" The white petals of a daisy, it drives me crazy... "
"Daisy? Cantik ke bunga ni?" Seseorang yang entah datang dari mana itu galak menegurku dari arah belakang. Aku sedikit tersentak kerana leka merenung kelopak daisy yang kecil molek ini. Walaupun sederhana kecantikannya, hatiku terpaut dengan bunga yang satu ini. Nampak comel tetapi mampu memikat sesiapa sahaja yang melihatnya. Lagi pula, aku tidak gemar bunga mawar. Aku lebih suka daisy yang tidak segah bunga lain. Warna putihnya lebih menyerlah pada anak mataku.
"Daisy terlalu simple, kelopak dia kecil," jawabku sengaja berpura tidak meminati bunga itu. Aku sudah lali berbicara dusta kerana tidak mahu sesiapapu tahu tentang isi hatiku yang sebenar-benarnya. Biarlah rahsia kamar hatiku, hanya aku yang tahu.
"Bunga daisy memang tak mempersona. Aku akui tu. Tapi, kau dengan daisy tu sesuai. Dua-dua tak mempersonakan."
Penuh selamba suara jejaka itu menerobos ke dalam halwa telinga. Aku sekadar buat pekak, tak hirau pun. Sekadar sindiran sebegitu langsung tidak berbekas di dalam hatiku. Meskipun aku jarang mencari pasal dengan orang di sekelilingku, namun ada sahaja makhluk tidak beradab mencuba mengacau ketenteramanku.
"Hei, kau nak ke mana? Aku belum habis..."
Dia menghadang jalan aku, mukaku pula masih menekur ke lantai. Malas betul nak pandang lelaki dari ceruk mana datang ni.
"Saja usik kau. Pada aku, daisy memang bunga yang cantik. Cuma, bukan taste aku. Aku tak suka perempuan yang polos, macam bunga daisy. Aku suka perempuan persis bunga ros. Wangi, memikat dan ada duri umpama dia mempunyai perisai yang kebal untuk menjaga dirinya sebaik yang mungkin."
Ya Allah, apa hal mamat ni? Bebel panjang-panjang, macamlah aku kesah taste dia macam mana?
Tidak mahu telinga menanah dengar bebelan dia yang mengarut itu, aku melangkah melepasinya. Siap langgar bahu dia tau kerana geram sedikit dengan perangai penyibuk dia.
"Eh, wait! Cik..."
Aku menonong keluar, niat di hati ingin menyunting satu tangkai daisy terpaksa aku batalkan. Padahal, dah lama aku nak tanam bunga itu di dalam bilik sewaku. Cukup tanam dalam pasu kecil pun jadilah, buat tempat mataku meneduh pandangan tatkala aku diserang tekanan jiwa. Maklumlah sejak belajar di kampus, aku dilambakkan dengan assignment yang tak pernah habis kunjung tiba. Stress!
Ada sahaja kerja yang menambah serabut dalam kepala otak. Jadi, aku terfikir untuk tanam sahaja bunga daisy yang telah lama menjadi bunga kesukaaanku sejak dari umurku jejak 6 tahun sehinggalah sekarang. Biar ianya jadi penyejuk mataku nanti. Lagi-lagi daisy berwarna putih, nyaman sahaja mata memandang.
"Cik... Nah!" Tiba-tiba sahaja tanganku disambar dan sejambak bunga daisy berada depan mataku. Terbuntang mataku melihat apa yang terjadi.
"Ambil, aku bagi..." Suara itu seakan memaksa aku, tak cukup itu dia tarik daguku supaya pandang ke arahnya. Terkebil-kebil aku menjamah wajah lelaki kacak yang sedang tersenyum sinis, ada lesung pipit belah kiri. Ya Allah, handsomenya manusia ni?
"Dia termenung pulak. Ambillah cepat. Aku belanja sempena birthday aku hari ni..."
Jeda.
Aku masih terpegun melihat keindahan parasnya. Mata itu terbentuk indah tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, orang kata mata bundar. Hidung itu mancung, dan bibir itu sederhana kecil dan nipis. Serius, muka dia macam artis korea. Kacukan ke?
