02

152 27 1
                                    

Jimin's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jimin's

Aku merebahkan tubuhku di atas katil yang empuk ini. Selepas pulang dari sekolah, aku tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya, aku singgah di Sungai Han.

Sekadar ambil angin saja memandangkan aku dilanda kesedihan seketika akan keputusan Bahasa Inggeris ku. Sedih lama-lama sangat pun buat apa kan? Tidak berbaloi langsung, buang masa pun ya.

Stokin yang tadinya kucampak di atas lantai, aku kutip lalu masukkannya ke dalam bakul. Beg sekolah entah tercampak ke mana.

Smartphone dikeluarkan dari poket sekolahku. Bawa telefon ke sekolah? Itu perkara biasa jika anda menetap di Korea Selatan ya.

Aku duduk di birai katil sambil membelek gambar yang aku tangkap semasa di Sungai Han tadi.

Pandanganku terhenti pada satu gambar yang agak mencurigakan. Dalam gambar itu, kelihatan seorang gadis memakai seragam sekolah berada di belakangku sambil membuat 'peace'.

Bukan tidak cantik gadis itu. Cuma, eyebag yang tebal dan wajahnya sedikit pucat itu membuatkan wajahnya sedikit menyeramkan.

Bagi akulah.

"Tengok apa tu?"

"Tengok gambar ni la... EHHH?" Aku teringatkan sesuatu.

Tak silap aku, aku tinggal berseorangan sejak Taehyung berpindah ke Daegu dua minggu yang lalu. Tambah pula, dalam rumah aku ni mana ada perempuan.

DAH TU, PEREMPUAN YANG TANYA AKU TADI TU?

Aku menoleh ke arah sebelahku dengan teragak-agak. Dan ketahuilah anda semua.

"EOMMMAAAAA!! HANTU MINAH TONG GAS SELUDUP MASUK RUMAH JIMINNN!!"

Pandanganku terus menjadi gelap.

☆ミ Scarlet Jung ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗Where stories live. Discover now