| bab 5 |

54 6 3
                                    

Sya dah editedd!! Tpi nnti akan dimprovekan lgi. Tunggu dh complete Sya btullakan blik yg typo n ayat yg macam ular tu.😅





Tangan lelaki itu diikat dengan tali begitu juga kakinya. Badan tegapnya kini terkulai diletakkan di atas jaring. Sedia untuk mengantungnya.

Tangan kasarnya melempar tali ke atas dahan pokok. Lagi satu bahagian tali mengikat jaring tadi bersama-sama pemuda tadi. Pemuda tersebut akan digantung di atas dahan persis pupa rama-rama.

Pemilik tangan kasar tadi mengelap keringat yang membasahi dahinya. Tercungap-cungap nafasnya. Penat. Tapi dia perlu habiskan sisa kerja kotornya yang belum selesai.

Tambahan lagi kemunculan pemuda yang hampir sahaja merosakkan rancangan. Namun dia sempat bertindak. Sinis dia ketawa.

" Hampir rosak rancangan aku sebab budak mentah ni."

Peluh diwajah yang mula dimamah usia itu dilap lagi.

"Sebab kau! Rancangan aku hampir musnah!" Disepak berkali-kali kepala pemuda tadi. Melepaskan kegeraman pada tubuh yang kaku itu persis orang kurang siuman.

Air mineral di kerusi plastik berdekatan dicapai. Rakus ditonggak ke dalam mulutnya.

Hanya separuh sahaja yang bersisa di dalam botol. Dia melangkah semula ke arah pemuda tadi air mineral yang masih bersisa di tuang ke wajah anaknya.

Ya itulah anaknya kandungnya. Anak yang lahir daripada benihnya. Anak yang juga dilahirkan dalam rahim isteri dan yang paling penting ialah satu-satunya bukti cintanya pada isteri kesayangannya.

Sayang ? Huh.

Entahlah dia juga keliru. Ingin dikatakan sayang kenapa dia sanggup mencederakan anaknya tapi kini dia ingin membunuhnya sama seperti yang lain. Sama seperti musuhnya.

Dia tatap wajah anaknya yang pucat disebalik jaring yang berselirat itu. Darah di dahi putihnya mulai kering.

Hatinya mula meruntun hiba. Sayu.

Apa yang aku buat ini?

Tangan dikejapkan kembali. Timbul urat di tangan kasar itu. Ego dinaikkan kembali malah dijulang lebih tinggi daripada sebelumnya. Kakinya mula melangkah mengambil botol berisi minyak.

"Semuanya akan seperti sediakala." Pujuk hati lelakinya. Dia meletakkan botol minyak di sisi.

Tangan kasarnya mengapai tali yang digantung pada dahan. Ditarik perlahan-lahan menampung beban anak lelakinya. Seusai tinggi dijulang tubuh anaknya sama seperti yang lain . Dia mengikatnya talinya pada pangkal pokok tersebut.

Dia tersenyum sinis. Ini pengakhirannya. Tamatlah kisah dongeng ini dengan kematian bukan happy ending yang persis dimomokkan oleh orang tua kepada kanak-kanak.

Hidup tak selalunya indah. Kadang kematian pengakhiran segala kelukaan. Itulah yang difikirkanya.

Lelaki berusia itu tersenyum bangga melihat semua gantungan manusia di sekeliling dahan pokok tersebut. Pokok yang juga pernah menjadi saksi kisah cintanya.

Beginilah pengakhirannya kisah dongeng cinta sejati.

Dia dan isterinya, Adrianna. Seorang wanita berbangsa Italy yang indah rupanya apatah lagi budi bicaranya.

Dia berdiri tepat diantara gantungan tubuh isteri dan anak lelaki yang tergantung tidak sedarkan diri. Kepalanya didongakkan ke atas.

Kasih sayang? Semuanya palsu belaka. Rasa dikhianati apabila anaknya menyebelahi musuhnya. Isterinya juga begitu.Dia menunduk semula.

MetanoiaWhere stories live. Discover now