########
Ketika jungkook berada di rumah sewanya, dia meneliti kad pengenalan tersebut dan tertera alamat bahawa iu tinggal di hyeongmai.
"Hyeongmai?? Ini tak jauh dari rumah c Taehyung ni" kata jungkook.
"Iu? Mana kau....muncul lah aku ada nak cakap ni" jungkook mencari cari Iu di dalam biliknya.
Dan tiba tiba sahaja Iu muncul duduk di atas katilnya.
"Opocotsss!!" Jungkook melatah terkejut.
"Kau dah dapat ke?" Tanya Iu.
"Dah, kau tinggal kat hyeongmai. Sekarang kau tau tak mana satu rumah kau?" Kata jungkook.
Iu menggelengkan kepalanya tanda dia tidak tahu.
"Aaaalahh kau ni kan..." kata jungkook.
"Awak bawa lah dulu saya bersiar siar ke tempat itu, mana tahu saya akan ingat" kata Iu.
"Hmmm betul jugak kan...ok ok" jawab jungkook.
#########
Keesokan harinya, iu dan jungkook pun bersiar siar ke hyeongmai dengan berjalan kaki, kerana motosikal jungkook rosak.
"Adoii panasnya, engkau tak rasa panas ke?" Tanya jungkook. Baju yang dipakainya kini di basahi peluhnya sendiri.
"Aku ni hantu, mana ada rasa apa apa" jawab Iu.
"Owhhh ye lah" jwab jungkook.
Tanpa sedar, seorang lelaki tua melihat jungkook yang sedang bercakap sorang sorang seperti orang gila. Lelaki tua itu lantas menggeleng - gelengkan kepalanya seperti sedih melihat jungkook yang tampan tetapi bercakap sorang sorang.
Selepas lebih kurang 2 jam berjalan kaki tanpa hala tuju, jungkook dan iu berhenti berehat di sebuah taman bunga. Mereka duduk di sebuah pondok yang terdapat di taman itu.
Ketika sedang duduk, mata Iu tiba tiba sahaja tertumpu pada sebuah rumah banglo 2 tingkat yang berada tidak jauh dari kawasan mereka duduk. Bayangan seorang lelaki yang dia tidak kenal muncul di benaknya seketika.
"Awak......jom pergi ke rumah tu. Saya dapat firasat yang ada lelaki yang saya kenal tinggal di situ"kata Iu.
"Jap ah... penatlah haus" kata jugkook.
"Ahhh....jomlahh" iu menarik tangan jungkook . Mereka pun pergi ke rumah banglo itu.
Jungkook menekan butang lonceng rumah banglo itu.
"Dingg dongg" (bunyi loceng)
Beberapa saat kemudia muncul seorang lelaki keluar menemui jungkook di pagar rumah.
"Ye encik ni siapa? Ada apa datang ke sini" tanya lelaki itu.
"Erm... encik ada kaitan dengan Iu tak? Saya kawan dia" kata jungkook.
Lelaki tadi tergamam. Dia terkedu seketika selepas mendengar nama IU.
"Iya ada, silakan masuk" kata lelaki itu lalu membuka pagar rumahnya.
Jungkook disuruh duduk dan ketika jungkook duduk terlihat banyak gambar Iu bersama lelaki itu di setiap dinding rumah.
"Nama saya Kim Namjoon. Apa yang awak nak tahu sebenarnya tentang isteri saya Iu?" Tanya lelaki itu.
Jungkook terdiam. Oh jadi inilah suami yang membunuh isterinya sendiri. Namun, jungkook tidak tahu apa yang harus ia jawab.
Iu yang turut berada di situ berbisik kepada jungkook.
"Awak cakap yang awak suruh dia uruskan jenazah saya" kata iu."Saya nak encik uruskan jenazah Iu. Jenazah Iu berada di hospital seoul dan belum ada orang yang tuntut" kata jungkook.
"Sebenarnya apa kaitan kau dengan iu?" Tanya suami Iu,kali ini nada suaranya agak tinggi.
Jungkook menggigil.
"Kitorang kawan je" jawab jungkook.
"Oh kawan... dahlah ko keluar dari sini sekarang jugak !" Suami iu tiba tiba sahaja naik angin.
Jungkook pun keluar dengan serta merta.
YOU ARE READING
Beautiful Moment ( Iu & Jungkook )
RomanceKejadian itu memberikan aku kesedaran. Sedar dalam ego aku. Dia muncul seketika, aku tak ingin kehilanganya .... tapi siapalah aku untuk dapat menghalangnya pergi..... -Jeon jungkook. #warning (SAD STORY)