#8

11 3 0
                                    

############

"Ish kau ni tak pasal pasal aku kena halau" kata jungkook. Kini dia dan Iu sudah berada di rumah sewanya.

"Hehe... tapi saya dah tahu sekarang siapa suami saya... semua berkat awak" iu memeluk jungkook.

Jungkook terdiam. Baru sahaja ia hendak membalas pelukan iu, iu tiba tiba sahaja hilang.

Jungkook mengeluh. Haih dia peluk boleh, aku nak peluk balik hilang la pulak dasar hantu.

############

Tidak berputus asa untuk mencari bukti, jungkook dan iu pergi semula ke rumah banglo itu pada petang hari.

Jungkook melihat suami Iu keluar dari rumah dan memandu keretanya. Jadi, tidak ada sesiapa berada di rumahnya sekarang, ini adalah peluang yang besar buat Iu dan jungkook untuk mencari bukti.

Jungkook melompat pagar untuk masuk ke dalam rumah namjoon dan  berhasil. Jungkook memulas tombol pintu rumah tetapi berkunci.

"Takpe pegang tangan aku" kata iu.

Jungkook pun memegang tangan Iu dan beberapa saat kemudian mereka berdua pun berada di dalam rumah suaminya itu.

Semua almari dan laci yang ada di dalam rumah itu diselongkar oleh jungkook. Setelah meyelongkar semua yang ada di dalam rumah itu, jungkook menjumpai duit Rm 10 yang ada kesan darah, baju berwarna hitam pekat yang disimpan di dalam plastik, dan yang paling penting pisau  di bawah katilnya. Sah dia lah yang membunuh Iu !

Iu begitu terhiris melihat apa yang jungkook jumpai. Hatinya hancur. Matanya turut berkaca kaca.

Usai mendapat apa yang mereka inginkan, iu dan jungkook pun beredar dari situ.

############

Di balai polis :

Setelah ujian forensik dijalankan, dan kesan darah yang terdapat di baju tersebut sama dengan DNA Iu, Kim Namjoon suaminya telah ditahan polis dan disyaki bersalah atas kematian Iu.

"Terima kasih en. Jeon jungkook kerana telah bekerjasama degan pihak polis dalam menyelesaikan kes ini" kata inspektor itu sambil memberikan semyuman kepada jungkook.

"Sama sama tuan, boleh saya jumpa encik kim namjoon sebentar?" Soal jungkook.

Inspektor tersebut pun membawa jungkook menemui kim namjoon yang kini berada di dalam lokap.

"Kau mesti tak percaya kan kalau aku cakap semua ni Iu yang minta tolong?" Soal jungkook terhadap suaminya itu.

Pandangan kim namjoon kosong.

"Aku tak percaya cakap kau lahhhh!" Namjoon meninggikan suaranya.

Seketika kemudian, Iu muncul dan memperlihatkan dirinya di depan namjoon.

Namjoon terkedu. Dia menundukkan kepalanya dan memejamkan matanya kerana tidak percaya apa yang sedang ia lihat.

"Apa salah saya bang? Tolong jawab....apa salah saya sampai abang sanggup bunuh saya ! Hikss hikss.....bang......saya kecewa bang ! Selama ni saya sangat sayangkan abang. Hati saya benar benar hancur!" Kata Iu, air matanya mengalir deras.

Namjoon yang tadi nya tunduk kini sudah memandang Iu.

"Abang menyesal, tolong maafkan abang....abang buat semua ni sebab abang.............abang cuma nak harta kau.....abang tahu abang salah, tapi abang sayang kat kau, tolong maafkan abang?" Kata namjoon, dia memegang grill di penjara tersebut sambil meratapi penyesalanya.

"Abang tak perlu minta maaf.... nyawa saya takkan kembali lagi...hiks...hikss.....selamat tinggal abang" kata Iu, lalu dia pun menghilang.

" Iu !!! Tunggu.... jangan pergi Iu! Tolong jangan tinggalkan abang" namjoon berteriak.

"Ingat buat jahat di balas jahat, buat baik dibalas baik" kata jungkook lalu dia pun keluar meninggalkan namjoon yang meratapi kesedihanya sendirian.

Beautiful Moment ( Iu & Jungkook )Where stories live. Discover now