Chapter 1

74 2 4
                                    

CAFE

    “Guys, it’s school holiday already! Jomlah kita pergi bercuti kat mana-mana.” Helena bersuara riang semasa mereka enam sekawan sedang berkumpul melepak membuang masa membuang wang di satu kafe terkenal yang terletak di tengah-tengah bandar.

    “Nice juga idea kau tu. Tapi, kita nak kemana? Kalau boleh nak tempat yang best.” Kazuya membalas tanda bersetuju dengan cadangan Helena. Sudah alang-alang cuti dan mahu berjalan, lebih baik mereka pergi ke mana-mana yang agak jauh untuk beberapa hari. Kazuya yakin keluarga masing-masing pasti memberi keizinan untuk mereka sementalah mereka sudah kenal sejak dari menengah rendah lagi.

    “Pantai pun best jugakan?”

    “Hiking?”

    “Kita pergi Okinawa nak tak?” Akiko pula bersuara sekaligus memberi cadangan yang pada mereka seronok namun sangat tidak masuk dek akal bagi pelajar sekolah menengah tinggi seperti mereka.

    “Okinawa jauhlah. Tak boleh ke kita pergi yang dekat-dekat?” Hinako bertanya dengan muka berkerut. Masing-masing mula berfikir kemanakah yang mereka harus pergi memandangkan cuti persekolahan musim panas mereka baru sahaja bermula dan masih panjang sebelum persekolahan baru dibuka semula.

    “Takayama?”

    “Lagilah jauh.”

    “Sini-sini je?”

    “Wei, ada apa je kat Tokyo ni?” Helena merengus. Sudahlah mereka tinggal di Tokyo, takkanlah musim cuti pun hendak di Tokyo juga? Bosan betul.

    “Ada orang, jalan, kereta, basikal, train, kedai makan. Hah lawak tak, lawak tak?” Yamato membuat kelakar disambut gelak tawa rakan-rakannya kecuali Helena. “Hah, lawak sangat. Ha. Ha. Ha.” Helena menjawab dalam sinisan. Yamato mengangkat bahu, tahu benar dengan sikap Helena. Kisah pula aku.

    “Jalan-jalan Akihabara je ke?” Tatsuya bertanya namun segera dibantah Helena, “kau ingat kitorang ni otaku macam kau ke?” Tatsuya memandang Helena, berang. Tatsuya memang tidak pernah suka akan Helena kerana perangainya walau mereka kenal sudah agak lama. Akiko yang perasan perbincangan mereka bakal membelok ke arah pertelingkahan dengan segera bersuara bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

    “Habis tu kita nak kemana? Siapa ada idea?”

    “Oosaka nak? At least tak adalah jauh sangat macam nak ke Okinawa atau Takayama tu. Jimat juga duit. Makanan kat situ pun sedap-sedap.” Kazuya pula memberi cadangan setelah beberapa minit berlalu. Mereka mula memandang satu sama lain dan berbincang sesama mereka. “Okay juga Oosaka kan.”

    “Alright guys, so deal kita pergi Oosaka? Semua setuju?” Kazuya bertanya. Kazuya bukanlah ketua kumpulan namun sifat dan cara Kazuya mengatasi kumpulan mereka berenam sangat teratur, tenang dan mudah. Kazuya pula memang terkenal dengan sikap matang dan tidak mudah menggelabah membuatkan mereka lebih mendengar kata-kata Kazuya. Malahan kebanyakan keputusan yang dibuat Kazuya semuanya bernas belaka membuatkan dia mendapat kepercayaan penuh dari rakan-rakannya. Disebabkan itu jugalah secara tak langsung segala apa yang diperkatakan Kazuya sentiasa mendapat kata sepakat. Pada mereka, Kazuya mempunyai aura dan karisma dia sendiri dalam mengendali kumpulan mereka.

    “So, kita nak pergi ni naik apa?”

    “Jalan kaki? Takpun terbang ke? Rare tu.” Selamba Yamato menjawab dalam gurauan sebelum kakinya ditendang kuat oleh Helena setelah soalannya dijawab dalam keadaan tidak serius. Yamato yang memang suka bergurau dan menyakat hanya terkekek-kekek ketawa apatah lagi melihat reaksi Helena yang sudah pun naik satu level tahap marahnya. Ah peduli apa aku, janji dapat sakat dia. Hahaha.

ThirstyWhere stories live. Discover now