06

122 22 0
                                    

Jimin memandang pelik ke arah Scarlet yang tiba-tiba saja lenyap apabila mereka tiba di hadapan kondo yang agak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jimin memandang pelik ke arah Scarlet yang tiba-tiba saja lenyap apabila mereka tiba di hadapan kondo yang agak... Mewah. Ya, Scarlet yang mengajaknya ke sini memandangkan hari ini cuti.

Kepala yang tidak gatal digaru Jimin sambil menapak perlahan ke arah lif. Tingkat berapa pun dia tidak tahu kerana Scarlet tidak memberitahunya.

Masuk saja ke dalam lif, Jimin terkejut kerana tiba-tiba saja butang pada lif itu seperti ditekan seseorang.

"Rumah nombor 25." Bisik Scarlet di sebelah Jimin.

Hampir menjerit Jimin dibuatnya sambil menyentuh dada kirinya. Si hantu ni, memang suka buat orang terkejut. Elok saja pintu lif terbuka, sekali lagi Scarlet menghilangkan diri.

Tingkat 5. Mata Jimin meliar mencari rumah yang bernombor 25 seperti yang diberitahu Scarlet tadi.

"Hah, jumpa pun!"

Elok saja berdiri di hadapan pintu rumah Scarlet, Jimin seperti teringatkan sesuatu. "Yahh, mana Scarlet ni? Password tak bagi, macam mana aku nak masuk? Aduh!"

Jimin menepuk dahinya sambil memusingkan tubuh ke belakang. Hampir terjatuh dia akibat Scarlet munculkan dirinya. Rambutnya kelihatan agak serabai, tidak tahulah dia buat apa sampai jadi macam tu.

"Kau pergi mana?"

"Cari password pintu la. Penat mencari dekat dalam tu, last-last ada dekat dalam pasu bunga."

Seperti tidak percaya saja Jimin dibuatnya dengan hantu minah tong gas ini. Betul ke tak hantu ni? Kenapa macam bengang tapi bijak tapi macam tiber tapi tak apalah?

OKAY, AUTHOR YANG TIBER SEKARANG NI JSJSJSKSKJSJS!

"Apa password nya?"

"1310."

"Apasal macam birthday aku je?"

☆ミ Scarlet Jung ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now