"Weh Hasya kau okay tak ni?"aku memegang telinga aku.
Berkerut muka aku menahan sakit kerana bunyi bingit segerombolan makhluk gedik tadi. Aku hanya mengangguk perlahan menjawab persoalan Ana.
Aku berjalan perlahan. Ana memegang lengan aku risau aku terlanggar apa-apa. Ye la aku berjalan dengan mata tertutup. Okay sebenarnya aku masih lagi berkerut. Menahan sakit. Telinga aku memang sensitif. Lebih tepatnya sangat sensitif.
"WEH!! SUBJEK FIRST APA??"
Gelombang bunyi yang terhasil dengan frekuensi tinggi tepat masuk ke dalam lubang telinga aku.
Pap!! Satu tamparan padu tepat aku sasarkan di wajah pemilik suara yang bising tadi. Geram.
Pelajar yang berada berdekatan kami berhenti. Menonton drama sebabak. Aku buat tak peduli. Telinga aku sakit lagi sakit daripada hati aku.
"Kau tertelan mikrofon ke!! Tak reti nak cakap slow sikit??" Aku jerkah tepat di mukanya. Panas muka aku menahan marah dan rasa sakit ditelinga aku.
Air mata aku tahan. Panas muka aku. Telinga aku sakit sangat sekarang ini. Kesan bunyi makhluk gedik tadi dan sekarang ditambah lagi dengan suara makhluk Marikh berfrekuensi tinggi. Padu.
Aku memandang muka lelaki tadi. Merah kesan tamparan aku. Jap aku tampar lelaki. Ya Allah bukan muhrim aku! Hati aku dipagut rasa bersalah.
Muka dia hanya terkebil-kebil. Terkejut dengan tindakan aku mungkin. Tapi nampak kesian pula. Mukanya yang cerah menampakkan lagi kesan pedih tamparan aku.
"Maaf..." Aku tutur perlahan. Tangan Ana aku tarik laju. Jujurnya aku rasa bersalah. Lagi-lagi bila melihat wajah lelaki ayu yang aku tampar tadi. Dia nampak kesian.
Bukannya dia sengaja Hasya. Aishhh.
"Ana bawa aku pergi pejabat dulu aku lupa yang aku kena hantar file kat pejabat harini." Aku baru sedar kewujudan fail di dalam beg sekolah aku.
"Yelah Hasya ." Ana hanya turutkan permintaan aku. Kami melangkahkan kaki menuju ke pejabat.
______________________________________
Korang promotelah cerita comell ni dekat kawan 👉👈. Sya tak tahu nak promote mcmne tolong suggestkann..huhuhuhu5 AVICENNA
__________________Aku lihat papan tanda diatas pintu. Mewah sangat. Perkataan paling tepat untuk keadaan kelas ini. Papan tanda kelas pon meletop mewahnya. Pejabat tadi lagilah boleh buat photoshoot gambar kahwin.
"Jom masuk". Ana mengamit aku untuk masuk.
Aku melangkah. Ramai pelajar melihat aku kemudian membuat kerja masing-masing semula. Pelik biasa kalau ada budak baru itulah yang dikerumun tapi sekolah ini tak.
Pelajar elite lupa pula.Aku mengamati setiap pelosok kelas. Papan hitam . Klasik betul. Kelas ini buatkan aku rasa macam dalam citer Harry Potter gitu. Ewahh.
"Kau duduk sebelah aku boleh tak? Sebelah aku kosong lagipun." Ana mengajak aku duduk di meja baris kedua yang berada di tepi tingkap.
Okay lah port aku tu. Tak terlalu depan. Aku berjalan ke arah Ana .
Aku lihat pelajar lelaki yang duduk di belakang aku. Tengah sandar dengan earphone kat telinga. Inilah makhluk yang aku tampar tadi. Masih terdapat kesan merah di pipinya.
Mata dia sedang tertutup. Butang baju bahagian atas dibuka sesikit.
Blazer pula entah ghaib ke mana.'Cakap orang lebih Hasya kau tu tengah jalan tadi sempat kau sumbat blazer dalam beg'
YOU ARE READING
Metanoia
Teen FictionMetanoia [ meh - ta - noy - ah ] Bahasa Greek yang bermaksud perjalanan yang mengubah seseorang dari segi pemikiran, hati, dirinya, jalan hidupnya dan jiwanya. Takdir yang tertulis untuknya sedang cuba dihadam sepenuhnya. Bukan senang baginya malah...