"Jungkook, sarapan dulu ya, mama ada buatkan bubur kesukaan kook ni" ibu tiri kook itu mengukir senyumanya usai melihat kook keluar daripada biliknya.
"Takde selera, lagipun saya dah lambat dah ni anty" kata kook selamba , lalu berjalan keluar dari rumahnya.
Wajah Ibu tiri kook dengan serta merta bertukar menjadi sayu. Dia amat sayangkan kook seperti anaknya sendiri, namun sayangnya kasih sayang nya tersebut bagai bertepuk sebelah tangan kerana kook menganggap tiada sesiapa yang dapat menggantikan ibu kandungnya.
Jungkook memandu motosikalnya untuk ke tempat kerjanya pada pagi itu iaitu 7 eleven. Jungkook tidak mahu menyambung pelajaranya di universiti walaupun usianya baru sahaja 20 tahun, kerana dia seorang yang suka bekerja dan mencari pengalaman sendiri.
Setibanya jungkook di 7 eleven :
"Eh broo... lambat je kau harini" kata taehyung casher di kedai tersebut.
"Jalan sesak sikit tdi" kata jungkook ringkas.
"Owhh...dah ko pegi susun stok ramen kat belakang , dah hbis dah tu" kata taehyung.
Jungkook pun memulakan kerjanya pada hari itu.
########
Di bilik jungkook :
*jungkook pov*
Jam menunjukkan pukul 8.00 malam, aku merenung ke luar tingkap bilik ku yang berada di tingkat dua, angin meniup ke tubuhku dan terasa dingin. Aku menuju ke balkoni bilikku, aku menatap langit yang dihiasi dengan bintang bintang yg cantik. Aku menutupkan mataku sejenak, tiba tiba sahaja aku teringat akan arwah ibu. Air mata terus mengalir membashi pipiku tanpa aku sedari.
Ya.. rindu yang tidak ada penghujungnya. Ibuku meninggal 2 tahun lalu akibat kanser rahim. Tidak semua orang yang dapat merasakanya. Setiap hari aku berdoa kpda Tuhan agar aku dapat berjumpa dengan ibu walau hanya seketika.....aku sangat rindu padamu ibu.....*end jungkook pov*
YOU ARE READING
Beautiful Moment ( Iu & Jungkook )
RomanceKejadian itu memberikan aku kesedaran. Sedar dalam ego aku. Dia muncul seketika, aku tak ingin kehilanganya .... tapi siapalah aku untuk dapat menghalangnya pergi..... -Jeon jungkook. #warning (SAD STORY)