| bab 6 |

54 6 3
                                    


Aku melihat ke hadapan. Mata dibiarkan ke seluruh pelusuk mencari susuk tubuh yang aku harapkan. Mata aku tajam menangkap imej lelaki berambut biru sedang duduk membelakangi aku.

Haraaz sedang duduk bersendirian. Aku menghayunkan langkah ke arahnya.

Jap! Langkah aku terhenti mendadak.

Takut timbul fitnah jika aku duduk berduaan dengannya. Tak manis rasanya duduk berdua-duaan walaupun ramai orang di kawasan ini.

Kaki aku kembali dihayunkan. Maju kehadapan.

Aku memilih untuk duduk di meja bersebelahan dengannya.

Beg aku letak di atas meja. Aku tolehkan kepala melihat dia. Dia masih lagi menyandar dengan mata tertutup.

Kedudukan badannya mula melurut ke bawah. Dengan mata yang masih lagi terkatup rapat, buku tebal ditangan dibuka dan ditekup ke muka. Kepalanya disandarkan. Nampak letih benar gayanya.

Aku menarik kerusi perlahan-perlahan. Tidak ingin mengejutkannya dengan kehadiran aku.

Sementara menanti kehadiran yang lain aku ingin membuang masaku dengan melukis. Manalah tahu dapat ilham.

Zip beg dibuka perlahan. Earpiece dikeluarkan dan disambung ke telefon aku. La Campanella aku buka untuk menenangkan fikiran aku akan berkecamuk. Buku lukisan bersaiz a6 aku letak di atas meja.

Iced lemon tea ditangan kanan aku hirup. Sambil tanganku ligat mencari nombor Danielle.

Me
Danielle kau kat mana?

Tidak sampai beberapa saat bunyi noti masuk.

Danielle bushuk
Dekat hati laa😚

Me
Lama lagi ke 😒.

Danielle bushuk
Rindu lettew.

Alolo kecian adik abang ni 😙

Bluetick. Itu sahaja ubatnya untuk si Danielle ni. Aku biarkan tidak berjawab. Buat sakit hati je layan makhluk asing ni.

Aku sebenarnya janggal. Hanya aku dan Haraaz sahaja disini biasanya ada Danielle sekali.

Tadi selepas habis kelas tambahan. Aku kalut pergi ke surau sekolah untuk tunaikan solat zohor. Danielle aku tinggalkan terkontang-kanting di belakang. Danielle sempat menjerit tunggu di kantin sementara kokurikulum bermula.

Aku ingatkan aku yang akan menjadi yang terakhir. Hanya ada beg sekolah mereka sahaja di meja yang Haraaz duduk.Rupanya mereka melencong ke tempat lain juga.

Selepas ini aktiviti kokurikulum akan dimulakan. Aku nak masuk kelab apa yea? Persatuan apa? Permainan lagi. Aku meletakkan kepala di atas meja.

Aku hentak perlahan dahiku di atas buku lukisan tadi. Kalau atas meja nanti dahi aku jerawat pula. Taknak aku. Huhuhu.

"Malashhhnyaaaaa..." Aku mengomel seorang diri. Sambil menghentak perlahan dahiku berulang kali.

"Pewff.. hahahahhahah." Telinga aku pantas menangkap bunyi ketawa perlahan.

Aku berhenti menghentak kepala macam orang tak betul. Kepala aku di atas meja aku alihkan menoleh ke arah kiri.

Haraaz sedang tersenyum manis dengan kedudukan kepalanya sama seperti aku. Di atas meja. Bila masa pula Avatar ni sedar?

Dia masih lagi tersenyum .Aku memasamkan muka aku. Suka hati je nak gelakkan aku.

"What so funny huh??" Aku bersuara malas. Kepala aku angkat dengan dagu aku ditegakkan di atas meja. Suka hati je nak gelakkan aku.

MetanoiaWhere stories live. Discover now