Blok C yang tidak lagi dijejak mana-mana kakitangan atau pelajar di sekolah ini direnung Jimin lama. Dia membuat keputusan untuk memasuki kawasan itu hari ini sebaik saja tamat sesi persekolahan.
Walaupun rakan sekelasnya mengajak Jimin untuk melepak di cafe, dia menolak. Selalunya, dia hanya ikutkan saja ajakan mereka itu.
Dia mahu mencari siapakah gerangan yang telah membunuh Scarlet itu secepat mungkin.
Jimin memandang ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Line clear!
Terus saja dia mengangkat sedikit tape merah putih itu lalu melangkah masuk ke dalam kawasan Blok C itu. Terkejut yang teramat dia dibuatnya apabila terasa beg yang digalasnya seperti ditarik dari belakang.
"Awak buat apa dekat sini?"
Jimin yang kenal dengan suara itu, terus mengalihkan tubuhnya sepantas kilat. Dia menghembuskan nafas lega. "Kau rupanya... Mana kau menghilang hah?"
"Kenapa? Awak rindu saya ke?"
"Rindu hantu macam kau? Tch, tak adanya. Aku datang sini, sebab nak tengok dekat mana yang kau kena bunuh tu."
Scarlet membuat mulut berbentuk O. "Tingkat atas sekali, kelas WG - 7/A."
Jimin hanya mengangguk. Dulu, Blok C ini memang untuk pelajar gred 7 hingga 9. Tetapi, disebabkan kes pembunuhan Scarlet, kelas-kelas berikut terpaksa dipindahkan dan dikurangkan.
YOU ARE READING
☆ミ Scarlet Jung ˚꒰ 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄𝐃 ꒱°ˎˊ˗
FanficApabila si lelaki bernama Park Jimin dikehendaki menolong si hantu berambut blonde bernama Scarlet Jung. "EOMMMAAAAA!! HANTU MINAH TONG GAS SELUDUP MASUK RUMAH JIMINNN!!" . . ©2020