32 Sebelum 2021

8 0 0
                                    

.
.
.
Before aku membebel,

*First, maaf aku lama tak membebel, tak ber-poetry dan tak menulis.*

32 Sebelum 2021.

Bercakap soal masa ini tak akan pernah habis. Masa yang sudah berlalu tak lagi boleh kita kejar. Peluang sudah pergi, hilang juga. Yang ada cuma masa lalu yang kita tinggalkan, jauh dibelakang.

32 hari bukan lama sangat. Pejam celik pejam celik dah sampai masanya.

2020 banyak kisah yang tak mampu kita rungkaikan. Dengan keadaan sekarang, ujian Allah turunkan kepada seluruh manusia kini, tak mampu kita tepis.

Iya, kerana kita bernama manusia, kita perlu lalui semua dengan pinjaman kekuatan dari-Nya.

Terlalu ramai orang-orang yang kita kenal meninggalkan kita pada tahun ini. Tidak kurang juga orang yang kita tak kenal. Setiap masa ada saja berita-berita yang sampai ditelinga, " si polan itu sudah meninggal dunia, kemarin.". Esoknya juga ada. Tak henti-henti. Kerana kita adalah manusia, perlu menerima hakikat kehidupan.

Ramai orang berkata, “masa adalah wang“.
Tetapi ia tidaklah begitu tepat.

Sebenarnya, masa adalah KEHIDUPAN.

Imam Hassan al-Banna berkata:

Sesiapa yang tahu nilai sebenar masa akan tahu tentang hidup itu sendiri kerana masa adalah kehidupan.”

Kata-kata lain daripada Abu Bakr bin Ayyash yang berkata:

Sekiranya satu dirham tercicir daripada tangan salah seorang daripada mereka, kamu akan dapati seseorang itu akan merungut tentangnya sepanjang hari, ‘Dirhamku hilang’. Tapi apabila dia membazirkan masanya berjam-jam, dia tidak pernah pula berkata, ‘Oh hidupku telah hilang!”

Bagi memahami nilai masa, kita mesti menghargainya terlebih dahulu.

Dan untuk menghargai, kita mesti memahami perkara-perkara yang berikut:

1. Masa adalah kurniaan daripada Allah. /Surah Al-Israa ayah-12

2. Masa tersangatlah penting sehingga Allah bersumpah dengannya di dalam al-Quran. / Surah Al-Asr ayah-1-3

3. Dua kurniaan yang ramai orang hilang. /The Value of Time - Sheikh Al Fatah Abu Ghuddah

Time is a gift from Allah S.W.T.
So, everyone please appreciate your time.

Sekarang, kita hadapa pandemik C-19 yang kita tak tahu bila akan berakhir. Jadi, hargai semua yang ada didepan mata kita, yang ada bersama kita, yang sentiasa dihati kita, yang sentiasa diingatan kita dan yang kita punya.

Semoga apa yang telah terjadi pada tahun ini mengajar kita sesuatu yang memberi erti dalam kehidupan kita.

Untuk tahun akan datang, semua orang mengharapkan perkara yang baik berlaku. Tapi kita manusia cuma usaha, doa dan tawakal saja.

Akhir kata, apa yang dikongsi memberi manfaat.

Olahan tulisan dari dua penulis yang tak bertemu menjadi satu garapan untuk bacaan umum.

Semoga memberi kebaikan kepada semua.

Terima kasih yang sentiasa menyokong.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cebisan BicaraWhere stories live. Discover now