| bab 1 |

99 10 0
                                    


"Hasya jom makan! Mama dah berleter dah tu!" Suara Daniellle mula kedengaran dengan bunyi ketukan. Aku mengaminkan doa. Tali telekung aku longgarkan

"Jap. Turunlah dulu nanti aku turun." Aku mula melipat sejadah dan telekung. Telekung disangkutkan. Nak pakai tudung ke tak? Aku tahu tiada aurat diantara aku dan dia. Tapi aku masih belum selesa.

Aku mengapai tudung sarung. Kaki dihayunkan ke arah pintu. Tombol pintu dibuka perlahan.

"Chak!! hai pwincess. mari beta iringi langkah tuan puteri untuk bersantap di dapur." ada sahaja idea si Danielle ni. aku hanya tersengih.

" Hasya cepatlah cacing dalam perut aku dah kebulur sangat ni." tanganku digapai dan ditarik perlahan. kami menuju ke arah meja makan.

Kelihatan mama dan papa sedang duduk di meja makan.Masing-masing melebarkan senyuman apabila melihat aku.

"Hasya meh duduk sini." Mama memanggil aku untuk duduk disebelahnya.

Kami makan bersama diiringi dengan sesekali ketawa apabila Danielle muncul dengan jenakanya.

Bahagia itu yang aku rasa cuma satu yang kurang. Ya kurangnya agama yang diterapkan dalam keluarga ini.

Sayang. mungkin terlalu sibuk dengan urusan dunia hingga leka.

Teringat ahli keluargaku yang telah pergi. Semasa kami kecil ayah sering memegang rotan untuk pastikan anak-anaknya solat. biarpun keluarga aku tidak kaya tapi aku bersyukur kerana Allah hadirkan aku dengan kasih sayang yang sempurna.

Kami dididik dan diasuh lengkap dengan ilmu akhirat dan dunia.Ayah berusaha keras untuk memastikan kami mendapat ilmu akhirat yang secukupnya.

Aku merenung nasi di pingganku. Hasya tak elok meratap. Kesian dekat arwah. aku berpesan kepada diri sendiri.

"Hasya macamana?" tersentak aku.

"huh?Apa mama cakap? Hasya termenung tadi."

" Hasya bila nak cari baju sekolah? esok Hasya pergi dengan Danielle yea?"mama memandang aku.

"Danielle takde kelaskan esok? " papa menyoal Danielle. Danielle hanya menggeleng. Papa dan mama memandang aku.

"Hasya tak kisah ikut je." aku tersenyum nipis.

"okaylah kalau macamtu mama papa.Danielle pergi dengan Hasya." Danielle menjawab.

"Baguslah esok papa nak ajak mama dating. Lama tak berjalan berdua je kan mama?" papa mengenyit mata pada mama.

"Ish abang ni.Depan budak-budak macam ni perangainya. Malulah awak ni." mama blushing.

Dan mulalah sesi bergelak-ketawa.

Selesai makan, aku membantu mama mengemas meja makan.Mak kiah pembantu rumah mama terpaksa pulang ke kampung kerana kenduri kahwin anaknya. jadi mama lah yang terpaksa memikul tugas memasak buat sementara waktu.

"takpe lah mama biar Hasya buat.Mama rehat dengan papa." aku memegang tangan mama dan menyuruhnya pergi berehat.

"ye la Hasya. Sama sahaja perangai dengan Si Syahida." mama mengomel. Aku hanya tersenyum. Rasa rindu pada arwah mama.

Aku melihat mama naik ke tingkat atas. Kenapalah mama tak guna lift. penat arkitek rumah ni buat.Alasan mama nak sihat kena naik turun tangga hari-hari. Ada sahaja lah mama ni. Aku mencuci pinggan yang masih bersisa di sinki.

Aku membilas cawan yang terakhir.Apron ditanggalkan dari badanku. Pakai apron yea bukan kaleng-kaleng. Nanti baju basah nak tidur aku tak suka.

Aku berjalan ke ruang tamu. Sunyi. Dalam rumah banglo mewah ini hanya  5 orang sahaja penghuni itupun jika ada mak kiah.

MetanoiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang