri di tangga memandang aku yang bersama-sama mama dan mak kiah di dapur.

"Hasya pergi salin baju sekolah. Dah pukul berapa dah ni." Mama memerintahkan aku.

"Hehehe. Okay mama."

Aku menanggalkan apron. Kaki mula melangkah untuk naik ke atas.

Aku berselisih dengan Danielle yang masih lagi tercegat di tangga.

"Hey ugly duckling!" Aku senyum. Pantas aku naik ke atas.

Tiba-tiba aku terasa tudungku ditarik dari belakang.

"Warghhhhhh!" Aku terkejut.

Rasa terjerut leher aku. Ayam betullah Danielle ni.

"Danielle aku nak cepat ni!!" Aku menjerit. Sebenarnya lebih kepada meraung. Huhuhu.

Kaki aku gagahkan untuk melangkah ke hadapan. Danielle masih lagi menarik tudung aku.

Aku melangkah satu lagi anak tangga untuk sampai ke atas. Danielle menarik lagi tudung aku. Tiba-tiba dia rentap perlahan ke belakang.

Aku hampir hilang keseimbangan.
Rasa kaki kiriku hanya menjejak angin. Habislah.

"Hey watch out!" Lengan kanan aku ditarik pantas dan diletakkan pada pemegang tangga. Aku kembali seimbangkan badan.

Otak aku mula berfikir sejenak. Nasib baik tak jatuh. Mahu rongak gigi aku kalau tersungkur kat tangga tadi.

Ian selamba berjalan di sebelah aku. Beg galas Puma dikemaskan di bahunya. Aku pusing ke belakang memandang Danielle. Dia menayangkan muka comel seolah-olah tidak bersalah.

"Macam budak-budak." Ian menjentik dahi Danielle. Danielle hanya tersengih. Perlahan dia menutur sorry kat aku.

"Jangan cakap dengan aku 24 jam." Aku pergi. Panas hati aku. Kalau aku jatuh tadi mahunya aku masuk hospital. Koma 2 bulan.

______________________________________
Tak edited lagi malas. Kalau tak paham ayat sya komenlahhhhhh👉👈. I need to improve myself.


"Padan muka Danielle mama tak tahu." Aku mendengar suara mama sayup-sayup.

"Papa? Tolong Danielle....."

"Papa tak terlibat." Papa menggelengkan kepala.

"Kalau Hasya jatuh tadi tak tahulah. Bahaya tau." Mama kembali membebel. Aku ketawa dari jauh.

MetanoiaWhere stories live. Discover now