Kertas bungkusan makanan aku gumpalkan dan masukkan ke dalam beg kertas makanan tadi.
Sihat betul cara hidup aku sejak hidup dengan Danielle ni. Pagi-pagi lagi dah makan Mc donald.
Kalau sekeping dua roti canai pun sedap kan?
Makan roti canai panas lepastu cecah dengan sambal. Aku tak suka kari. Lagi-lagi roti telur perghhh. Roti tisu pun sedap jugak. Tak kurang jugak roti boom. Alahai nikmatnya!
Okeh lupakan. Hasya stop berangan.
Aku berdiri. Mata diliarkan mencari tong sampah berdekatan.
"Hasya....tolonggg." Danielle mengerdipkan matanya. Tayang wajah sepuluh sen.
"Meh." Nak harapkan budak ni buang. Tunggu kuda jadi unicorn dululah jawabnya.
Danielle menghulurkan cawan kertas dan sisa bungkusan makanannya. Aku hanya mengambil. Ian disebelah Danielle awal-awal lagi sudah habis makan. Dia sedang leka menghirup latte panas di dalam cawannya sambil bermain telefon.
Aku melangkah menuju pintu utama dewan.
Pintu dewan ditolak. Mata diliarkan kembali mencari tong sampah.
Rasa macam pernah nampak kat luar ni. Mana eh?
Aku berjalan keluar dewan. Satu tong sampah berwarna biru menarik perhatian aku. Panjang umur kau.
Penutup biru diangkat dan sampah dibuang.
Aku kembali menghayunkan langkah aku ke arah Audi R8 milik Danielle. Untunglah lahir bulan satu buat lesen phn awal.
Disebabkan kereta dia terlalu berkilat sampai boleh buat cermin. Faham sajalah kalau perempuan jumpa cermin macammana kan?
Baju di badan aku dilihat sekilas jersey DribBlack berwarna hitam berbunga pink pemberian arwah abang semasa hari lahirku dipadankan dengan mini skirt senada. Hanya sekadar melabuhkan baju aku yang tidak berapa labuh ni. Seluar track suit Adidas dan kasut Adidas monarch. Tudung sarung hitam dan yang penting labuh. Biarlah orang nak kata aku ustazah pilihan ke. Janji aku selesa.
Simple.
Dan yang paling penting menutup aurat. Aku tak selesa jika membiarkan tudungku atas dada. Ya, aku bukanlah wanita yang begitu solehah dan begitu sempurna dengan ilmu agama. Aku cuba menjadi solehah dan selagi aku masih diberi peluang untuk bernafas oleh maha pencipta.
Kenapa aku perlu sia-siakan?
Tangan aku mula memegang pintu kereta Danielle.
Lupa kereta Danielle berkunci. Aku berlari anak ke arah pintu dewan.
"Danielle bukak lock kereta kau!! Nak ambil barang jap!!" Aku menjerit. Malas punya pasal nak masuk dalam.
Danielle dan Ian mengalihkan pandangan ke arah aku. Aku hanya melebarkan senyuman. Menampakkan barisan gigi aku yang cantik tersusun.
Tit! Tit!
Lampu berwarna oren menyala diiringi bunyi tadi. Lekas aku membuka pintu. Beg Adidas duffle berisi dobok milikku dicapai.
Punat lock di pintu hadapan ditekan. Aku kembali menutup pintu kereta Danielle.
Dush!
Terkuatlah pula. Kalau Danielle tahu ni masak aku.
'Tak pe Hasya dia tak dengar.'
Aku berjalan masuk ke dalam dewan. Danielle dan Ian mula sibuk membentangkan tikar.
Aku lihat jam Olivia Burton di pergelangan tanganku. Lagi setengah jam pukul 8. Awal juga kami sampai di dewan ini.
Ini semua adalah arahan daripada Haraaz sendiri. Malangnya dia yang beria mengajak kami tiba awal tapi dia jugalah yang masih belum menampakkan batang hidung.
![](https://img.wattpad.com/cover/249061960-288-k717139.jpg)
YOU ARE READING
Metanoia
Teen FictionMetanoia [ meh - ta - noy - ah ] Bahasa Greek yang bermaksud perjalanan yang mengubah seseorang dari segi pemikiran, hati, dirinya, jalan hidupnya dan jiwanya. Takdir yang tertulis untuknya sedang cuba dihadam sepenuhnya. Bukan senang baginya malah...