"Nama kau, siapa?" Aku tanya tanpa sedar.
Dia angkat kening, mungkin tak jangka soalan ini pula aku tanya.
"Yusuff. Kau?"
Aku diam. Yusuff... Patutlah kacak, nama seindah empunya badan.
"Ni ambik. Aku ada hal lain." Dia buka genggaman aku dan aku terpaksa menerima sejambak daisy itu.
"Jangan jadi polos sangat tau. Be brave and be strong. Ingat pesan, aku?" Senyuman lebih lebar dia hadiahkan sebelum dia bergerak meninggalkan aku bersama daisy yang berbau haruman cinta.
Sedikit sebanyak, hatiku tersentuh. Ada lentur melekuk di bibir menandakan aku baru belajar tersenyum kembali setelah bertahun perkara itu meninggalkan aku.
Yusuff, aku nak jadi Zulaikha untuk kau. Boleh?
"WEI, kau kenal lelaki tu?" Aku berbisik di tepi telinga Afia. Muka Afia berkerut-kerut, marahlah tu sebab aku kacau dia yang tengah syok bermain chat dengan boyfriend alam mayanya itu.
"Lelaki mana pulak?"
Aku menunjuk ke arah lelaki yang sedang berdiri seorang diri. Sesekali rambutnya di betulkan, aiseh... Handsome tu tak boleh nak selindung ke?
Dadaku berdetak hebat apabila mengingat kembali kenangan lama. Mungkinkah dia Yusuff aku?
"Ouh, dia memang famous. Nama dia Seif Zelan Yusuff. Dak sekelas kita, kau tak perasan ke? Dah hampir setahun kita belajar sini kut. Kau duduk planet mana sampai tak perasan dia, ek?"
Aku garu kepala. Seriuslah, kenapa aku boleh tak nampak dia. Kalau aku tahu, dah lama aku mengurat dia. Manalah tahu dia memang Yusuff yang aku nantikan setelah sekian lama angau pada si hero yang memberi bunga daisy kegemaranku suatu tika dahulu.
"Dia single?"
Pap.
Kepalaku diketuk Afia.
"Boleh tanya lagi? Muka dia tu tak laku ke sampai dia perlu single?"
"Takkanlah..."
"Kau tak payah pasang angan, eh. Dia dah ada tunang. Perempuan gedik nama Zulaikha tu akhirnya dapat dia. Kisah cinta dorang gempak kut masa awal tahun. Si Zulaikha duk terkejar-kejarkan Yusuff. At last, Yusuff terima. Aku pun tak tahu reason dia. Maybe sebab Zulaikha cantik."
Remuk hatiku mendengar kisah yang meluncur keluar dari bibir Afia. Kenapa ada sahaja penghalang? Aku sepatutnya jadi Zulaikha untuk Yusuff. Siapa perempuan yang cantas hak milik aku tu. Aku memang takkan berdiam diri. Setakat tunang je, aku boleh musnahkan hubungan dorang.
"Aku suka Yusuff. Aku nak dapatkan dia. Nanti kau tunjuk siapa Zulaikha. Aku ada rancangan." Tidak bertapis, aku berterus terang kepada Afia. Dia terkejut melihat muka jahatku. Aku selamba tersenyum nakal, pipi Afia aku cubit pelan.
"Well, aku penat jadi jahat dalam novel aku. So, time to shine..." Senyuman persis nenek sihir terbentuk di bibir merah jambuku. Nantikan aku, Yusuff...
...
Writer's comment : Story ni saya akan publish dulu kat wattpad lepas tu cut scene yg matured.
YOU ARE READING
Tuan Yusuff, Heartless Love (Ebook)
RomanceDikenali sebagai The Heartless Love / Isteri Tuan Yusuff (Cut Scene) Kerana pertemuan pertama, hati Asiah berdetak cinta untuk jejaka kacak bermata hazel itu. Cintanya bukan sembarangan, cintanya luar biasa sehingga dia nekad merampas cinta jejaka...